Firma Korea Selatan Labur Rm507j Di Pulau Pinang


 


KORPORAT
Firma Korea Selatan labur RM507j di Pulau Pinang
 semikonduktor Korea Selatan, Simmtech Co Ltd akan melabur AS$120 juta (RM507 juta) untuk mendirikan kilang pertamanya di Asia Tenggara, yang akan berlokasi di Taman Perindustrian Batu Kawan Pulau Pinang.
Pengarah Urusan SimmTech Asia Tenggara, Jeffery Chun, berkata keputusan untuk mendirikan kilang pembuatan berskala besar pertama syarikat di Pulau Pinang datang secara semula jadi kerana negeri ini mempunyai ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) yang mantap, kumpulan bakat yang hebat dan asas pelanggan sedia ada.
"Memang sesuailah untuk kami untuk memilih rantau ini yang mempunyai latar belakang E&E yang kuat serta akses ke perniagaan dan sumber tempatan.
"Ini adalah fasa pelaburan pertama kami, kebanyakannya akan dilaksanakan semasa projek pembinaan dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya pada taklimat media secara maya mengenai pelaburan strategik berkenaan, hari ini. 
Beliau menambah, kilang papan litar bercetak (PCB) semikonduktor dan substrat pembungkusan di Pulau Pinang akan menjadi kilang pertamanya di rantau Asia Tenggara kerana syarikat itu pada masa ini hanya beroperasi di Korea Selatan, China dan Jepun.
Chun berkata, pembinaan kilang itu dijangka selesai menjelang awal tahun depan, sementara operasi dan penghantaran produk dari kilang baharu dijadualkan bermula pada separuh pertama 2022.
Beliau berkata, meskipun dalam situasi pandemik COVID-19, pembinaan masih dijalankan dan syarikat itu tidak menjangkakan sebarang penangguhan besar.
"Sebaliknya, kami melihat pandemik ini sebagai peluang bagi industri kerana trend dalam talian yang semakin meningkat mewujudkan permintaan yang lebih tinggi untuk produk semikonduktor. Ini adalah tempoh yang baik untuk industri semikonduktor secara keseluruhan.
"Sebaik beroperasi sepenuhnya, kapasiti pengeluaran (kilang) di Pulau Pinang akan mewakili 20 peratus daripada kapasiti gabungan semasa Simmtech Group di Korea Selatan, China dan Jepun," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang turut hadir pada taklimat media maya itu berkata, kilang Simmtech berkeluasan 7.2 hektar di Taman Perindustrian Batu Kawan dijangka dapat mewujudkan 1,200 pekerjaan bernilai tinggi dalam segmen kejuruteraan, pembuatan dan pengurusan kualiti.
Beliau turut berharap kedatangan Simmtech akan menandakan permulaan babak baharu dalam hubungan negeri ini dengan Korea Selatan, antara negara paling terkenal dalam bidang teknologi global.
Produk E&E menyumbang 47 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan pembuatan, mewakili 35 peratus daripada jumlah pelaburan E&E negara, sekali gus memperkukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
-BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/07/firma-korea-selatan-labur-rm507j-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mohon Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang Bermula Rm600 Hingga Rm2 000

Cara Mohon Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang Bermula Rm600 Hingga Rm2 000

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 370 hits
Alhamdulillah syukur kerana berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam Swasta Bagi pelajar yang menetap di Pulau Pinang dan dapat sambung pengajian di IPTA IPTS sama ada di dalam atau luar negara t...
Korea Selatan Dan Korea Utara Berbaik Semula

Korea Selatan Dan Korea Utara Berbaik Semula

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 386 hits
Jong un dan Jae in ketika bertemu di perkampungan sempadan Panmunjom di Zon Bebas Tentera pada April 2018 Foto Agensi Dua Korea Bersetuju untuk Membangun Semula Hubungan Seoul Pyongyang berbaik semula SEOUL Korea Selatan dan Pyongyang akhir...
8 Artis Indonesia Yang Terkenal Di Korea Selatan Penggemarnya Juga Nggak Sedikit Lo

8 Artis Indonesia Yang Terkenal Di Korea Selatan Penggemarnya Juga Nggak Sedikit Lo

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 431 hits
Bahkan sudah ada yang bergabung dengan salah satu agensi terbesar Korea yaitu SM Entertainment Keren
Golongan Belia Korea Utara Berdepan Dengan Hukuman Mati Jika Guna Loghat Korea Selatan

Golongan Belia Korea Utara Berdepan Dengan Hukuman Mati Jika Guna Loghat Korea Selatan

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 548 hits
Kim Jong un memberi amaran keras terhadap golongan belia di Korea Utara untuk berhenti menggunakan loghat Korea Selatan atau berdepan dengan hukuman penjara atau lebih teruk lagi hukuman mati Kenyataan media yang dikeluarkan pemerintah meng...
Rancangan Percutian Selepas Pkp Kuala Lumpur Pulau Pinang

Rancangan Percutian Selepas Pkp Kuala Lumpur Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 423 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah setelah menerima vaksin COVID 19 yang lepas dalam kepala saya nie terfikir nak bercuti cuti Malaysia Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak pergi bercuti tapi disebabkan pandemik yang melanda di negara kita m...
1 036 Individu Terima Darjah Kebesaran Tyt Pulau Pinang

1 036 Individu Terima Darjah Kebesaran Tyt Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 547 hits
Toh Puan Datin Seri Khadijah Mohd Nor merupakan individu yang mendahului penerimaan Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang pada tahun ini iaitu Darjah Kebesaran Tertinggi bagi Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk Seri Utama Khadijah merupa...
Lam Research Buka Kilang Pengeluaran Terbesar Dengan Rm1billion Pelaburan Di Pulau Pinang

Lam Research Buka Kilang Pengeluaran Terbesar Dengan Rm1billion Pelaburan Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 577 hits
SEBERANG PERAI Lam Research Corporation pada Selasa mengumumkan pengembangan kapasiti pembuatan globalnya dengan pembukaan kemudahan terbesar syarikat tersebut di Batu Kawan di sini Tempat pembuatan baharu ini akan membolehkan Lam untuk bek...
Resep Bubur Ayam Enak A La Korea Selatan

Resep Bubur Ayam Enak A La Korea Selatan

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 328 hits
Korea Selatan juga punya racikan bubur ayam yang tak kalah gurih Tentu saja citrasanya sedikit berbeda dari bubur ayam yang kita kenal selama ini
96 Penumpang Jin Air Korea Selatan Rasai Keunikan Penerbangan Khas Ke Kota Kinabalu

96 Penumpang Jin Air Korea Selatan Rasai Keunikan Penerbangan Khas Ke Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 458 hits
Seramai 96 penumpang menaiki Flight to Nowhere yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan terbang ke Kota Kinabalu Sabah Pandemik Covid 19 banyak memberi tempias terhadap pelbagai sektor ekonomi di dunia Antara sektor terj...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh