Fernleaf Uht Kegemaran Baru Humaira
Humaira mula minum susu formula sejak 1 tahun 6 bulan,dah mula campur selang seli susu ibu dan formula memandangkan susu ibu mula berkurang dan Humaira pun perlukan nutrisi tambahan untuk membesar.Cik Sue ada cuba beri dia rasa beerapa jenama dan memang Fernleaf adalah pilihan dia,tapi masa tu bagi susu tepung la,bancuhkan dan bagi dia minum,bagusnya Humaira ni dia tak mahu dalam botol susu,dia nak minum dari cawan je.Jadi setiap kali sarapan dia minum secawan sambil ambil sarapannya,waktu hari siang bergantung juga la ikut mood dia,sebelum tidur juga dia akan minum secawan
Tapi bila keluar jalan-jalan dia susah la nak minum,takkan nak bawa cawan pula dalam keretakan? hehehe...Jadi bila dapat susu Fernleaf pek UHT dalam kotak macam ni memang senang la bekalkan dia susu.Masuk je dalam beg bawa je ke mana-mana,dalam kereta pun boleh bagi,haa itu la umpan kalau Cik Sue nak memandu berdua dengan dia,bagi biskut bagi air hehehhe.Lagi satu susu Fernleaf ni memang tradisi dalam keluarga,adik-adik masa kecil dan anak saudara pun kebanyakan memang minum susu Fernleaf dari dulu lagi.Terpengaruh juga la dengan diorang,Cik Sue je tak minum susu formula masa kecil hehehhe fully breastfeed sampai umur 2 tahun
dia yang buka parcel ibu,awal2 dah cukai 1 kotak huhuuu
Kenapa Fernleaf jenama susu terbaik ?1.Penternakan semulajadiSusu dari jenama Fernleaf ni berasal 100% dari New Zealand yang mana penghasilannya dari penternakan lembu susu secara semulajadi.Dimana lembu di lepaskan bebas meragut rumput di padang ragut dengan rumput terbaik serta udara segar.Rumput yang berkualiti tinggi menjamin kualiti susu lembu-lembu ini,dan juga menghasilkan susu secara semulajadi
2.New Zealand Pakar Tenusu.Negara ini memang di kenali sebagai pakar dalam perladangan dan penternakan lembu tenusu,kemahiran dan kepakaran mereka ini menghasilkan produk susu yang berkualiti dan di bekalkan ke seluruh dunia.Pengalaman hampir 140 tahun telah terbukti dari pembekalan air bersih ,pengurusan ternakan hinggalah produk sedia untuk di edar kepada pengguna. ( ni yang rasa nak gi New Zealand ni hehehheh)
3. Persekitaran dan sumber alam dan makanan terbaik.Le,bu-lembu yang menghasilkan susu di New Zealand ni bertuah sebab mendapat rumput yang berkualiti tinggi sebagai makanan harian,udara bersih serta tanah yang subur,malah bekalan air bersih juga untuk mereka menghasilkan susu terbaik
Alhamdulillah ,maknanya tepat la pemilihan susu yang Cik Sue buat untuk Humaira,moga dapat membekalkan nutrisi secukupnya untuk dak comel ni membesar dengan sihat ye.Tapi susu UHT dalam kotak yang coklat tu bukan Humaira je yang susu,ibu pun sukaaaaa,sedappppp,tak muak,ye la ibu Humaira ni ngada-ngada sikit kalau pasal susu heheheh dah tua baru belajar minum susu balik,tu pun sebab sedar kalsium tak cukup hehehhehe.Kalau bagi Cik Sue memang berebut juga la ngan Humaira susu UHT kotak tu ,100% mmmmm memang lazat
Selain susu terbaik dari alam semulajadi,susu Fernleaf ni aya dengan kalsium yang mudah di serap oleh tubuh badan,dan nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi,Vitamin A dan Vitamin D.Tengok la budak kecik tu,1 kotak tu 2 3 kali dia sedut je haihhhh,sekarang dah habis,nak kena pergi kedai tambah stok la ni,tambahan dia dah pandai buka peti ais cari susu kegemaran dia ni
Terima kasih Fernleaf memudahkan ibu Humaira ni,kalau tak sempat bancuh susu tepung dan nak cepat boleh la bagi je yang kotak ni,dan jadi bekal bawa jalan-jalan nanti.Jom korang dapatkan susu terbaik 100% dari New Zealand ni
Dapatkan maklumat lanjut di :
FB https://www.facebook.com/fernleafmalaysia/IG https://www.instagram.com/fonterra.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sueizza.com/2018/10/fernleaf-uht-kegemaran-baru-humaira.html