Filem Coast Guard Angkat Perjuangan Maritim





Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut hadir menonton Tayangan Perdana FILEM AKSI COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” bertempat di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Filem yang mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara.

 

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, DATUK SERI DR SHAMSUL BIN NASARAH turut sama hadir bagi meraikan majlis Malam Gala Tayangan Perdana tersebut yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air.





Filem yang diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTIONserta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG)telah menzahirkan setinggi ucapan terima kasih kerana amat menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) serta pihak FINAS yang telah memberi sokongan DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) dan DANA KANDUNGAN MARKETING kepada filem ini demi memastikan filem Coast Guard Malaysia dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

 

Coast Guard telah mempertaruhkan SAHARUL RIDZWAN, ADLIN AMAN RAMLIE, JULIA FARHANAserta pelakon lagenda Malaysia, SABRI YUNUS sebagai barisan utama. Selain itu, HAZAMA, AZIZ M. OSMAN, JAJA ILLIYES, AKMAL AHMAD, KODI RASHEED, AMAN NASIM, HAFIZ RAFIAH dan JOE AZIZ turut sama membarisi filem ini.

 Barisan Pelakon Utama


Filem aksi hebat ini merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT HANIF yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan One Two Jaga sebagai pembantu pengarah. Anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi ini juga telah merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30.

 

COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang PEGAWAI PASUKAN TINDAKAN KHAS dan PENYELAMAT (STAR Team) dari AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan.




 

Melalui filem ini, AM dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa semata-mata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.
 


Fenomena baharu industri perfileman Malaysia dijangka bakal tercetus apabila aset milik AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) didedahkan secara eksklusif dalam filem ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 6 JUTA RINGGIT dan tidak termasuk nilai asset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)yang digunakan.

 



COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” bakal membelah lautan pawagam di seluruh MALAYSIA, BRUNEI dan SINGAPURA pada 2 FEBRUARI 2023 ini! Jom ramai-ramai saksikan filem aksi yang penuh prestij dan mengangkat martabat wira-wira tanahair kit aini.

 

KATA ALONGMURNI

 



Secara peribadi, AM merasakan filem kali ini benar-benar WOW dan ingin menonton buat kedua kalinya. Setiap pelakon berjaya membawakan watak masing-masing terutamanya watak Antagonis. Semestinya penampilan Adlin Aman Ramlie dan Sabri Yunus dalam filem ini memberi kesan maksima meskipun watak Antagonis.  Watak yang dibawakan sebagai ‘Pak Samad’ lakonan Adlin Aman Ramlie begitu memikat hati AM kerana ada ketikanya AM rasa lucu, marah dan geram semasa menonton aksi lakonan ‘Pak Samad’.  

 

Malahan watak Protagonis yang dibawakan oleh Saharul Ridzwan sebagai watak Leftenan (M) Hafiz begitu meyakinkan meskipun beliau pertama kali muncul berlakon dalam filem. Lakonan Julia Farhana sebagai Leftenan (M) Melati yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Asia Peace Film Festival 2017 tidak kurang hebatnya. Nampak begitu bergaya dalam melakukan aksi stunt sendiri.

 

Dalam filem ini juga AM rasa kagum dengan asset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digunakan semasa proses penggambaran. Boleh dilihat dalam filem ini, bot-bot dan peralatan yang digunakan betul-betul gempak, padu dan mantap!! Siap boleh kesan kedudukan kotak yang berada di dasar laut.

 



 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2023/02/Filem-Coast-Guard-Angkat-Perjuangan-Maritim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Lagu Tema Filem Baru 2023 Coast Guard Malaysia Ops Helang

Pelancaran Lagu Tema Filem Baru 2023 Coast Guard Malaysia Ops Helang

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 273 hits
Baru baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran lagu tema filem melayu baru 2023 bertajuk Coast Guard Malaysia Ops Helang yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 2 februari 2023 akan datang Pelancaran lagu tema filem Coas...
Lagu Yes Sir Lagu Tema Filem Coast Guard Penuh Dinamik Dan Bawa Impak Muzik Baru

Lagu Yes Sir Lagu Tema Filem Coast Guard Penuh Dinamik Dan Bawa Impak Muzik Baru

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 164 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Pelancaran yang merupakan lagu tema untuk filem COAST GUARD bertempat di Stesen Udara APMM Subang Selangor Pelancaran lagu tema Filem Coast Guard telah disokong sepenuh...
Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang Di Pawagam 2 Februari 2023

Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang Di Pawagam 2 Februari 2023

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 172 hits
Tonton Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 Februari 2023 Kisah tentang Special Task And Rescue atau Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim dibintangi pelakon Saharul Ridzwan Adlin Aman Ramlie Ha...
Lagu Yes Sir Ost Filem Coast Guard Nyanyian Zamani Ft Ariff Peter

Lagu Yes Sir Ost Filem Coast Guard Nyanyian Zamani Ft Ariff Peter

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 242 hits
Baru baru ni Diah berkesempatan menghadiri pelancaran lagu OST Filem Coast Guard Ops Helang bertajuk YES SIR bertempat di Stesen Udara Maritim Subang Pelancaran lagu tema FILEM COAST GUARD telah disokong sepenuhnya oleh UNION COFFEE by INCI...
Imaginur Ku Akad Kau Dengan Bismillah Imam Coast Guard Malaysia Akira Khan Rajuk Rokiah

Imaginur Ku Akad Kau Dengan Bismillah Imam Coast Guard Malaysia Akira Khan Rajuk Rokiah

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 283 hits
Filem Imaginur akan ditayangkan di pawagam pada 23 Februari 2023Kisah seorang lelaki yang berdepan pelbagai kejadian pelik apabila menggunakan khidmat hipnosis Kehidupan Zuhal menjadi kacau bilau apabila masa lepas dan masa depan bercampur ...
Influencer Tiktok Lepas Geram Staff Lotus Tak Bantu Angkat Barang Walaupun Dah Berbelanja Rm5 000

Influencer Tiktok Lepas Geram Staff Lotus Tak Bantu Angkat Barang Walaupun Dah Berbelanja Rm5 000

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 170 hits
Seorang pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Kieda dikecam teruk oleh netizen gara gara meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan layanan staff sebuah pasar raya Dalam rakaman video yang disiarkan secara langsung melalui aplikasi TikTok ...
Wawa Hadiahkan Rumah Untuk Mak Ayah Saat Ayah Angkat Tangan Doa Untuk Wawa Undang Sebak Ramai

Wawa Hadiahkan Rumah Untuk Mak Ayah Saat Ayah Angkat Tangan Doa Untuk Wawa Undang Sebak Ramai

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 114 hits
Selebriti terkenal Wawa Zainal baru sahaja berkongsi berita gembira di mana ibunya bersetuju untuk tinggal berdekatan denganya di semenanjung Dia mengambil keputusan untuk menghadiahkan rumah buat ibu tercinta dan menjadikan rumah lama lebi...
Cuma Pakaian Biasa Di Pulau Penerbit Filem Tiada Niat Hina Amp Singgung Perasaan

Cuma Pakaian Biasa Di Pulau Penerbit Filem Tiada Niat Hina Amp Singgung Perasaan

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 121 hits
Filem terbaharu berjudul Pulau yang bakal ditayangkan di pawagam pada Mac nanti mencetuskan kontroversi apabila ia membabitkan babak panas dalam naskah berkenaan Pun begitu syarikat penerbit Pulau WebTVAsia menjelaskan pihaknya tidak mempun...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup

Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni