Filem Dan Sinopsis The Princess And The Matchmaker
The Princess And The Matchmaker - Korean Movie Review
Seperti biasa hari ini aku nak buat review filem Korea yang bertajuk The Princess and The Matchmaker yang release pada 28 Februari 2018 yang lalu. Ramai betul pelakon popular yang berlakon dalam Korean Movie The Princess And The Matchmaker ini seperti Lee Seung Gi, Shim Eun Kyung, Yeon Woo Jin, Kang Min Hyuk, Choi Woo Sik, Choi Min Ho (SHINEE) dan ramai lagi. Selain itu movie ini berlatarkan zaman Joseon gitu serta bergenre romantik komedi serta sedikit suspen. Tak silap aku movie The Princess And The Matchmaker ini dah shooting pada tahun 2015 tapi hanya tahun 2018 barulah movie ini release dan ditayangkan di pawagam. Rasanya mungkin sebab producer dan pengarah filem ini tunggu Lee Seung Gi menamatkan khidmat ketenteraannya selama 2 tahun dan kemudian baru release movie ini. Maklumlah Lee Seung Gi kan hero utama movie ini kan, plus movie ni release ketika drama terbaru lakonan Lee Seung Gi iaitu A Korean Odyssey tengah popular dan tengah hangat bersiaran di TV gitu.
Tarikan utama movie ini mestilah sebab barisan pelakonnya yang sememangnya popular especially yang pelakon lelaki hehe. Manakala heroin movie ini biasa - biasa saja bagi aku. Pelakon semuanya dah best dan popular, malangnya jalan cerita movie ini agak terlalu simple and ringan. Scene paling suspen pun masa Princess Songhwa tu jumpa calon suaminya yang ketiga tu, yang mana awalnya dia kelihatan baik tapi sebenarnya gila dan psiko. Watak Lee Seung Gi sebagai Seo Do Yoon agak serius dan fokus dengan tugasnya sebagai seorang peramal hubungan / matchmaker dalam movie ini. Watak Choi Min Ho yang merupakan adik pada Seo Do Yoon dalam movie ini tidak banyak, aku rasa kalau watak dia tak ada pun tak apa hehehe. Rasanya ni first time aku melihat Choi Woo Sik melakonkan watak psiko yang betul - betul gila dan kejam, selalunya Choi Woo Sik kerap diberi watak budak baik gitu. Akhirnya dapat tengok Yeon Woo Jin melakonkan watak jahat semula hehe, rindu pula nak tengok dia berlakon watak jahat hehe, last drama dia jadi jahat iaitu dalam drama Arang And The Magistrate. Lepas tu dia berlakon jadi hero yang baik gitu.
Berbalik pada movie ini, aku rasa jalan cerita movie ini terlampau longgar, malah talent serta populariti para pelakon movie ini pun tak mampu nak mencantikkan jalan ceritanya yang lemah. Malah ending movie The Princess And The Matchmaker ini juga agak tak logik kalau nak ikutkan zaman yang princess tu berada, sebab di zaman Joseon itu, tak ada puteri yang boleh bertindak sesuka hati. Apa pun ending movie ini stil happy ending. Korean Movie The Princess And The Matchmaker ini mengisahkan princess Songhwa yang enggan dijodohkan dengan seseorang yang dia tak kenal. Lalu bertindak keluar dari istana senyap –senyap dan menyamar. Dia kemudiannya pergi berjumpa dengan calon – calon bakal suaminya satu persatu untuk mengetahui personality mereka. Matchmaker Seo Do Yoon (Lee Seung Gi) sedar mengenai hal ini dan bertindak mengikut princess Songhwa dan menemaninya untuk berjumpa dengan calon – calon tersebut.
Calon bakal suaminya yang pertama masih lagi kanak – kanak. Manakala calon yang kedua adalah Kang Whi (lakonan Kang Min Hyuk) yang merupakan seorang lelaki kacak dan gentleman, malangnya dirinya adalah seorang playboy dan kaki perempuan. Calon yang ketiga adalah Nam Chi Ho (lakonan Choi Woo Sik) yang merupakan seorang psiko dan kejam. Dia juga bertindak memburu princess Songhwa selepas mengetahui yang princess Songhwa telah pecah masuk rumahnya dan bertemu dengan hamba – hambanya. Calon yang terakhir adalah Yoon Shi Kyung (lakonan Yeon Woo Jin) yang merupakan seorang jahat dan tamak. Dia bersetuju untuk berkahwin dengan princess Songhwa kerana ingin jawatan penting dalam kerajaan. Yoon Shi Kyung ini turut menggunakan adik Seo Do Yoon yang buta itu untuk mengugut Seo Do Yoon supaya memilih dirinya untuk princess Songhwa. Apa yang berlaku seterusnya.
Pendek katanya masa korang menonton movie ini, jangan letakkan harapan terlalu tinggi yang movie ni best gila. Apa pun aku bagi 5/10 Bintang untuk movie ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://darihatimissmulan.blogspot.com/2019/01/movie-review-princess-and-matchmaker.html