Fatwa Haram Merokok Disebabkan Mendatangkan Kesan Buruk



Merokok telah disepakati oleh ulama sebagai perbuatan haram di sisi agama. Sesiapa melakukan perbuatan itu bermakna membuat perbuatan dosa. Manakala siapa meninggalkan perbuatan itu atas dasar perbuatan itu ditegah oleh agama, maka dia memperoleh pahala.

Amalan merokok yang merugikan ini perlu dihentikan segera. Sebanyak 10,000 kematian dicatatkan di negara kita setiap tahun akibat pelbagai serangan penyakit berkaitan amalan merokok. Namum jumlah itu tidak langsung membimbangkan perokok. 

Satistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kematian tahunan akibat merokok di seluruh dunia bertambah daripada 1 juta orang di pertengahan tahun 1960 an kepada dianggarkan menjadi 10 juta orang menjelang 2020.

Hampir 50 peratus lelaki Malaysia merokok, iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding peratus di negara maju seperti Amerika Syarikat (35 peratus) dan United Kingdom (38 peratus). Penurunan kadar perokok di negara maju hasil kejayaan kempen anti merokok yang dijalankan.   

Setiap rokok mengandungi 4,000 jenis bahan kimia dan sebahagian besar daripadanya adalah beracun dan ‘carcinogenic’. Jenis racun terhasil dari pembakaran rokok adalah jenis berat. Di antara jenis racun dalam rokok ialah aseton, ammonia, naphthylamine, metanol, naftalena, kadmium, karbon monoksida, vinil klorida, hidrogen sianida, toluidina, arsenik dan fenol. 

Terdapat kaitan perbuatan merokok dengan penyakit arteri jantung, tersekat saluran darah, kurang daya kecergasan otak, masalah lemah tenaga batin dan penyakit barah.

Kemungkinan perokok dihidapi penyakit berkadar dengan jumlah rokok yang dihisap setiap hari. Contohnya jika menghisab antara 10 hingga 19 batang rokok sehari, kemungkinan diserang penyakit paru-paru adalah 12 kali berbanding mereka yang tidak merokok. Jika merokok 40 batang sehari dan lebih, kemungkinannya meningkat sehingga 30 kali ganda.
 
Dengan kata lain, merokok samalah percubaan membunuh diri sendiri. Perbuatan membunuh diri adalah seburuk-buruk perbuatan dan kematian itu membawa kepada kekufuran. Rasulullah SAW menjelaskan tidak termasuk di kalangan umatnya sesiapa yang membunuh diri.

Asap rokok yang dilepaskan ke udara juga memberi kesan buruk kepada individu yang berada di sekitar atau dipanggil perokok pasif. Kajian di Amerika Syarikat menganggarkan 147 hingga 251 orang bagi setiap juta perokok pasif meninggal akibat penyakit berkaitan rokok.

Jadi, perokok bukan saja membahayakan diri sendiri, tetapi ahli keluarga termasuklah anak yang masih di dalam kandungan.  Perokok tidak boleh mengatakan perbuatannya adalah hak individu kerana ia turut melibatkan orang lain, kecuali dia merokok jauh daripada orang lain.    

Asap rokok yang disedut oleh perokok pasif dipanggil asap tembakau persekitaran (ETS). Kajian WHO mendapati ETS mengandungi 4,000 bahan beracun, di mana termasuk 22 bahan kimia, 12 agen penyebab barah dan 10 logam berat.

Islam menganjurkan agar umatnya sentiasa menjauhkan diri daripada perkara yang mendatangkan mudarat, tidak kira kecil ataupun besar. Syariat Islam mengajar cara hidup yang selamat, sejahtera, sihat dan cemerlang. 

Islam dengan tegas melarang perbuatan mendatangkan keburukan sebagaimana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat ke 2 bermaksud: “Dan janganlah kamu cuba menukarkan yang baik-baik dengan yang buruk-buruk.”

Allah mengharamkan setiap perkara mendatangkan keburukan dan melimpahkan rahmat-Nya untuk manusia menikmati dari sumber yang baik. Jadi, mengapakah manusia melakukan keburukan sedangkan Allah telah menyediakan banyak pilihan yang baik-baik. 

Kempen anti merokok wajar diperhebatkan di negara ini dan undang-undang larangan merokok yang lebih ketat perlu dikuatkuasakan. Kempen yang diadakan bukan sekadar diadakan pelancaran dan kemudian terus hilang fungsi apabila poster kempen lusuh atau diturunkan. 

Setiap tahun cukai rokok dan keluaran tembakau dinaikkan. Namun, ia tidak mengurangkan bilangan perokok. Setiap tahun bilangan perokok semakin bertambah. Paling membimbingkan peningkatan perokok di kalangan remaja dan kanak-kanak.   

Allah melarang sikap membazir dan sesungguhnya membazir itu sifat syaitan. Firman Allah dalam surah an-Araaf ayat 31 bermaksud: “Makan dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan.  Sesungguhnya (Tuhan) tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.”

Individu Islam perlu menjauhkan diri daripada perbuatan merokok kerana ia bukan saja  berkaitan kesihatan semata-mata, tetapi dikaitkan juga dengan dosa dan pahala.

Kebanyakan perokok mula merokok sejak umur belasan tahun dan sesetengahnya ketika di sekolah rendah. Remaja mencuba merokok kerana pengaruh rakan sebaya. Kajian mendapati 99 peratus remaja terlibat dadah bermula dengan tabiat merokok seawal usia 13 tahun. 

Perangkaan menunjukkan antara 50 hingga 60 kanak-kanak dan remaja mula merokok setiap hari dan golongan pelajar merangkumi kira-kira lapan peratus daripada anggaran lima juta perokok di negara kita.   

Lebih malang lagi mereka terpengaruh tabiat merokok daripada bapa dan abang mereka. Fakta kajian mendapati kira-kira 60 peratus bapa dan orang dewasa dalam keluarga menghisap rokok di hadapan remaja dan kanak-kanak dalam rumah. 

Kanak-kanak dan remaja mudah terpengaruh apa yang dilakukan oleh orang dewasa dan dianggap kelakuan lumrah dalam masyarakat, jadi mereka juga perlu melakukan sebagai sebahagian komuniti masyarakat.    

Oleh itu, ibu bapa perlu memberi tumpuan menghalang daripada anak-anak menghisap rokok. Isu merokok bukan perkara kecil. Pelajar dan remaja yang merokok berdepan dengan masa depan yang sukar, setidak-tidaknya berkaitan dengan kesihatan.   

Bapa bertanggungjawab membentuk pekerti baik anak mereka. Sabda Rasulullah bermaksud: “Tiada seorang ayah yang memberikan anaknya suatu pemberian lebih baik daripada adab yang mulia.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Perokok mengaku berusaha menghentikan tabiat merokok, tetapi gagal. Banyak perokok yang berhenti merokok sekejap saja dan kemudian kembali mengamalkan tabiat itu. Mereka ingin bebas daripada rokok setelah menyedari ia perbuatan merugikan. 

Islam menyuruh berfikir menentukan kebaikan dan keburukan. Firman Allah bermaksud: “Orang-orang yang mendengarkan kata dan diturutnya mana yang paling baik. Itulah orang-orang yang dipimpin Tuhan dan itulah orang-orang yang mengerti.” (Surah az-Zumar, ayat 18).

Satu trend yang membimbangkan apabila bilangan wanita yang merokok semakin meningkat dengan ketara. Nisbah wanita merokok berbanding lelaki pada 1996 adalah 1:6. Tiga tahun kemudian, nisbahnya menjadi 1:4. Kemungkinan nisbah ini akan menjadi 1:1 dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang.

Merokok mendatangkan keburukan lebih tinggi kepada wanita, terutama yang berkaitan kehamilan. Mengikut kajian, di kalangan wanita hamil yang merokok, mereka menghadapi risiko keguguran secara tabii sehingga 27 kali ganda. Mereka juga berdepan dengan kemungkinan yang lebih tinggi kadar kandungan luar rahim akibat kesan nikotin.

Di negara maju, kempen anti merokok diadakan secara besar-besaran. Masyarakat Barat melebalkan perbuatan merokok sebagai tidak bermoral dan punca keruntuhan akhlak. Ini berbeza tanggapan terhadap merokok pada beberapa dekad lalu dianggap bergaya dan lambang kejayaan. 

Kempen anti merokok di Barat agak berjaya mengurangkan bilangan perokok. Permintaan rokok di negara maju telah menurun. Sebab itu pengeluar rokok menumpukan perhatian di negara-negara membangun dan mundur. Lambakan rokok yang tidak berkualiti dan mempunyai kesan bahaya lebih tinggi dijual di negara membangun dan mundur. 

Sesiapa berpegang kepada niat mematuhi tuntuan agama tidak akan menghadapi kesukaran untuk berhenti merokok atau terhindar daripada mencuba merokok. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/lmr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Kesan Buruk Cukai Baru Lebih Tinggi Kata Pakar Ekonomi

Awas Kesan Buruk Cukai Baru Lebih Tinggi Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 336 hits
Angka Pusat Maklumat Harta Tanah Negara menunjukkan 34 532 unit rumah siap bernilai RM22 26 bilion tidak terjual pada suku pertama tahun ini Seorang pakar ekonomi mengingatkan kesan buruk ke atas sektor perniagaan sekiranya kerajaan memutus...
Elak Kuat Menangis Dan Bersedih Waktu Mengandung 6 Kesan Buruk Kepada Bayi

Elak Kuat Menangis Dan Bersedih Waktu Mengandung 6 Kesan Buruk Kepada Bayi

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 357 hits
Ibu yang sedang hamil elak kuat menangis dan bersedih waktu mengandung ya kerana ada banyak kesan buruk kepada bayi dalam kandungan Waktu mengandung apa yang ibu makan dan minum akan diperolehi oleh bayi dalam rahim Bukan itu sahaja jangan ...
Kastam Pasang Pengimbas X Ray Untuk Kesan Vip Seludup Duit

Kastam Pasang Pengimbas X Ray Untuk Kesan Vip Seludup Duit

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 336 hits
Anthony Loke Siew FookAnggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen akan ditempatkan di luar bilik menunggu khas orang kenamaan atau VIP bagi menangani kegiatan haram termasuk penyeludupan wang Menteri Pengangkutan Anthony Lo...
Menteri Kata Kesan Sst Belum Ketara Tunggu Ketara Ke

Menteri Kata Kesan Sst Belum Ketara Tunggu Ketara Ke

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 336 hits
Selepas 2 3 tahun melaksanakan GST dan rakyat dapat adaptasi sistem GST tersebut walaupun dalam keadaan paksa rela Semasa pru14 kesan GST tidaklah terlalu ketara berbanding isu rasuah dan 1mdb yang menjatuhkan BN Selepas memahami GST rakyat...
Keperibadian Dari Kesan Berpuasa Ramadhan

Keperibadian Dari Kesan Berpuasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 220 hits
Puasa Ramadhan ialah ujian yang mampu membentuk keperibadian insan Nakhoda yang cekap dibentuk dari ujian di lautan bergelora Kepakaran seseorang terserlah setelah melalui beberapa ujian kelayakan Ujikaji pula ialah ujian untuk mencari sesu...
Masker Avokado Kesan Cepat Bagi Anti Penuaan

Masker Avokado Kesan Cepat Bagi Anti Penuaan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 334 hits
Tadaaaa Zombie Kampung Pisang dah mari Ekekeke Heyy Ni Me Time Ina tau Agak lama sangat muka tak bermasker lah Haa semalam barulah berkesempatan nak bermasker Penting tau masker wajah ni Seminggu 1 kali pun sudah okay Errr nak ke Spa duit t...
Polis Kesan Penyebar Berita Palsu Di Facebook Mengenai 13 Pelajar Yang Diculik

Polis Kesan Penyebar Berita Palsu Di Facebook Mengenai 13 Pelajar Yang Diculik

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 283 hits
MUAR Polis kini mengesan beberapa pengguna laman sosial Facebook yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai 13 pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir di sini yang diculik Rabu lepas sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu b...
Cara Kesan Penyakit Tiroid Setelah Mendapat Simptom

Cara Kesan Penyakit Tiroid Setelah Mendapat Simptom

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 1122 hits
Assalamualaikum Setelah mengetahui dan juga pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui betul atau tidak ia adalah masalah kelenjar tiroid Bagaimana cara kesan penyakit tiroid ini dilakukan Jom saya terangkan satu persatu sebagai pa...
Ancaman Zahid Hamidi Terbukti Tidak Memberi Kesan

Ancaman Zahid Hamidi Terbukti Tidak Memberi Kesan

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 243 hits
Seorang lagi Ahli Parlimen UMNO Rozman Isli dari Labuan secara rasmi mengumumkan keluar UMNO untuk menyertai Parti Warisan bermula hari ini Katanya keputusan ini demi untuk memupuk hubungan yang lebih baik dengan kerajaan negeri Sabah yang ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord