Fittonia Pokok Hiasan Dalam Rumah
Duduk rumah selain aktiviti mengemas, memasak, tengok movie dan sebagainya dalam tempoh PKP ni. Membelek pokok-pokok bunga hiasan dalam rumah salah satu aktiviti terapi yang boleh memberikan mood sedikit tenang. Itu kalau pokok hidup sihat membesar. Kalau susah nak hidup tu, kita pulak yang susah hati nanti. Pendek kata, nak tanam pokok hiasan dalam rumah kena pilih pokok yang sesuai.
Pokok hiasan dalam rumah ni biasanya jenis yang tidak memerlukan cahaya yang banyak, kena letakkan di tempat yang redup tapi dalam masa yang sama masih ada cahaya. Kiranya di bawah cahaya matahari yang rendah bukan terdedah terus pada cahaya matahari yang kuat. Untuk kau orang yang suka letak tanaman pokok hiasan dalam rumah atau nak letak pokok hiasan di meja kerja, Fiza suggest pokok renek yang comel macam Fittonia ni.
Fittonia juga dikenali sebagai nerve plant dan ianya sejenis pokok bonsai hiasan daripada beberapa spesis yang memiliki corak-corak daun yang berbeza can cantik. Jenis-jenis fittonia adalah Fittonia Fortissimo, Fittonia Frankie, Josan fittonia , Fittonium Red , Fittonia Red Vein, Fittonia Pink Vein, Fittonia White Vein, Fittonia White Anne, Fittonia Skeleton, Dwarf fittonia Perseus dan Fittonia Mosaic Kings Cross. Yang Fiza beli bulan lepas jenis Fittonia Red, Fittonia Skeleton dan juga Fittonia White Anne.
Fittonia Red ni warna merah dia sangat cantik. Jenis corak dan bentuk daunnya sangat cantik beralun. Apa yang Fiza perasan Fittonia Red ni lebih cepat membesar daripada fittonia yang lain. Terlebih baja belaian manja ni agaknya. Mana taknya hari hari belek dia. Dulu comel renek je tumbuhnya. Sekarang dah menggalah tinggi. Tapi itulah, nak re-pot pun nak kena beli pasu baru dulu
baca juga : Pokok Hiasan Luar dan Dalam Rumah
Fittonia Skeleton ni agak unik daunnya. Kombinasi warna pink dan hijau sangat menyerlah. Kenapa dipanggil skeleton? Kau orang sendiri dah boleh agak sebab corak daun dia jelas terang macam tulang rangka. Bentuk daun dia bulat sikit dan tak beralun macam fittonia red tapi cantik sebab corak daun dan kombinasi warna daun tu
Yang terakhir, Fittonia White Anne ni agak lambat juga ye nak tunggu dia membesar. Pertumbuhan yang agak lambat. Ke sebab nak pasu baru ni? Tapi kira okaylah dia maintain macam ni sebab kecik macam ni comel je nampak. Fiza beli 3 pasu Fittonia ni dengan harga RM20 di Seremban Landskap. Rindu pulak nak pergi nursery haih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/04/fittonia-pokok-hiasan-dalam-rumah.html