Fattah Amin Jaga Privasi Anak



Sejak dilahirkan Oktober lalu, wajah comel dan keletah puteri sulung kesayangan pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya hanya dapat dilihat dalam media sosial mereka serta akaun Instagram (IG) keluarga, @fattzuralovelife.
Bagaimanapun, tidak semua aktiviti atau foto bayi berusia enam bulan itu disogokkan dalam akaun berkenaan.
Fazura memberitahu, biarpun bersikap terbuka untuk berkongsi perkembangan cahaya matanya kepada khalayak, namun, dia dan suami memutuskan perlu ada batasan.
Mereka masih mahu menjaga privasi agar tidak terlalu mendedahkan Fatima dalam media sosial.
"Selain sesekali memuatkan perkembangan Fatima di IG kami, saya dan Fattah mewujudkan akaun IG keluarga iaitu@fattzuralovelife.
"Akaun itu adalah untuk memuat naik momen yang dirasakan mempunyai nilai sentimental dan mengukir momen manis buat kami sekeluarga.
"Namun, untuk mewujudkan akaun khas buat Fatima, itu tak akan berlaku buat masa ini. Saya tidak akan menjadikan Fatima sebagai kandungan atau 'content' untuk media sosial semata-mata meraih 'like' daripada pengikut.
"Walaupun ibu bapanya selebriti, namun, itu tidak bermakna dia perlu menjalani kehidupan sama.
"Tidak mahulah nanti dia berasa tidak selesa apabila kehidupan peribadi dikongsi kepada khalayak dan menyalahkan kami kelak andai itu terjadi," katanya kepada BH Online.
Pelakon Dendam Pontianak ini menambah, dia lebih suka membiarkan anaknya membuat keputusan sendiri jika sudah tiba masanya nanti.
"Sebenarnya, kami sudah pun siapkan satu akaun IG yang menggunakan namanya sejak awal lagi, iaitu sebelum Fatima lahir.
"Saya tahu, kalau saya tak buat sekarang, pasti akan ada pihak lain yang akan cipta akaun berkenaan.
"Apa-apapun, kenalah tunggu sampai Fatima sudah boleh buat keputusan sendiri, sama ada dia mahu memiliki akaun IG sendiri atau tidak.
"Kalau dia rasa perlu, gunakan sahaja akaun IG yang kami sediakan itu," cerita aktres berusia 38 tahun ini ketika ditemui pada sesi penggambaran iklan di Suria KLCC di ibu negara, kelmarin.
Apa yang menarik, iklan itu menyaksikan buat julung kalinya Fazura bergandingan bersama anaknya itu.
Kali pertama berada di khalayak ramai dan mengunjungi pusat beli-belah, Fatima tampak teruja walaupun sesekali meragam kerana kepanasan.
Mengulas pembabitan anaknya itu, pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini menyatakan ia bagai rezeki buat Fatima.
"Ketika Fatima masih dalam kandungan, saya pernah membuat penggambaran bersama pusat beli-belah ini.
"Kiranya ini adalah kesinambungan kepada projek sebelum ini.
"Saya terima tawaran ini pun bukanlah semata-mata kerana kerja. Sebaliknya, saya melihat aspek lain seperti kesesuaian dengan Fatima dan mesej yang hendak disampaikan.
"Kebetulan, kempen ini adalah usaha mempromosikan pusat beli-belah ini sebagai lokasi selamat. Selain itu, saya teruja dengan pengalaman pertama membeli-belah bersama Fatima.
"Penggambaran lancar dan Fatima sangat teruja dapat berjalan-jalan. Sebelum ini, dia hanya berada di rumah.
"Ini bukanlah bermakna kami cuba eksploitasi anak, tetapi ia adalah limpahan rezeki buat Fatima.
"Memandangkan Fatima perlu bekerja, maka bayarannya kami salurkan terus ke akaunnya untuk kegunaan dirinya ketika melanjutkan pelajaran nanti," kata aktres jelita ini.
Hampir dua tahun tidak muncul di layar perak atau skrin televisyen (TV), Fazura meluahkan rasa rindu untuk kembali berlakon.
Mengakui masih menerima tawaran, namun, dengan status ibu yang digalasnya, Fazura perlu memikirkan pelbagai perkara sebelum bersetuju.
"Seperti peminat yang begitu merindui melihat saya muncul dalam drama atau filem, begitulah perasaan saya untuk kembali berlakon.
"Saya masih menerima tawaran, namun, terpaksa ditolak kerana wataknya tidak lagi sesuai dengan diri saya.
"Tidak mahulah saya melakonkan watak cinta tiga segi atau menangis kerana berebutkan lelaki.
"Bagaimanapun, ada satu tawaran yang menarik minat saya kerana watak diberi berkait memperkasakan wanita.
"Masih belum ada perbincangan lanjut mengenai perkara itu kerana ada banyak perkara yang perlu diperhalusi sebelum bersetuju.
"Dalam situasi sekarang, saya tidak boleh lagi berada di set untuk tempoh yang panjang. Keutamaan saya adalah Fatima.
"Sebelum ini, saya pernah tinggalkan dia untuk tempoh yang agak lama dan Fattah hantar video memaparkan Fatima menangis.
"Apabila hendak tidur, Fatima mahu saya sentiasa bersamanya," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/04/fattah-amin-jaga-privasi-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayam Jaga 3 Ekor Anak Kucing Yang Kematian Ibunya

Ibu Ayam Jaga 3 Ekor Anak Kucing Yang Kematian Ibunya

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 313 hits
The ReporterIni adalah saat yang menggembirakan bagi seorang petani ini apabila dia mendapati seekor ayam betina yang diternaknya telah menggambil beberapa ekor anak kucing dan dilindungi di bawah badannya Goran A Surchi sebelum itu tercari...
Emosi Anak Banyak Ikut Ibu Ayah Kena Jaga Hati Ibu Jika Sayang Dua Dua

Emosi Anak Banyak Ikut Ibu Ayah Kena Jaga Hati Ibu Jika Sayang Dua Dua

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 394 hits
Cuba perhatikan zaman sekarang zaman semua hendak CEPAT Kita ada perkhidmatan fast food Drive Thru Service Jimat masa makan dalam kereta sahaja Ada perkhidmatan grab car grab food Dari segi pengangkutan semua kalau boleh hendak naik LRT jik...
Bekas Koperal Bunuh Anak Tiri Dihukum Gantung Sampai Mati Sempat Pesan Pada Keluarga Jaga Anak Abang Baik Baik

Bekas Koperal Bunuh Anak Tiri Dihukum Gantung Sampai Mati Sempat Pesan Pada Keluarga Jaga Anak Abang Baik Baik

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 285 hits
Seorang bekas koperal polis sempat berpesan kepada ahli keluarga supaya reda dan menjaga anak anaknya selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh anak perempuan tirinya enam tahun lalu Ha...
Dia Tak Ada Satu Hari Rasa Sunyi Scha Kembali Bekerja Wargamaya Kagum Awal Jaga Anak Masak

Dia Tak Ada Satu Hari Rasa Sunyi Scha Kembali Bekerja Wargamaya Kagum Awal Jaga Anak Masak

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 449 hits
Apa sahaja yang dilakukan pasangan pelakon dan pengacara Awal Ashaari dan Scha Alyahya pastinya mencuri perhatian seluruh peminatnya Baru sahaja melahirkan bayi keduanya pada 12 Februari lalu dan sebaik habis berpantang selama 44 hari ibu k...
Anak Dan Suami Isteri Boleh Cari Tapi Adik Beradik Tak Mungkin Boleh Ganti Jaga Hubungan Kita

Anak Dan Suami Isteri Boleh Cari Tapi Adik Beradik Tak Mungkin Boleh Ganti Jaga Hubungan Kita

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 418 hits
Anak Dan Suami Isteri Boleh Cari Tapi Adik Beradik Tak Mungkin Boleh Ganti Jaga Hubungan Kita Menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradik kita sebenarnya bukanlah satu hal yang boleh diperlekehkan Besar tanggungjawabnya menjaga hubung...
Perkara Mudah Tapi Wajib Ajar Anak Jaga Tertib Lepas Mandi Ingatkan Anak Tentang Rasa Malu

Perkara Mudah Tapi Wajib Ajar Anak Jaga Tertib Lepas Mandi Ingatkan Anak Tentang Rasa Malu

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 373 hits
Perkara perkara yang mudah dan ringkas seperti selepas mandi dan selepas keluar dari tandas mungkin dirasakan kurang penting untuk diajarkan pada anak Namun hakikatnya hal hal sebegini perlu diajar pada anak kita Sebagai mak ayah kita perlu...
Isteri Tertidur Sambil Jaga Anak Suami Senyap2 Pakaikan Gelang Emas

Isteri Tertidur Sambil Jaga Anak Suami Senyap2 Pakaikan Gelang Emas

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 256 hits
Siapa yang tidak gemar akan kejutan daripada suami tersayang Lebih lebih lagi setelah penat menguruskan rumah tangga mood terus bertukar gembira apabila menerima hadiah yang tidak disangka sangka Itu boleh digambarkan dengan pasangan Instaf...
Kena Tvduh Tak Pandai Jaga Gigi Anak Wawa Zainal Tunai Hasrat Anak Pakai Gigi P4lsu Usia 6 Tahun

Kena Tvduh Tak Pandai Jaga Gigi Anak Wawa Zainal Tunai Hasrat Anak Pakai Gigi P4lsu Usia 6 Tahun

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 470 hits
Pasti ramai tahu sebelum ini pelakon Wawa Zainal pernah meluahkan rasa bimbang mengenai masalah gigi dua orang anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa Terbaru menerusi satu perkongsian di Instagram Wawa berkata i...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl