Fitnah Senjata Tertua Didunia


RENUNGAN


"Fitnah itu lebih tajam daripada mata pedang".

Fitnah merupakan salah satu perbuatan bertindak menjadi senjata untuk menjatuh ataupun mengkhianati seseorang atau sesebuah kuasa.  Senjata ini dikira tertua dan paling zalim dan berkesan. Natijah dari perbuatan ini ia sangat hina, jauh lebih hina daripada persundalan atau pengelandangan.


Kelanjutan perbuatan itu sampai ke hari ini penggunaanya. Ia tidak dapat dicegah atau dihalang mungkin membawa sampai ke kiamat selagi ada manusia tidak berhati perut, tidak punya akal budi dan mempercayainya ia relevan. Apakah sesudah mati nanti baru perbuatan atau senjata ampuh ini akan hilang?


Perbuatan ini terkhusus dilakukan oleh makhluk bernama manusia saja, kerana makhluk lain seperti haiwan, tumbuh tumbuhan, bukit bukau, gunung ganang, sungai dan lautan tidak dapat berbuat fitnah atau menggunakan senjata itu untuk meneruskan survive.


Dalam  negara ini, senjata fitnah ini digunakan sejak beratus tahun lalu, khasnya dalam zaman awal tamadun lagi. Jatuh atau tumbangnya kerajaan Melaka sehingga kegemilangannya ghaib adalah gara gara fitnah. Akibat fitnah berlaku perbalahan dan peperangan, bunuh membunuh sesama sendiri akhir meruntuhkan empayar Melayu.


Dalam kehidupan di dunia moden hari ini, fitnah turut menyuburkan dunia seperti titik hujan dimusim tengkujuh. Alat ini semakin laku. Dengan adanya kemudahan teknologi maklumat (IT) hari ini seperti internet dengan pelbagai aplikasi, fitnah menjadi makin hebat dan tidak terkawal lagi. Sesiapa pun tanpa memiliki ilmu tinggi atau kepakaran mampu menggunanya asalkan ada sedikit rasa tidak malu, tahu dosa dan pahala dan punya kebodohan, tidak matang tamadun dapat melakukan fitnah dengan mudah. Senjata fitnah boleh dilancar dari jauh oleh sang hipokrit. ia terjual persis mercun dan bunga api menjelang raya.


Hari ini fitnah semacam makanan atau air yang punyai perisa yang lazat yang menyegarkan. Dalam medsos, di semua platform penuh dan bertebaran dengan fitnah. Ia bergerak seperti siang dan malam, atau berputar bagaikan galaksi atau planet seperti matahari dan bumi. Pergerakkan secara istiqamah tidak terhenti walaupun sedikit. Hanya kita merasakan ia statik, sebenarnya tidak, ia tetap bergerak. Begitulah fitnah memakan kehidupan kita seharian bagaikan membiaknya sel kanser.


Dalam politik moden negara ini, kalau boleh dicatat fitnah bermula di era Dr Mahathir Mohamad, apabila beliau menjadikan fitnah sebagai senjata ampuh apabila terdesak untuk menghalang sekaligus menghancurnya Anwar Ibrahim yang dirasakan menjadi ancaman dan penghalang kediktatorannya.  


Fitnah itu dilancar dengan satu konspirasi terancang peringkat tertinggi. Anwar difitnah dengan seribu kebejatan dan kehinaan, perasuah, menjadi agen Yahudi, skandal dan paling terkutuk melakukan liwat. 


Walaupun sebelum ini sudah diguna senjata ini terutama dalam politik di Kelantan tahun 1960an tetapi ia tidak sedahsyat sewaktu digunakan untuk menghancurkan Anwar.


Di Kelantan dulu Allahyarham Mohd Asri Muda difitnah jual balak dan punya kekayaan di Indonesia. Ia setakat itu sahaja, tidak ada fitnah mengenai skandal sexsual. Sebaliknya apa yang dilakukan ke atas Anwar lebih dari itu. Beliau dituduh seorang sodomi, melanggan pelacur berbagai bangsa dan sebagainya.


Fitnah ke atas Anwar merupakan ibu kepada fitnah dalam konteks politik di Malaysia. Fitnah terhadap Anwar dari satu sisi lebih besar dan hebat dari fitnah yang dilakukan ke atas penguasa dan kerajaan Melayu Melaka dahulu. Fitnah itulah yang membiak hari ini. Fitnah itulah menjadi kepala air. Cuba selidik suasana politik negara ini bila ia berkucah. Bukankah diera Dr Mahathir?


Penyebaran fitnah di zaman Mahathir sangat dahsyat, bagaikan seperti ribut taufan dan tsunami. Ia dilancarkan bagaikan peluncuran kapal angkasa, menggegarkan seluruh negara dan dunia. Semua media dunia melaporkan berita fitnah tersebut.  Fitnah kepada Anwar menjadi butir zikir waktu itu. Ia bukan sahaja tersebar di lorong-lorong sepi, tetapi ikut dianginkan ke dalam surau dan masjid. Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM turut menjadi bahan kuliyyah beberapa orang Imam. 


Kerana fitnah itu negara bergolak apabila Anwar bersama rakyat yang benci perbuatan itu bangkit melawannya. Hunjaman fitnah ke atasnya ditepis dan beliau sesekali tidak mengaku kalah. "Benar tetap benar, lawan tetap lawan", menjadi tagline jihadnya sehinggalah kebenaran itu berada dipihaknya. Namun benih dan semangat fitnah tidak mudah lupus ia terus menjalar digunak pakai sebagai senjata wajib dalam politik merebut kuasa hingga ke saat ini. Fitnah itu menjadi inspirator kepada orang orang selepas itu, yang dapat dikesan hari ini.


Apa yang berlaku hari ini, fitnah bermaharajalela bermula dari pemulaan dilakukan Mahathir itu. Ia kian subur dan membiak dengan bantuan pelbagai peranti hari ini.


Tengoklah hari ini fitnah menjadi senjata semua orang tidak kira kecil atau besar. Ia dibidik oleh orang di bandar dan di kampung. Oleh orang cerdik atau separuh cerdik.  Orang yang tahu hukum hakam dalam agama dan natijah fitnah juga ikut sama memikul dan mengandar senjata fitnah dengan jari sedia dipincu. Senjata fitnah ini akan memakan sesiapa sahaja dihadapan tanpa mengira bangsa.


Justeru saking hebatnya penggunaan senjata fitnah ini pihak berkuasa perlu mengambil langkah tegas dan menyeluruh membasminya. Ia tidak boleh dilihat sebagai suatu budaya baru kerana ia merosakan seluruh rangka dan struktur negara nanti. 


Jika perlu digubal suatu undang undang pencegahannya, guballah tanpa menunggu sebelum ia melarat. Undang undang sedia ada, seperti undang sivil, (sedition act) akta hasutan, SOSMA dan sebebagainya nampaknya tidak memberi bekas kepada pemikul senjata finah ini. Melalui undang undang dan akta yang sedia ada sedikit pun tidak menggerunkan mereka.


Dalam masa sama para agamawan khasnya para Mufti perlu memainkan peranan aktif memberi nasihat dan juga menceritakan akan bahaya fitnah ini, seperti mana yang sering mereka ungkapkan, "fitnah itu lebih bahaya daripada pedang".  [kl. wm. 5:35 pm 06/04/2025]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/04/fitnah-senjata-tertua-didunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Tak Tenteram Hingga Fitnah Kononnya Kerajaan Ini Tak Terima Teguran Tak Pa

Hari Tak Tenteram Hingga Fitnah Kononnya Kerajaan Ini Tak Terima Teguran Tak Pa

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 96 hits
Hari tak tenteram hingga fitnah kononnya kerajaan ini tak terima teguran Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post appeared first on
Kakitangan Jai Pahang Membuat Fitnah Harap Ambil Tindakan

Kakitangan Jai Pahang Membuat Fitnah Harap Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 148 hits
W Faudzin Khabarnya bertugas di pejabat JAIP Tapi dia share benda mengarut macam ini JAIP boleh terima ke manusia rasis macam ini Jabatan Agama Islam Pahang Fahmi Fadzil Saifuddin Nasution Ismail Wan Rosdy bin Wan Ismail
Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 169 hits
Scam kononnya PMX sediakan pelaburan Ia adalah palsu dan fitnah Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post appeared first on
Fitnah Menteri Terlibat Rasuah Bekas Wakil Rakyat Bagi Alasan Saya Forward Sahaja

Fitnah Menteri Terlibat Rasuah Bekas Wakil Rakyat Bagi Alasan Saya Forward Sahaja

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 112 hits
SITI NUR ZAWANIMarch 26 2025Seorang bekas wakil rakyat yang didakwa menyebarkan mesej fitnah di WhatsApp kononnya Datuk Armizan Mohd Ali terlibat rasuah memberi alasan bahawa dia hanya menghantar semula mesej yang diterimanya Aku hantar saj...
Pokok Baobab Ini Adalah Pokok Baobab Antara Pokok Tertua Di Dunia

Pokok Baobab Ini Adalah Pokok Baobab Antara Pokok Tertua Di Dunia

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 145 hits
Adansonia digitata atau lebih dikenali sebagai asem buto atau ki tambleg adalah spesies pokok yang paling meluas dari genus Adansonia Pokok ini berasal dari benua Afrika dan selatan Semenanjung Arab dan telah menjadi sebahagian daripada eko...
Dakwah La Sangat Team Ko La Kaki Fitnah Banyak

Dakwah La Sangat Team Ko La Kaki Fitnah Banyak

papar berkaitan - pada 1/4/2025 - jumlah : 85 hits
Cinta JannahKonon sampaikan dakwahlah sangat Orang yang berdakwah tak mungkin akan jadi kaki fitnah menghina orang dan menuduh orang yang buruk buruk Moga kau dapat balasan nanti
Kerajaan Bayar Rm1 1 Bilion Kepada Israel Tuduhan Ini Adalah Fitnah Dan Peny

Kerajaan Bayar Rm1 1 Bilion Kepada Israel Tuduhan Ini Adalah Fitnah Dan Peny

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 83 hits
u201cKerajaan bayar RM1 1 bilion kepada Israel u201d n nTuduhan ini adalah fitnah dan penyebarnya berniat jahat merosakkan negara Tak pasti jangan kongsi biarbetul delight ranges image ranges inline style ranges aggregated ranges ranges ent...
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Overcoming The Funding Challenges

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Metamask Security Warning

Ufabet

Jackpot Fever Awaits On 389sports Slots

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

9 Lelaki Ditahan Kerana Merusuh Guna Pedang Samurai