Fitnah Di Ig Siti Nordiana Saman 5 Termasuk Lan Solo Syura


 
Siti Nordiana Alias menuntut permohonan maaf selain ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan. (Gambar Instagram)KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali sebagai Nana memfailkan saman ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.
Siti Nordiana, 37, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lepas di Mahkamah Sesyen di sini dan menamakan Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36, Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek artis bebas Razidah Ahmad Senusi, 42, sebagai defendan.
Pernyataan tuntutan Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai lepas kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Siti Nordiana mendakwa kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.
“Siaran langsung berdurasi lebih kurang satu jam 28 minit itu telah ditonton oleh para pengikut defendan-defendan dan orang ramai yang mengikutinya,” menurut plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.
Juara Gegar Vaganza musim kedua itu mendakwa kelima-lima defendan telah memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing namun ia tular serta telah dimuat naik semula ke akaun YouTube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.
Siti Nordiana mendakwa jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik ke akaun YouTube dijangka bertambah dan reputasi beliau telah dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.
Plaintif mendakwa sebelum memulakan tindakan saman itu, beliau melalui peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan bertarikh 26 Julai lepas melalui serahan tangan dan e-mel kepada kesemua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain ganti rugi sebanyak RM200,000 namun mereka gagal berbuat demikian.
Sehubungan itu, Siti Nordiana menuntut kesemua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram serta Facebook secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah.
Beliau turut menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam Abang Azlan Abang Ariffin, yang mewakili Siti Nordiana ketika dihubungi Bernama, berkata tuntutan saman itu telah diserahkan secara Akuan Terima dan e-mel kepada kelima-lima defendan hari ini.
“Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 9 Ogos ini secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/fitnah-di-ig-siti-nordiana-saman-5.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Pula Lan Solo Syura Tak Puas Hati Dengan Siti Nordiana Siap Tak Kawan Di Ig

Kenapa Pula Lan Solo Syura Tak Puas Hati Dengan Siti Nordiana Siap Tak Kawan Di Ig

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 325 hits
Makin panas Nana buat sidang media tentang kontroversi live IG baru baru ini Penyanyi lagu Angkara ini mahu individu berkenaan buat permohonan maaf dalam masa 48 jam ARTIKEL BERKAITAN https www mstar com my spotlight sensasi 2021 07 23 siti...
Hiburan Nama Kena Petik Dalam Konflik Lan Solo Dan Syura Badron Siti Nordiana Minta Nasihat Peguam

Hiburan Nama Kena Petik Dalam Konflik Lan Solo Dan Syura Badron Siti Nordiana Minta Nasihat Peguam

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 257 hits
Malam semalam penyanyi Lan Solo dan Syura Badron ada mengaitkan nama penyanyi dan pelakon Siti Nordiana dalam konflik dalaman antara mereka dalam sebuah sesi Instagram Live BACA AdvertisementIsteri kepada Lan Solo iaitu Nur Shiela Hashim be...
Hiburan Isu Saman Oleh Siti Nordiana Syura Badron Minta Netizen Berhenti Hakimi Dirinya

Hiburan Isu Saman Oleh Siti Nordiana Syura Badron Minta Netizen Berhenti Hakimi Dirinya

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 383 hits
Penyanyi dan juga usahawan kosmetik Syura Badron meminta netizen untuk tidak menghakimi kehidupannya kerana tiada siapa yang tahu apakah yang dilaluinya selama ini Ujar Syura orang di luar sana hanya mengetahui kehidupannya sebagai penyanyi...
Hiburan Tak Perlu Saman Nubhan Nasihat Siti Nordiana Dan Rakan Artis Saling Bermaafan

Hiburan Tak Perlu Saman Nubhan Nasihat Siti Nordiana Dan Rakan Artis Saling Bermaafan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 275 hits
Penyanyi Nubhan meluahkan rasa tidak percaya dan menyangka perbalahan antara rakan duetnya penyanyi Siti Nordiana serta rakan artis yang lain iaitu Lan Solo dan Syura Badron sehingga ke tahap saman menyaman BACA AdvertisementUjar Nubhan tia...
Hiburan Lima Sekawan Terima Surat Saman Siti Nordiana Minta Bayar Rm200 000 Setiap Seorang

Hiburan Lima Sekawan Terima Surat Saman Siti Nordiana Minta Bayar Rm200 000 Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 387 hits
Kes melibatkan Siti Nordiana dan juga lima sekawan iaitu Lan Solo dan isteri Syura Badron jurusolek Aida G Sam Samin diteruskan lagi apabila mereka mengesahkah telah menerima surat tuntutan permohonan maaf daripada penyanyi itu sejak daripa...
Tiada Permohonan Maaf Diterima Siti Nordiana Tetap Teruskan Saman

Tiada Permohonan Maaf Diterima Siti Nordiana Tetap Teruskan Saman

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 330 hits
Tiada Permohonan Maaf Diterima Siti Nordiana Tetap Teruskan SamanSource https www rotikaya com tiada permohonan maaf diterima siti nordiana tetap teruskan saman TiadaPermohonanMaafDiterimaSitiNordianaTetapTeruskanSaman
Zulin Aziz Persoalkan Saman Rm200k Siti Nordiana Tapi Kenapa Netizen Naik Angin

Zulin Aziz Persoalkan Saman Rm200k Siti Nordiana Tapi Kenapa Netizen Naik Angin

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 262 hits
Kisah saman menyaman antara Siti Nordiana nampaknya tidak berkesudahan lagi Baru baru ini Zulin Aziz juga turut memberikan komen terhadap satu posting di Instagram yang melibatkan kes ini
Hiburan Aku Stres Orang Cakap Aku Kutuk Kau Zulin Nafi Persoal Saman Rm200k Siti Nordiana

Hiburan Aku Stres Orang Cakap Aku Kutuk Kau Zulin Nafi Persoal Saman Rm200k Siti Nordiana

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 209 hits
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz menafikan dakwaan dia mempersoalkan saman yang dikenakan Siti Nordiana kepada lima individu selepas tuntutan maaf tidak dipenuhi Zulin Aziz menerusi satu hantaran di Instagram berkata komen yang ditinggalkan...
Hiburan Dapat Ke Ubat Hati Dengan Rm200k Tu Zulin Aziz Persoal Tindakan Saman Siti Nordiana

Hiburan Dapat Ke Ubat Hati Dengan Rm200k Tu Zulin Aziz Persoal Tindakan Saman Siti Nordiana

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 240 hits
Pelakon dan personaliti TV Zulin Aziz dikritik netizen apabila dia ada meninggalkan komen di ruangan Instagram Siti Nordiana yang didakwa telah mempersoalkan keperluan menyaman rakan artis sebanyak RM200 000 ARTIKEL BERKAITAN Sering Pakai T...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation