Filem dan Drama Bulan Februari Hingga Mac 2019
Jalan cerita movie ni simple tapi best, Vicky Kaushal makin laku sekarang, kat mana - mana filem ada muka dia hehehe. Awalnya tak letak harapan tinggi kat filem ni, tapi tak sangka best dan OST Manmarziyaan ni juga best - best belaka.
Filem Love Sonia ini diinspirasikan daripada kisah benar, ada ramai pelakon best dalam movie ni, walaupun pelakon utamanya pelakon baru. Tak sangka ada 2 pelakon Hollywood dalam movie ni juga macam Demi Moore tu. Jalan cerita movie ni best, kagum dengan Sonia yang sayang giler dengan adiknya Preety tu sampai sanggup pergi cari walaupun akhirnya dia pun terjebak sekali.
Siapa suka tengok filem seram harus tengok movie ni okey, memang seram lain macam, plus ada 2 pelakon popular dalam 1 filem kot iaitu Chelsea Islan dan Pevita Pearce. Antara filem seram terbaik Indonesia yang memang betul - betul best dan seram. Walaupun jalan ceritanya simple saja, tapi eleman seram tu memang menjadi betul.
Boleh tahan lawak jugalah movie ni, tapi personally aku lebih suka filem Johny English Reborn (2011) sebab lebih kelakar dan ulang banyak kali pun tetap boleh tergelak hehe.
Awalnya aku tak minat pun nak tengok drama ni, tapi lepas tahu yang drama ni popular lain macam dekat Korea tu serta dapat rating tertinggi, terus buat aku tertarik untuk tengok drama ni. Best layan cite ni, plus Sky Castle is the highest-rated drama in Korean cable television history.
Antara Drama Korea yang best dalam semua aspek, jalan ceritanya unik, pelakonnya popular, lokasi shooting yang sangat cantik, OST best, cuma part ending je yang macam tergantung dan open ending.
Drama Korea Kingdom ini berbeza dari drama biasa sebab dibuat khas dan diterbitkan dengan bajet besar oleh Netflix. Watak utama awalnya ditawarkan pada Song Jong Ki tapi dia menolak dan akhirnya menjadi milik Ju Ji Hoon. Hanya ada 6 episod untuk season pertama, dan diorang baru nak shooting untuk season kedua drama Kingdom ni. Setiap episod memang intense, rasa macam tengok filem pula sebab sinematografinya cantik, berkisarkan pasal Zombie di zaman Joseon. Selalunya dah biasa tengok Zombie di zaman moden kan, macam manalah agaknya zombie di zaman dahulu kala pula? hehe.
Di permulaan cerita hingga ke pertengahan cerita, drama ini agak menarik namun setelah semua salah fahan diselesaikan, jalan cerita mula jadi boring.
Movie yang menarik dan best, jalan cerita yang suspen, pelakonnya juga best, plus ada pelakon kelahiran Malaysia iaitu Henry Golding dalam filem ini okey.
Jalan cerita movie ni best kelakar, plus bila Pete and Ellie decide nak ambik 3 orang anak angkat sekaligus dan salah seorang daripada mereka sudah pun remaja. Macam - macam hal diorang kena hadap bila 3 orang anak angkat diorang tu start buat perangai dan tunjuk perangai sebenar haha.
Filem The Negotiation ni memang suspen, Hyun Bin jadi jahat dalam movie ni, sayangnya movie ni sad endinglah pula.
Merupakan sequel pada filem Happy Death Day, tapi entah kenapa aku tak berapa suka dengan jalan cerita movie ni, mungkin sebab diorang masukkan elemen sains fiksyen tu kot.
Filem Sanju antara yang ditunggu - tunggu oleh penonton kerana berkisarkan tentang kisah hidup Sanjay Dutt. Malah Sanjay Dutt sendiri turut muncul dalam lagu bersama Ranbir dalam ending movie ini. Ranbir Kapoor memang nampak seiras dengan Sanjay Dutt lepas kena make up dan sebagainya, jalan cerita movie ni memang sedihlah especially scene - scene yang melibatkan Sanjay dengan ayahnya tu. Namun tak semua kisah hidup Sanjay Dutt di paparkan dalam filem ini, ada beberapa bahagian yang diorang skip contohnya macam kisah isteri pertama Sanjay Dutt tu serta kisah dan gosipnya bersama Madhuri Dixit.
Aku memang suka semua filem yang dilakonkan oleh Rajkummar Rao ni, filem Shaadi Mein Zaroor Aana ni juga best, jalan ceritanya lagilah best, especially di pertengahan cerita bila Sattu dan Aarti bertemu semula dalam keadaan yang berbeza dan di situasi dan masa yang salah.
Satu lagi filem lakonan Rajkummar Rao dan filem Stree bergenre seram komedi, Shraddha Kapoor memang nampak cantik dalam movie ni. Mengisahkan tentang hantu yang bernama Stree yang akan datang ke Chanderi setiap kali musim perayaan dan menyerang dan menculik lelaki - lelaki yang berkeliaran di waktu malam. Aku suka jalan cerita movie ni, watak Shraddha Kapoor memang sangat misteri gitu sampai ada yang menyangka dialah hantu Stree tu.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |