Fitnah Lebai Akhir Zaman
Ibrahim Mat Isa.
Aku baca banyak kecaman berkaitan pengharaman jualan air zamzam oleh kerajaan terdahulu dan diteruskan di bawah kerajaan sekarang melalui KKM. Bagi aku, perangai mengecam dan bantai melulu itu memang perangai walaun kononnya merekalah ahli agama, alim, rajin solat, rajin segala mak nenek suruhan agama..
Padahal penyokong parti bulan kaki ekoq bercambah!
Dan pada aku, arahan Duta Besar Arab Saudi mengharamkan jualan air zamzam di negara ini pun wajar kerana mereka adalah pusat sumber terbitnya air terbaik di dunia itu.
Dan..
Terbaca juga tulisan mereka siang tadi.. jual arak dihalalkan, jual air zamzam diharamkan. Then, sambung lagi.. rahmatan lil kafirin..
Astaghfirullah..
Demikian maha dahsyat fitnah akhir zaman menyerang umat Islam sekarang. Muda tak hormat orang tua, alim ulamak jadi bisu dengan kemungkaran, dan hingar bingar permainan fitnah berlegar di kalangan para si alim yang keparat.
Yang walaun konon alim itu tak baca sirah. Telaga zamzam dan kejadiannya, siapa pemilik dan rentetan sejarah terkait telaga dan airnya. Untuk info semua, sejarah mencatatkan bahawa telaga zamzam itu milik Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail A.S. itu pusaka dan pemunya sebenar. Ada segerombolan kafilah pernah cuba deal dengan Siti Hajar untuk membeli sebahagian telaga buat minuman dan kegunaan mereka ulang alik meniaga utara selatan.
Memang dari awal disanggah oleh Siti Hajar. Apa yang wanita solehah itu berikan hanyalah kebenaran untuk kegunaan. Tak kira siapa.
Dan kebenaran itu valid hingga hari kiamat.
Yang orang Melayu pula, ambik dan buat jualan. Dan ada dakwaan tambahan jampi mampi bagai kononnya rawat itu rawat ini. Bukan tak boleh, tapi bila masuk bab berdagang, ia adalah mungkar dan bercanggah wasiat pemiliknya.
Ada lagi yang berkomen tadi ku baca, kononnya boleh pos dari sana bertong tong.. Pelik aku, pos bertong tong air zam zam nak buat apa? Kalau nak meniaga, memang mungkar juga.
Kebenaran pemerintah Saudi berikan hanya setakat 5 liter atau 10 liter bagi seorang jemaah termasuk pelawat. Hanya itu sudah cukup untuk ambil keberkatan tanah haram dan simpan air zamzam sebagai keperluan bila sesak sakit demam atau gangguan tertentu.
Kenapa orang Melayu kita tamak nau? Sudah-sudahlah jual agama. Yang walaun pula membela penjual agama yang menipu. Kononnya air itu zamzam padahal depa gali telaga bukit mana entah.
Entah-entah guna ayaq mineral spritzer hat Cina produce, claim kata zamzam... puiikk lah. Harap kapitalis air zamzam tipu macam tu mampos tercekik air!
Ok dah la hingaq tengah malam.. nanti orang meluat. Esok dah Isnin, hangpa nak kena pi opis kerja kan... lalalalaa.. jangan biru muka ngadap Isnin...
Goodnite.. I love you 😎 Aim
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/01/fitnah-lebai-akhir-zaman.html