Fitnah Young Safura Dan Tengku Zulpuri Nafi Rakaman Perbualan Isu Kebun Durian Suara Mereka




KUANTAN: Dua wakil rakyat DAP di Pahang menafikan suara mereka yang dirakam dalam satu perbualan telefon yang mendakwa Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui terlibat dalam rasuah berkaitan kebun Musang King di negeri itu.
Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dan ADUN Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menafikan rakaman tersebut, yang dikongsi oleh Pengerusi Bersatu Raub Mohd Fakrunizam DN hari ini.
"Ini jelas satu fitnah dan saya menafikan suara saya dalam rakaman audio tersebut.
"Ini adalah serangan politik kotor yang dilakukan oleh mereka yang mahu laga-lagakan kami di dalam DAP dan juga untuk mencemarkan reputasi saya," kata Young Syefura yang juga ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.
Senada dengan Syefura, Zulpuri juga mendakwa ia adalah usaha mewujudkan permusuhan dalam DAP.
“Ini Fitnah. Ada yang nak melaga-lagakan (kami). Itu bukan suara saya,” kata Zulpuri.
Syefura dan Zulpuri juga berkata mereka akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Chow pula berkata dia dimaklumkan berkenaan hantaran Facebook itu dan terus menghubungi Syefura dan Zulpuri.
“Suara dalam rakaman itu langsung tak sama dengan Syefura dan Zulpuri.
“Saya telah sahkan dengan mereka, dan mereka juga sahkan ada yang sengaja membuat rakaman palsu,” katanya.
Chow juga menafikan segala dakwaan ke atasnya yang dibuat rakaman tersebut.
“Ini maklumat palsu sepenuhnya, fitnah ke atas saya dan pekebun durian, dan usaha jahat oleh pihak tertentu untuk mencetuskan konflik menerusi taktik kotor,” katanya lagi.
Audio yang berdurasi dua minit tujuh saat itu didakwa melibatkan perbincangan antara Syefura kepada Zulpuri tentang kebimbangan ke atas dakwaan penglibatan Chow dengan pekebun Musang King dalam pertikaian undang-undang dengan kerajaan negeri.
Pada April lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun Musang King di Raub untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap langkah kerajaan Pahang agar mereka mengosongkan tanah kebun mereka.
Antara alasan penolakan itu adalah mahkamah mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh dan sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.
Sejak itu, Perikatan Selamatkan Musang King Alliance (SAMKA) terus  membangkitkan kesukaran yang dihadapi pekebun di Raub dan menggesa pihak berkuasa memajakkan tanah itu kepada mereka. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/10/fitnah-young-safura-dan-tengku-zulpuri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Young Syefura Dakwa Fitnah Rakaman Suara Serangan Politik Kotor Mahu Untuk Lagakan Sesama Dap

Young Syefura Dakwa Fitnah Rakaman Suara Serangan Politik Kotor Mahu Untuk Lagakan Sesama Dap

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 243 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau Beliau bagaimanapun menyifatkan penyebaran itu...
Cara Terbaik Kerajaan Negeri Tangani Isu Peniaga Cameron Highlands

Cara Terbaik Kerajaan Negeri Tangani Isu Peniaga Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 226 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik untuk menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands dan semua pihak perlu menghormati keputus...
Selesai Bincang Luar Mahkamah Fizi Ali Dan Shakilla Khoriri Capai Kata Sepakat Isu Penjagaan Anak

Selesai Bincang Luar Mahkamah Fizi Ali Dan Shakilla Khoriri Capai Kata Sepakat Isu Penjagaan Anak

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 242 hits
HAMPIR setahun turun naik mahkamah penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali akhirnya berjaya mencapai kata sepakat mengenai hak penjagaan anak dengan bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin 35 memberita...
Isu Ruu Mufti Wilayah

Isu Ruu Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 608 hits
BARU NAK FAHAM SIKITTU PASAL BILA ADA ISU CITA LA SEBAB SEBABNYA DULU TAK LA RAKYAT PUSING KEPALA NAK FIKIR ISUNYA MUNGKIN SEBAB ADA SELAIN FAHAMAN AHLI SUNAH WAL JAMA AH NAK JADI MUFTI SETAKAT YANG ORANG KAMPONG FAHAM SETELAH DITERANGKAN M...
Strategi Pas Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal

Strategi Pas Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 213 hits
Strategi PAS Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal Kes Raja Pasir Selangor benar benar memberi tamparan hebat kepada Perikatan Nasional Ianya bukan sahaja membongkar kerakusan pemimpin Perikatan Nasional menjarah alam semulajadi Bukan sahaja r...
Drama Epok

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah