Firash Di Pra Sekolah
Hai semua,
So tahun ni Juju tak sekolahkan Firash di Tadika lagi dah. Cukup dah masa untuk main-main. Umur dah 5 tahun jadi kene fokus untuk belajar betul-betul pula. Juju masukkan dia di pra sekolah. Alhamdulillah. Permohonan Juju diterima. Memang dah niat dari awal nak biasakan dia dengan sekolah rendah. Senang nanti bila dia dah biasakan diri dengan persekitaran sekolah rendah tu.
Tengah tunggu cikgu buka pintuUntuk keperluan pakaian dia tak banyak sangat pun. Cuma perlukan tshirt putih berkolar dan seluar track suit warna biru gelap. Mudah sangat. Jadi Juju standby siap-siap 5 pasang terus. Kotlah hari hujan, taklah jenuh mama dia ni nak mengeringkan baju dak Firash.
Kasut pula cikgu dia tak menekankan sangat untuk guna kasut hitam. Sebab tahun ni masih belum wajib untuk guna kasut hitam lagi. Jadi Juju beli sepasang je kasut hitam dia. Kasut putih masa di sekolah tadika masih boleh guna. Jadi kita gilir-gilirkan kasut dia.
Yuran sekolah pula tak banyak mana pun nak kena bayar. Bila tengok senarai yang perlu dibayar cuma RM30.00 untuk lelaki dan RM40.00 untuk perempuan. Yang perempuan tu lebih RM10.00 sebab termasuk bayaran untuk tudung.
Setakat harini cikgu belum minta lagi bayaran untuk beli buku ke apa. Ke memang tak de buku? Eh musykil pulka kita. Tak pelah. Asingkan duit untuk buku dia siap-siap. RM100.00 cukup tak? Hmmm.. Lebihkan jelah.
Cabaran hari pertama bersekolah adalah nak kejut dia bangun tidur. Ya Allah. memang bercinta betul nak pujuk dia mandi. Macam-macam alasan dia bagi. Nak mandi dengan ayah, nak mandi dengan mak, tak nak kawan mama. Huish. Pagi-pagi mama dah jadi tarzan. Tapi yang peliknya lepas mandi elok je pulak perangai dia. Siap kata nak pergi sekolah dengan mama.
Ah sudah! Mama ni nak terus pergi kerja. Hantar awal kang dia duduk tercongok je depan kelas. Ah, cuba jelah dulu hantar dia awal. Tengok macam mana keadaan dia masa balik sekolah nanti. Dan semenjak kejadian mama hantar pergi sekolah awal, hari-hari pun dia nak mama yang hantar dia pergi sekolah. Hmm, apa-apa jelah nak. Yang penting dia seronok pergi sekolah.
Kalau ikut perancangannya, suami Juju yang akan hantar Firash pergi sekolah. Dalam pukul 7.15 macam tu. Takdelah lama sangat dia duduk melangok depan pintu kelas dia tu. Tapi dia dah selesa pula datang sekolah awal. Jadi kita layankan ajelah.
Muka baru bangun tidur lepas tu sibuk nak ikut mama pergi kedaiHari-hari mama doakan semoga hati Firash diterangkan untuk terima segala pelajaran yang cikgu ajar dekat sekolah. Semoga jadi anak yang berjasa ye Firash. Sekian luahan hati mama untuk Firash 😘😘😘
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.kasihjuju.com/2019/01/firash-di-pra-sekolah.html