Filem Malbatt Misi Bakara Kisah Benar 19 Rejimen Askar Melayu Diraja Pada Tahun 1993


FILEM MALBATT MISI BAKARA KISAH BENAR 19 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD) PADA TAHUN 1993. Filem Malbatt Misi Bakara telah ditayangkan pada 24 Ogos 2023 di Malaysia dan Singapura. Filem Malbatt Misi Bakara berkisar kisah benar di sebalik insiden Black Hawk Down yang menyaksikan tindakan berani mati anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, pada 1993.




MALBATT Misi Bakara merupakan sebuah filem aksi perang ketenteraan Malaysia 2023 yang diarahkan, diterbitkan dan ditulis oleh Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari. Ia berdasarkan dari kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993. 

Penggambaran filem ini telah dilakukan di beberapa lokasi termasuk luar negara iaitu di Gaziantep (Turki), Pinewood Studio Malaysia (scene HQ MALBATT 1 dan Mogadishu) dan Pangkalan TUDM Subang (scene kontinjen MALBATT berlepas ke Somalia). Untuk menjadikan lakonan nampak seperti askar sebenar, para pelakon membuat latihan ketenteraan di kem di Port Dickson.

 



Filem ini diadaptasikan dari kisah benar operasi tentera Malaysia pada tahun 1993 yang menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari MALaysia BATTalion (MALBATT) menyelamatkan 70 lebih anggota askar Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu dalam kejadian Black Hawk Down. Pada awalnya, tentera Malaysia dan Pakistan menawarkan diri untuk misi menyelamatkan (rescue mission) tapi pada saat terakhir, Pakistan berundur dan meninggalkan Malaysia untuk meneruskan misi berani mati tu. Dalam misi tersebut, seorang anggota tentera Malaysia telah gugur dan 7 orang lagi cedera, namun mereka berjaya menyelamatkan dan membawa pulang kesemua anggota tentera Amerika yang terperangkap di Bakara.






REVIEW FILEM MALBATT MISI BAKARA
Wah nak review bagai. hihi. Sebenarnya Cik Rose ni tak pandai na review-review filem. Tapi, di sini Cik Rose akan ceritakan sedikit tentang filem ni dan apa yang Cik Rose rasa sewaktu menonton filem ni. Ikut citarasa Cik Rose yang tak berapa nak berseni ni ya. Setiap dari kita punya persepsi dan minat yang berbeza, kita raikan sahaj perbezaannya. 


BARISAN PELAKON MALBATT
Bila melihat senarai pelakon filem Malbatt ni, Cik Rose terus cakap wow! Sebab filem ni membariskan pelakon kita yang hebat-hebat seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, dan ramai lagi. 
Wah ramai ni pelakon hebat. Bila menonton je filem ni minggu lepas, memang Cik Rose puas hati. Lakonan tu sampai. Tahniah buat semua pelakon dalam filem ini. Yang menarik hati Cik Rose bila melihat watak Shaheizy Sam sebagai Lans Koperal Ramlee. Tidaklah jadi pegawai je kan. Pelakon hebat juga memegang jawatan LLP. Best! 
Cik Rose juga suka watak yang dilakonkan oleh Iedil Dzuhrie Alaudin. Penuh gaya sebagai anggota tentera.
Cik Rose menonton filem ni tanpa rasa bosan dan mengantuk. Melekat je mata ni dekat skrin panggung wayang tu. Babak tembak menembak tu mendebarkan hati Cik Rose. Terkeluar juga suara Cik Rose ni bila babak Dafi dan Safwan Nazri di tembak.(dua babak berbeza). 
Geram juga hati ni bila tentera US tak kenal MALAYSIA. Dan ada satu babak penerangan Misi Bakara, bila pegawai tentera US macam mencebik bila dengar MALAYSIA. 
Tengok filem ni, tanpa makan popcorn Cik Rose. Hihi. Punyalah kusyuk. Masa Cik Rose tonton filem ni, full house panggung ya. Tahniah buat team produksi filem Malbatt Misi Bakara kerana telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia untuk hadir ke panggung wayang bagi menyaksikan sendiri filem ini. 
Yang masih belum menonton, jomlah kita support filem ini. 


Selamat menonton! 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2023/09/filem-malbatt-misi-bakara-kisah-benar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nostalgia Filem Prebet Lapok Kisah Seorang Pemuda Nakal Jadi Askar

Nostalgia Filem Prebet Lapok Kisah Seorang Pemuda Nakal Jadi Askar

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 247 hits
NOSTALGIA FILEM PREBET LAPOK KISAH SEORANG PEMUDA NAKAL JADI ASKARSebuah filem arahan Allahyarham Dato Aziz Satar yang ditunjangi oleh A R Badul Allahyarham Tawil Azlina Aziz Raja Ismail dan Ed Osmera Prebet Lapok diterbitkan pada tahun 197...
Senarai Filem Melayu 2023

Senarai Filem Melayu 2023

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 611 hits
Senarai Filem Melayu 2023 Artikel untuk kali ini khas buat korang semua yang menggemari filem melayu Untuk tahun 2023 kita bakal dihidangkan dengan pelbagai filem melayu yang menarik untuk di tonton di pawagam Malaysia Seperti biasa filem m...
Kisah Cinta Pasangan Beda Usia 55 Tahun Di Oku Harmonis Hingga Maut Memisahkan

Kisah Cinta Pasangan Beda Usia 55 Tahun Di Oku Harmonis Hingga Maut Memisahkan

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 125 hits
Pernikahan Sulaeman dengan Nenek Rohaya 16 tahun lalu viral di media sosial karena perbedaan usia mereka yang sangat jauh
Misi Beli Jiwa Pengundi Melayu Di Pulai

Misi Beli Jiwa Pengundi Melayu Di Pulai

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 204 hits
ATAS kertas calon Pakatan Harapan Parlimen Pulai Suhaizan Kayat dilihat nampak mudah untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi sifunya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Pilihan Raya Kecil ini Namun realitinya laluan itu tetap ber...
Mohon Kerja Di Jpnin Jawatan Pembantu Pembangun Masyarakat S19 Tahun 2023

Mohon Kerja Di Jpnin Jawatan Pembantu Pembangun Masyarakat S19 Tahun 2023

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 198 hits
Mohon Kerja Di JPNIN Jawatan Pembantu Pembangun Masyarakat S19 Tahun 2023 Berita Terkini Mengenai Tawaran Jawatan Kosong oleh JPNIN dalam Pengurusan Pembangunan untuk Masyarakat Malaysia Jabatan Pembangunan Negara dan Integrasi Nasional tel...
Tiada Var Pada Final Piala Malaysia Tahun Ini

Tiada Var Pada Final Piala Malaysia Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 134 hits
KELANA JAYA 1 September Sistem video bantuan pengadil tidak akan digunakan pada perlawanan akhir Piala Malaysia bagi edisi tahun ini Ketua pegawai Eksekutif Liga BolaSepak Malaysia Datuk Stuart Ramalingam berkata pihaknya berdepan bebe
Kwsp Ini Teknik Rahsia Keluar Simpanan Sebelum Usia 55 Tahun

Kwsp Ini Teknik Rahsia Keluar Simpanan Sebelum Usia 55 Tahun

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 184 hits
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri Salah satunya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang membenar...
Jadual Gaji 14 Skim Perkhidmatan Sains Pelbagai Gred Gaji C19 Hingga C54 Bagi Tahun 2023

Jadual Gaji 14 Skim Perkhidmatan Sains Pelbagai Gred Gaji C19 Hingga C54 Bagi Tahun 2023

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 195 hits
Kredit gambar oleh Kkolosov dari pixabay com Jika ada yang tertanya tanya apakah jadual gaji bagi penjawat awam dibawah skim perkhidmatan Sains maka ini merupakan rujukan alternatif yang membantu menerangkan secara details kepada anda Sebel...
Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Pet Expo Midvalley 2024

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Bercinta Ke Keluar Makan Malam Bersama Netizen Jumpa Kelibat Byun Wooseok Dalam Gambar Hyeri

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Perbedaan Kartu Kredit Dan Kartu Debit

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


A First Date With Onew At Guess Onew Fanmeeting 2024

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Onew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024

Hentikan Kerja Gila Hiburan Ekstrim Lihat K Tan

Late Lunch

Breathe Easy Indoors Exploring Air Conditioner Installation