Filem The Doll Lakonan Shandy Aulia
Movie Review : The Doll (2016)
Sejujurnya aku dah menonton semua siri filem The Doll ini bermula dengan filem The Doll (2016), diikuti The Doll 2 dan Sabrina. Dari ketiga - tiga filem tersebut aku lebih suka dengan filem The Doll yang dilakonkan oleh Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto, Vitta Mariana dan ramai lagi. Filem ini dah lama release iaitu pada tahun 2016 dan menerusi filem ini, Denny Sumargo dan Shandy Aulia sudah pun digandingkan sebagai hero dan heroin sebanyak 3 kali. Mereka berdua sebelum ini sudah digandingkan dalam filem 308 dan Mall Klender, aku juga dah menonton filem tersebut, lagi pun banyak kali filem tu disiarkan di Astro Citra hehehe. Dah tajuk pun The Doll kan, jadi mestilah jalan ceritanya ada melibatkan anak patung gitu dan ini merupakan filem Indonesia. Kalau korang nak tahu Shandy Aulia ini memang banyak berlakon filem seram gitu, ada filemnya yang best, ada juga yang kurang best seperti filem Rasuk (2018). Movie The Doll ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri Anya (lakonan Shandy Aulia) dan Daniel (lakonan Denny Sumargo) yang hidup bahagia, awalnya mereka hidup secara sederhana saja tapi bahagia. Tak lama kemudian Daniel membawa berita gembira yang dia sudah dinaikkan pangkat dan mereka akan berpindah ke rumah baru yang besar dan cantik.
Anya yang merupakan pembuat anak patung berasa gembira dengan berita itu dan mereka akhirnya berpindah ke rumah tersebut. Tak lama kemudian Daniel telah mengarahkan pekerjanya untuk menebang satu pokok yang dikatakan dihuni oleh roh budak kecil bernama Uci yang mana Uci dan seluruh keluarganya mati dibunuh oleh perompak. Ketika pulang ke rumah, Daniel mendapati ada anak patung yang sudah buruk berada dalam keretanya. Daniel mahu membuang anak patung itu tapi dihalang oleh isterinya Anya kerana bagi Anya, anak patung itu masih elok. Anya kemudian meletakkan anak patung itu di dalam almari bersama koleksi anak patung buatannya yang lain. Tak lama kemudian Anya dan Daniel mula diganggu dengan perkara - perkara pelik. Awalnya Anya tidak begitu percaya dengan cerita jirannya Niken mengenai hantu dan kaitannya dengan anak patung tersebut. Namun setelah Anya mengalami sendiri dan nampak dengan matanya sendiri, barulah dia percaya dan cuba menyakinkan suaminya Daniel untuk mencari pertolongan. Niken kemudian berjaya menghubungi Bu Laras yang merupakan pakar dalam menghalau hantu ini serta sudah pernah berdepan dengan hantu Uci itu. Namun keadaan makin teruk bila hantu Uci seolah - olah berdendam dengan Daniel kerana telah menebang pokok yang merupakan tempat tinggalnya.
Awalnya aku pun pelik kenapalah roh budak kecil si Uci tu benci dan berdendam sangat dengan Daniel ni sebab pokok saja kot, boleh je dia pindah pokok lain kot hahaha. Rupanya ada kisah lain, kiranya ada plot twist gitu. Ingatkan hantu budak kecil ni tak seram sangatlah, tapi dendamnya tu lain macam hahaha, cara hantu tu kacau Daniel dan Anya pun agak kreatif juga, siap ada banyak burung datang rumah tu dan patuk sesiapa saja dalam rumah tu sampai mati kot, tragis giler. Hantu tu pun pandai buat Bu Laras jadi panik bila tiba - tiba hantu tu datang rumah Bu Laras dan main - main dengan anak perempuannya hehe. Ending movie The Doll juga agak tragis, tapi aku tak naklah bagi spoiler apa yang jadi kan hehehe. Tapi aku tak faham juga dengan Anya dan Daniel ni, dah tahu rumah tu ada hantu, boleh lagi tinggal dekat situ, patutnya keluarlah dari rumah tu sekejap, tumpang rumah jiran ke, sape - sape ke, duduk kat hotel ke sampai hantu tu berjaya dihalau. Ni boleh pula si Anya ajak jirannya datang temannya kat rumahnya yang ada hantu tu, patutnya dia yang pergi tumpang rumah jirannya, ni terbalik pula hahaha. Jirannya tu pun bukan main berani lagi datang rumah Anya, dan tolong Anya cari pengahalau hantu. Hantu Uci tu pun perhati je perangai jiran si Anya ni hahahaha.
Kalau nak tahu apa yang jadi dengan jiran Anya dan juga apa yang jadi pada Anya, Daniel dan Bu Laras tu kenalah tengok movie ni hehe. Movie The Doll ini memang suspen sampai ke akhirnya, walaupun ada sedikit scene - scene yang tak berapa logik. Berbaloi layan movie ni, jadi secara keseluruhannya aku bagi 8.4/10 bintang untuk movie ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://darihatimissmulan.blogspot.com/2019/02/review-filem-doll-lakonan-shandy-aulia.html