Fgv Catat Rugi Rm911 Juta


KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV), mencatatkan kerugian sebelum zakat dan cukai RM911 juta dalam tempoh tiga bulan berakhir September 2018, yang termasuk pelarasan susut nilai berjumlah RM788 juta.
Asian Plantation Ltd menyumbang 65 peratus daripada jumlah susut nilai kumpulan iaitu sebanyak RM513 juta, manakala pengambilalihan FGV Cambridge Nanosystems Ltd pula bernilai RM53 juta, pengambilalihan dua unit kondominium Troika (RM1.22 juta) dan Green Energy (RM102 juta).
Bagi suku dikaji, syarikat perladangan itu mencatatkan pendapatan sebanyak RM3.19 bilion berbanding RM4.14 bilion pada suku sama tahun lalu.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Interim FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, berkata dalam suku dikaji, purata harga minyak sawit mentah (MSM) adalah RM2,224 satu tan, iaitu 16 peratus lebih rendah berbanding RM2,665 pada suku sama tahun lalu.
Selain itu, katanya FGV berhasrat untuk meminimumkan peranannya sebagai penjual MSM dan mula meninjau nilai tambah dalam sektor hiliran.
Menurut Azhar, syarikat perladangan itu perlu meneliti secara serius mengenai apa yang boleh dilakukannya dan pada masa sama ia dapat membantu mengurangkan paras inventori komoditi itu.
“Kerajaan memutuskan untuk melihat dan melaksana program B10, sekali gus program itu dapat membantu menurunkan paras bekalan komoditi ini,” katanya pada sidang media prestasi kewangan suku ketiga 2018 FGV di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Azhar berkata FGV mengunjurkan harga MSM mencecah paras RM1,900 hingga RM2,100 satu tan pada 2019.
Beliau berkata, prospek bagi harga MSM akan mengalami sedikit kemerosotan dan trend menurun itu diunjurkan akan berterusan pada awal tahun depan.
Katanya, harga MSM itu juga dilihat akan memberi kesan kepada prestasi kumpulan, bagaimanapun ia dapat diatasi sekiranya produktiviti operasi syarikat dapat ditingkatkan selain kekal berdaya tahan.
“Kumpulan terus komited dengan inisiatif transformasi serta pelan pemulihan bagi meningkatkan produktiviti dan prestasi serta mengurangkan kos.
“Malah, FGV ingin memberi tumpuan kepada peneroka serta pihak ketiga dan berharap ia dapat merangsang lonjakan kepada pengeluaran MSM sekurang-kurangnya 10 peratus,” katanya.
The post FGV Catat Rugi RM911 Juta appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/fgv-catat-rugi-rm911-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drb Hicom Catat Kerugian Bersih Rm11 42 Juta Pada Suku Kedua

Drb Hicom Catat Kerugian Bersih Rm11 42 Juta Pada Suku Kedua

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 206 hits
KUALA LUMPUR DRB Hicom Bhd mencatatkan kerugian bersih RM11 42 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2018 daripada keuntungan bersih RM742 6 juta pada suku yang sama 2017 Syarikat itu berkata keuntungan pada suku yang sama 2017 adalah ...
30 Individu Rugi Rm22 Juta Labur Bitcoin

30 Individu Rugi Rm22 Juta Labur Bitcoin

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 627 hits
KAJANG 19 Nov Sebanyak 30 individu membuat laporan polis berhubung penipuan skim pelaburan menggunakan bitcoin melibatkan kerugian kira kira RM22 juta di Balai Polis Kajangdi sini sebentar tadi MOHD ARIFF BASARI Seorang daripada mangsa Mohd...
Ditipu Pengasas Produk Kecantikan 30 Individu Rugi Rm3 Juta

Ditipu Pengasas Produk Kecantikan 30 Individu Rugi Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 423 hits
KUALA LUMPUR Seramai 30 individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM3 juta apabila wang yang dilaburkan di dalam perniagaan berasaskan kecantikan dan kosmetik hangus akibat ditipu oleh seorang wanita...
Dari Rugi Usd 81 7 Juta Krakatau Steel Kini Berencana Akuisisi Pabrik Baja Swasta

Dari Rugi Usd 81 7 Juta Krakatau Steel Kini Berencana Akuisisi Pabrik Baja Swasta

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 231 hits
Saat ini kapasitas produksi KS sekitar 5 juta ton setiap tahunnya Tahun depan Krakatau Steel yang bermarkas di Cilegon Banten ini menargetkan mampu meningkatkan kapasitas hingga 6 5 juta ton
Koo Ham Miliki Aset Rm75 Juta Tun M Pula

Koo Ham Miliki Aset Rm75 Juta Tun M Pula

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 211 hits
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham merekodkan jumlah pengisytiharan harta tertinggi berjumlah RM75 816 184 00 Jumlah itu dipaparkan pada protal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di pautan mydeclaration spr...
Dr M Isteri Miliki Aset Bersama Rm32 4 Juta

Dr M Isteri Miliki Aset Bersama Rm32 4 Juta

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 274 hits
Diterbitkan 23 Nov 2018 11 34 pagi Dikemaskini 23 Nov 2018 12 26 tengah hariAhli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham mengisytiharkan jumlah keseluruhan aset tertinggi iaitu pada nilai RM75 8 juta Aset itu adalah bersama isteri dan anaknya Berdasar...
Ahli Parlimen Beruas Miliki Aset Tertinggi Rm75 Juta

Ahli Parlimen Beruas Miliki Aset Tertinggi Rm75 Juta

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 259 hits
Ahli Parlimen Beruas miliki aset tertinggi RM75 jutaKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mengisytiharkan aset bernilai RM75 81 juta iaitu paling tinggi dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Harapan Berdasarkan portal Perisytih...
Ngeh Koo Ham Akui Harta Rmrm82 Juta Bukan Rm75 Juta Seperti Dipapar Sprm

Ngeh Koo Ham Akui Harta Rmrm82 Juta Bukan Rm75 Juta Seperti Dipapar Sprm

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 415 hits
Datuk Ngeh Koo Ham menjelaskan harta yang diisytiharkan beliau adalah RM82 juta dan bukan RM75 juta seperti dilaporkan Anggota Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham menjelaskan RM80 juta diisytiharkan di atas nama beliau manakala RM2 juta lagi...
Bukan Rm75 Juta Tetapi Rm82 Juta Koo Ham

Bukan Rm75 Juta Tetapi Rm82 Juta Koo Ham

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 229 hits
IPOH Saya bukan Ahli Parlimen terkaya di Malaysia saya yakin ada lebih kaya namun belum isytiharkan harta mereka kata Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Perak berkata kekayaan yang diisyti...
Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Yung Kai Wildflower Chord


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Meronda Ahad

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara