Footgolf Di Pulai Spring Resort Pertama Di Johor
FootGolf di Pulai Spring Resort pertama di Johor | Pertama kali dengar permainan FootGolf? Serious, bagi umi ini adalah pertama kali dengar tentang permainan ini.Apa itu Footgolf?
APA ITU FOOTGOLF
FootGolf adalah salah satu permainan yang dah terkenal di luar Negara.Cuma di Negara kita jarang sangat orang dengar akan olahraga ni.Footgolf ni apa yang umi boleh simpulkan adalah, Ianya sama seperti permainan golf tetapi ia tidak memerlukan Kayu Golf dan juga bola Golf ye.FootGolf ni menggunakan kaki untuk menyepak bola masuk ke dalam lubang.Actually, bola yang digunakan juga bukanlah bola golf tu,tetapi ia seakan bola sepak.Macam kita main bola jaring gitulah bolanya.
Sama juga seperti kita memukul bola ke dalam lubang, tetapi Footgolf kita sepak bola tu untuk masuk ke lubang.Jika kita bermain untuk 9 lubang, maka setiap lubang tu mempunyai jarak tertentu.Sepakan untuk masuk ke dalam setiap lubang pun sudah ditentukan mengikut jarak lubang tersebut.
Hah…Harap korang faham akan penjelasan umi pasal FootGolf ni.Umi bab ni bukan reti sangat.Dan demi memenuhi undangan bagi memeriahkan lagi aktiviti Olahraga dari pihak Pulai Spring Resort Johor Bahru ni, umi bersama rakan blogger iaitu Mak lin pepagi lagi dah menjejakkan kaki ke sini.
Sebelum memulakan sesi bermain Olahraga FootGolf ni, moh ler kita breakfast duluan.
Lepas breakfast dan berkenalan dengan peserta lain, Kami dibahagikan dengan beberapa kumpulan.Dan setiap kumpulan mestilah mempunyai 5 orang peserta.Pesan umi kat korang, Kalau datang kat sini, pastikan ada geng seramai 5 orang barulah happening..Kalau sorang, xkan jadi meriah la aktiviti korang tu.
Selepas tu, kami di bawa untuk ke Tempat bermulanya permainan Foot Golf ni.Kalau tengok dari flyers yang dia bagi, memang nampak 9 lubang tu sikit..Tapi bila korang dibawa ke padang Golf..Hah..Tau ler azab nak menghabiskan 9 lubang tu.
Bergambar kenangan sebelum memulakan pengeluaran peluh dengan banyaknya.
Umi dah ready nak menyepak bola ni..Tapi sebelum tu kita kena dengar dulu penerangan dari Pihak Pulai Spring Resort ni tentang bagaimana bermain FootGolf .Bukan main sepak je ye adik-adik.
Selepas mendengar penerangan dari Encik ni(umi lupa nama dia) Kami bersama dengan team terus ke tempat untuk kami memulakan FootGolf.Oh ya..Jarak antara lelaki dan perempuan lain ye.Kalau nampak penanda warna putih tu, lelaki punya dan kuning adalah tempat pertama sepakan bagi wanita.Biasalah, wanita mestilah lebih pendek jaraknya dari lelaki.
Sebelum tu meh umi nak cerita macam mana pengiraan sepakan pada setiap bola.Kalau dalam bidang golf tu dipanggil Par.Sekarang ni kita ada 9 lubang dan setiap lubang ada jaraknya seperti yang umi akan ceritakan di bawah ni.Kalau sepakan kita tu lebih dari Par yang dah ditetapkan, maka akan bertambah sepakan yang disebut buggy(gitulah ejaannya kalau tak silap umi) kalau tambah tu, maknanya peluang untuk menang tu tipis la…hahahaha.
Jom kita tengok jarak antara lubang dan berapa par yang perlu kita sepak untuk setiap lubang tu.
Hole 1 : Jarak (White) 212Meter (Yellow) 182Meter = 5 Par
Hole 2 :Jarak (White) 129Meter (Yellow) 99Meter = 4 Par
Hole 3 : Jarak (White) 100Meter (Yellow) 70Meter = 4 Par
Hole 4:Jarak (White) 97Meter (Yellow) 67Meter = 4 Par
Hole 5:Jarak (White) 92Meter (Yellow) 62Meter = 3 Par
Hole 6:Jarak (White) 139Meter (Yellow) 109Meter = 4 Par
Hole 7:Jarak (White) 97Meter (Yellow) 67Meter = 4 Par
Hole 8:Jarak (White) 170Meter (Yellow) 140Meter = 5 Par
Hole 9:Jarak (White) 97Meter (Yellow) 47Meter = 3 Par
Boleh tengok gambaran di bawah ni..Yang nampak plus tu maknanya lebihlah sepakan tu.
Kalau rajin, korang tengok ler mata yang aku dapat…hahaha…Tercorot weh..aduii…Oklah tu kan..At least walau umi ko ni tak berapa nak boleh sejauh tu, dia mencuba jugak..Tepuk untuk diri sendiri.
Nampak tak umi tendang bola tu.Kemahin semangat ko.Tapi takdelah jauh mana pun umi tendang.hahaha…
Korang tak teringin ke nak main FootGolf ni.Umi boleh jamin, mesti korang akan rasa seronok tau.Nasiblah umi ni kaki bangku..Nak sepak bola pun payah.
Lagi satu umi nak pesan, Kalau main Footgolf ni ,pakailah kasut yang keras sikit kat depan tu.Bukan macam umi ni hah..kasut kain depan tu.Kalau korang memang terror sepak bola, memang confirm korang takkan sakit..Tapi kalau 1st time memang kenalah pakai kasut yang ok sikit.Oh ya..Lagi satu bawak air mineral secukupnya..Bukan takde jual air kat situ.Kalau dah dekat FootGolf tu, mananya korang nak ke tempat makan diorang kat atas tu…Silalah cuba.Ok..meh umi bagitahu pasal harga pulak.
SPECIAL INTRODUCTORY RATES FOR FOOTGOLF
9 HOLES
Weekday(Mon to Fri) : RM20 + Per person
Weekend(Sat & Sun) : RM30 + Per Person
18 HOLES
Weekday(Mon to Fri) : RM30 + Per person
Weekend(Sat & Sun) : RM45 + Per Person
Sewaan setiap bola adalah RM5(deposit RM20 akan dikembalikan)
MASA UNTUK PENDAFTARAN DI SPORTS CENTRE PULAI SPRING
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Untuk tempahan korang boleh call +607 555 4771 atau pertanyaan lain boleh call di nombor ini juga di +6012 317 0117
Maklumat lanjut tentang FootGolf ni boleh terus ke website Pulai Spring Resort ye.
FootGolf Pulai Spring Resort Johor Bahru
The post FootGolf di Pulai Spring Resort pertama di Johor appeared first on Kisahsidairy.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahsidairy.com/footgolf-di-pulai-spring-resort-pertama-di-johor/