Fenomena Gerhana Matahari Cincin Dijangka Berulang 22 Tahun Lagi Pada 2042 Di Malaysia


Kuala Lumpur : Selepas kali terakhir akhir fenomena gerhana matahari Anulus (cincin) berlaku di Malaysia pada 21 tahun lepas, rakyat negara ini hari ini berpeluang menyaksikan keajaiban alam yang unik dengan jelas, khususnya di dua tempat – di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.
Kejadian gerhana matahari Anulus itu, yang jarang-jarang berlaku di Malaysia dan kali terakhir dilihat pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor, menarik perhatian orang ramai yang mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena alam itu.
Tempoh gerhana berlaku bermula pukul 1.21 hingga 1.23  tengah hari di Tanjung Piai, manakala di Serian, fenomena astronomi itu berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 hingga 1.50 tengah hari.
Gerhana Matahari Anulus berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari, tetapi disebabkan pada ketika itu, bulan berada agak jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.
Seluruh negara dipercayai mengalami fenomena gerhana matahari separa yang bermula kira-kira pukul 11 pagi sehingga 4 petang.
Di Taman Negara Tanjung Piai, Johor, kira-kira 5,000 pengunjung menyaksikan peristiwa gerhana matahari anulus, selama dua minit.
Pengarah Planetarium Negara Anita Bahari berkata kira-kira 120 teleskop disediakan pelbagai persatuan pengkaji astronomi, serta beberapa universiti awam untuk digunakan orang ramai, selain beberapa yang digunakan untuk kajian.
Selain itu, kira-kira 6,000 kaca mata khas untuk melihat gerhana matahari anulus itu, disediakan dan diedarkan secara percuma kepada orang ramai, yang mahu melihat fenomena itu.
Fenomena gerhana matahari itu, dijangka berulang lagi di Malaysia pada 2042.
Turut mencuri perhatian orang ramai adalah kehadiran “ikon astronomi” Profesor Emeritus Datuk Dr Mazlan Othman, pakar astrofizik negara, yang sebelum itu mengadakan sesi khas bual bicara ‘Gerhana Matahari Anulus’ dan bersama-sama menyaksikan fenomena itu.
Kehadiran beliau menarik perhatian orang ramai sehingga tidak putus putus menerima permintaan berswafoto dan mengabadikan detik bersama-sama merakam peristiwa itu.
Di Serian, Sarawak, pengunjung terutamanya penduduk setempat, menjadi saksi berlakunya fenomena gerhana matahari Anulus, yang berlaku selama empat minit bermula pada 1.46 tengah hari di Dataran Piazza di sini, kira-kira 60 kilometer dari Kuching.
Kehadiran lebih 1,000 pengunjung di sini, yang tidak ingin melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri fenomena alam itu, nyata berbaloi apabila mereka menikmati setiap minit kejadian, yang akan muncul semula selepas dua dekad dari tarikh hari ini.
Kebanyakannya menikmati pemandangan menakjubkan itu menggunakan penuras khas (kaca mata khusus untuk melihat Gerhana Matahari) yang disediakan oleh pihak penganjur, Planetarium Negara yang menyediakan sebanyak 2,000 unit.
Ada juga yang datang dengan membawa teleskop peribadi, kerana minat yang mendalam mengenai astronomi.
Di ibu negara, orang ramai menyaksikan fenomena gerhana matahari Anulus secara separa penuh di pekarangan Planetarium Negara yang menganjurkan ‘Solarfest Malaysia 2019’, sejak Selasa.
Pegawai Sains Planetarium Negara yang juga penyelaras bagi program itu, Nurfazilah Mohamad Hanafiah berkata lebih 1,000 orang memenuhi pekarangan Planetarium Negara hari ini.
Sumber : Bernama
The post Fenomena Gerhana Matahari Cincin Dijangka Berulang 22 Tahun Lagi Pada 2042 Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/26/fenomena-gerhana-matahari-cincin-dijangka-berulang-22-tahun-lagi-pada-2042-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fenomena Gerhana Matahari Cincin Berapi Landa Malaysia Kali Terakhir Jadi 21 Tahun Lalu

Fenomena Gerhana Matahari Cincin Berapi Landa Malaysia Kali Terakhir Jadi 21 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 651 hits
Hari ini ramai yang mengambil peluang untuk merakamkan fenomena gerhana matahari annulus atau lebih dikenali sebagai gerhana matahari cincin berapi Tanjung Piai di Johor dan Serian di Sarawak telah dipilih sebagai lokasi rasmi program Gerha...
Gerhana Matahari Cincin 26 Desember 2019 Akan Lintasi Indonesia Malaysia Singapura Inilah 9 Ibadahnya

Gerhana Matahari Cincin 26 Desember 2019 Akan Lintasi Indonesia Malaysia Singapura Inilah 9 Ibadahnya

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 397 hits
Berdasarkan perhitungan astronomi Gerhana Matahari Cincin yang akan terjadi pada hari Kamis 26 Desember 2019 melintasi beberapa wilayah di negara Saudi Arabia Qatar United Arab Emirates Oman Pakistan India Sri Lanka Malaysia Indonesia Singa...
Gerhana Matahari Cincin 2019 Gerhana Matahari Separa Malaysia 2019

Gerhana Matahari Cincin 2019 Gerhana Matahari Separa Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 758 hits
Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat dengan mata sendiri gerhana matahari cincin pada 26 Disember ini Ya Di Malaysia Bila gerhana matahari ini berlaku Nantikan pada 26 Disember 2019 Gerhana akan bermula pada sekitar jam 11 30 pagi dan...
Fenomena Gerhana Matahari Cincin

Fenomena Gerhana Matahari Cincin

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 642 hits
Gerhana matahari cincin atau Anulus berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari dan disebabkan ketika itu bulan berada sedikit jauh daripada bumi maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk pirin...
Apa Itu Gerhana Matahari Cincin Bila Berlaku Cara Betul Tengok Gerhana

Apa Itu Gerhana Matahari Cincin Bila Berlaku Cara Betul Tengok Gerhana

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 3038 hits
Apa itu Gerhana Matahari Cincin Bila berlaku Cara Betul Tengok Gerhana Kita biasa dengar tentang gerhana matahari gerhana bulan kan Tapi gerhana matahari cincin Hmm what is that Bagaimana bentuk dan gambar nya Apakah yang dimaksudkan dengan...
Amati Gerhana Matahari Cincin Warga Jakarta Padati Planetarium Tim

Amati Gerhana Matahari Cincin Warga Jakarta Padati Planetarium Tim

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 251 hits
Pada 26 Desember 2019 Indonesia dapat menyaksikan gerhana matahari cincin yang dapat disaksikan dengan titik terbaik di Kabupaten Siak di Riau dan kota Singkawang di Kalimantan Barat
Fakta Unik Seputar Gerhana Matahari Cincin Di Indonesia Yang Harus Kamu Tahu

Fakta Unik Seputar Gerhana Matahari Cincin Di Indonesia Yang Harus Kamu Tahu

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 263 hits
Gerhana Matahari Cincin terjadi di Indonesia Ternyata ada fakta fakta unik di balik indahnya Gerhana Matahari Cincin
Gerhana Matahari Cincin Terjadi Pada 26 Desember 2019 Begini Penjelasan Bmkg

Gerhana Matahari Cincin Terjadi Pada 26 Desember 2019 Begini Penjelasan Bmkg

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 363 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika menginformasikan bahwa pada akhir Desember nanti akan ada gerhana matahari cincin Fenomena gerhana matahari cincin akan terjadi tepatnya pada 26 Desember 2019 mendatang atau sehari setelah hari Na...
Gerhana Matahari Penuh Di Malaysia 26 Dis 2019

Gerhana Matahari Penuh Di Malaysia 26 Dis 2019

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 542 hits
PADA hari Khamis 26 Disember 2019 ini jangan lupa untuk menoleh ke langit kerana pada tarikh itu akan berlaku gerhana penuh matahari sepanjang hari yang boleh dilihat dari Singapura serta banyak tempat di Malaysia dan Indonesia Gerhana mata...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai