Festival Kamya 2023 Tampil 300 Vendor Jualan Dapat Sambutan
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir memeriahkan Festival KAMYA yang telah diadakan bermula 10-12 Februari 2023 bertempat di parkir A & B Stadium Nasional Bukit Jalil. AM berkesempatan untuk berbual mesra bersama dengan Puan Erna. Erna Elliyana binti Rosli, lahir pada 10 Ogos 1988 adalah merupakan pengasas Kamya, produk kecantikan dan kesihatan. Beliau memulakan karier seninya pada tahun 1988 sebagai seorang pelakon dalam drama bersiri Opah di RTM sewaktu masih berusia 6 tahun.
PRODUK KECANTIKAN KAMYA – ‘CANTIK ITU KAMU’
KAMYA merupakan jenama di bawah naungan AlphaNeyaga Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Alphacapital (M) Berhad telah memulakan pengembaraan bersama pengasasnya, Erna Elliyana sejak 2020. Bersama penjenamaan KAMYA, Erna membawa pengguna untuk menjelajah dengan beberapa rangkaian produk yang terdiri daripada makanan tambahan atau suplemen untuk tujuan kecantikan dan juga produk kosmetik.
Misi Kamya adalah untuk menjadi penyedia makanan tambahan yang halal serta pengeluar jenama kecantikan yang terkemuka dan diiktiraf di seluruh dunia. Manakala visi, Kamya ialah untuk membangunkan dan mengeluarkan suplemen berkualiti tinggi yang mampu memberi manfaat kepada setiap kehidupan manusia supaya menjadi lebih sihat dan terpelihara.
Dasar kualiti standart Kamya adalah untuk menyediakan suplemen pemakanan berkualiti tinggi dengan menggabungkan inovasi termaju ke dalam penciptaan setiap produk menjadikannya berkesan, berdaya saing dan berfaedah dari segi sosial. Agar estetika dan kesejahteraan peribadi berjalan seiring, Kamya mahu diiktiraf sebagai jenama yang menyokong kelestarian untuk mencapai keseimbangan ideal antara kedua-duanya.
FESTIVAL KAMYA
Jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat dengan penganjuran FESTIVAL KAMYA (KAMYA FEST). Berlandaskan objektif berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Inisiatif ini didorong oleh Pengasas Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur Bersama. Kamya Fest merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga. Menurut Puan Erna Elliyana, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan.
Antara sajian makanan menarik yang boleh didapati di Festival KAMYA
Antara sajian makanan menarik yang boleh didapati di Festival KAMYA
Antara sajian makanan menarik yang boleh didapati di Festival KAMYA
“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung di dalam dunia keusahawanan. Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festivalseperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 sehingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada. Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” katanya.
Puan Erna berkata demikian ketika majlis pelancaran Kamya Fest, seiring dengan pelancaran produk terkini Kamya iaitu sabun kecantikan Kamya Soap, di sini petang tadi. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Erna sendiri bersama-sama barisan selebriti popular antaranya Shuib Sepahtu, Datin Alyah, Kak V, Eja, Ayie Floor 88, Dolla, Ameer Fourteen dan pendandan rambut terkenal Chez Hamdan.
Antara sajian makanan menarik yang boleh didapati di Festival KAMYA
Antara sajian minuman menarik yang boleh didapati di Festival KAMYA
Antara Fun Games menarik
Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, mengambil bahagian sebagai daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan. Antaranya, Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol, Syura Badron, Nadia Brian dan ramai lagi. Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan.
“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri. “Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib.
Antara hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot. Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/02/Festival-KAMYA-2023-Tampil-300-Vendor-Jualan-Dapat-Sambutan.html