Farm In The City Harga Tiket Masuk Cara Beli


Farm in the City – Harga Tiket Masuk & Cara Beli
Sekiranya anda sedang mencari destinasi menarik di sekitar Selangor untuk bersantai bersama keluarga pada hujung minggu atau cuti sekolah, Farm in the City di Seri Kembangan adalah salah satu pilihan yang ideal. 
Ia sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur tidak kira sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Memang seronok tempat ni!
Jom terokai lebih lanjut tentang Farm in the City dan apa yang ia tawarkan kepada para pengunjungnya.
BACA JUGA: Staycation Selangor: Senarai Penginapan Keluarga, Kids Friendly!
Pengenalan –  Farm in the City Farm In The City bukan sekadar taman haiwan biasa, tetapi merupakan gabungan antara ladang mini dan zoo yang memfokuskan kepada interaksi mesra haiwan.
Dengan konsep unik tanpa sangkar, taman haiwan ini direka untuk memberikan pengunjung pengalaman memberi makan, menyentuh, dan bermain dengan haiwan-haiwan seperti arnab, kura-kura, dan burung-burung eksotik dalam suasana terbuka.

Sumber: Google Review Semua haiwan dibenarkan berkeliaran bebas dalam kawasan khas yang direka menyerupai habitat semula jadi mereka.
Ini membolehkan pengunjung berinteraksi dengan lebih daripada 100 spesies haiwan dalam persekitaran yang mesra pengunjung.
Taman ini juga menyokong pendidikan tentang kepelbagaian biologi dan usaha konservasi, yang menjadikannya sesuai untuk lawatan keluarga, kanak-kanak, dan sesiapa sahaja yang ingin berinteraksi serta belajar tentang haiwan. 
Farm In The City menawarkan suasana yang menyeronokkan dan mendidik, menjadikannya sebagai salah satu tarikan utama di Seri Kembangan yang wajib dikunjungi. 
Lokasi dan Waktu Beroperasi Farm in the City terletak strategik di Seri Kembangan, kira-kira 20 minit memandu dari Kuala Lumpur. Kawasan ini mudah diakses dari Kuala Lumpur serta bandar-bandar sekitarnya. Untuk yang pertama kali datang, lokasi ini berada berhampiran dengan pusat beli-belah besar seperti AEON Mall Taman Equine.
Naik Kereta:
Anda boleh klik pautan ini untuk arah:
– Peta Google
– Waze Tempat letak kereta PERCUMA terhad. First come first serve. Naik Kereta Api:
Turun di stesen MRT Putra Permai (PY37) menggunakan laluan MRT Laluan Putrajaya. Kemudian, berjalan kaki selama 5 minit ke Farm In The City. Naik Bas:
Naiki Bas Pengantara MRT menggunakan laluan (T544) atau (T542) dan turun di stesen MRT Putra Permai (SJ884) atau Pusat Bandar Putra Permai Selatan (SJ835). Kemudian, berjalan kaki selama 5 minit ke Farm In The City. Farm in the city ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa, dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Pada hari cuti umum dan cuti sekolah, Farm In The City akan beroperasi seperti biasa bermula pukul 9:30 pagi hingga 6:00 petang. Hari Selasa tutup, kecuali cuti umum & cuti sekolah.
Tarikan Utama Farm in the City Farm in the City menawarkan pelbagai tarikan yang menarik untuk pengunjung daripada semua peringkat umur. Berikut adalah lima tarikan utama yang tidak boleh dilepaskan semasa lawatan anda:
1. ‘Petting’ Haiwan-haiwan  Salah satu ciri unik FITC adalah peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pelbagai jenis haiwan. Di sini, pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan haiwan-haiwan yang kebanyakannya sangat jinak. Contohnya seperti arnab, kambing, kuda, kura-kura, burung, anak-anak itik, ayam dan sebagainya. 
Sumber: Google Review Berbeza dengan zoo konvensional, Farm In The City membolehkan pengunjung menyentuh dan memberi makan haiwan-haiwan ini. Pengalaman ini sangat menyeronokkan terutamanya bagi kanak-kanak, membolehkan mereka belajar tentang haiwan secara santai dalam suasana yang selamat. 
2. Zon Kura-kura dan Penyu (Turtle & Tortoise Farm) Salah satu lagi bahagian yang menarik di FITC adalah zon yang menempatkan kura-kura dan penyu. Ada pelbagai spesies kura-kura dan penyu dengan bermacam-macam saiz, bentuk, serta corak tempurung mereka yang anda boleh lihat di zon ini. 
Bahagian ini bukan sahaja menarik dari segi visual, tetapi juga sangat mendidik. Anda boleh belajar tentang perbezaan antara kura-kura dan penyu, habitat semula jadi mereka, dan usaha pemuliharaan yang sedang dijalankan untuk melindungi spesies-spesies ini. 
Kanak-kanak pasti akan teruja untuk melihat kura-kura yang besar dan penyu yang comel berenang dan berjalan di sekitar kawasan mereka!
3. Gua Reptilia (Reptile Cavern) Bagi peminat reptilia, zon ini menempatkan beberapa jenis reptilia seperti ular, iguana, buaya, kadal, dan banyak lagi spesies reptilia yang menarik.
Zon ini direka menyerupai habitat semulajadi reptilia, memberikan pengunjung gambaran yang realistik tentang bagaimana reptilia ini hidup di alam liar. Ini bukan sahaja menarik untuk dilihat, tetapi juga sangat mendidik. 
Sumber: Google Review Pengunjung boleh belajar tentang tingkah laku reptilia, cara mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan kepentingan mereka dalam ekosistem.
4. Aviari Burung Hah, ini adalah salah satu tarikan yang digemari ramai di Farm in the city. Bukan kanak-kanak je suka, orang dewasa pun enjoy sekali. 
Bahagian ini dipenuhi dengan pelbagai spesies burung berwarna-warni dan menarik. Anda boleh melihat burung kakak tua, merpati, burung nuri, dan banyak lagi spesies burung eksotik yang jarang dilihat. Pengunjung boleh memberi makan burung-burung ini dan menyaksikannya terbang bebas di sekeliling. 
Jangan lupa ambil gambar bersama burung-burung yang hinggap di tangan atau kepala anda!
5. Tunggang Kuda Pony Salah satu aktiviti yang juga popular di sini ialah tunggangan kuda pony. Aktiviti ini biasanya tersedia pada waktu tertentu dalam sehari, dan ia merupakan peluang yang baik untuk kanak-kanak merasai pengalaman menunggang kuda dalam suasana yang selamat. 
Kuda-kuda pony ini dilatih khusus untuk kanak-kanak dan akan dipandu oleh staf yang berpengalaman. Ada bayaran yang dikenakan untuk setiap tunggangan. 
6. Memancing Ikan di Longkang Berhampiran kafe, terdapat kawasan longkang yang dipenuhi dengan ikan-ikan. Pengunjung boleh mencuba kemahiran menangkap ikan dengan menggunakan jaring kecil. 
Aktiviti ini sangat seronok dan mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil dahulu bagi yang tinggal di kawasan kampung. 
7. Tasik Di Farm in the city ini juga terdapat tasik yang dipenuhi dengan ikan-ikan koi, angsa dan itik yang bebas berkeliaran. Pengunjung boleh membeli makanan ikan di mesin yang berhampiran dan memberi makan ikan-ikan di tasik. 
Sumber: Google Review Selain daripada lima tarikan utama ini, FITC juga mempunyai banyak lagi kawasan menarik seperti Laluan Hutan, Dewan Pameran, Jeti Pelikan dan sebagainya. Anda boleh rujuk laman sesawang Farm In the City untuk mengetahui lebih banyak tarikan yang ada di sini. 
Harga Tiket Masuk Harga tiket masuk ke Farm In The City berbeza mengikut umur dan status penduduk. Berikut adalah kadar harga untuk tahun 2024:
Dewasa (MyKad): RM39 Kanak-kanak (MyKad): RM32 (umur 3 hingga 11 tahun) Warga Emas (MyKad): RM32 Pelancong Antarabangsa: Dewasa RM58 | Kanak-kanak & Warga Emas RM48 Kesahan Tiket:
Tiket dalam talian sah selama 90 hari berdasarkan tarikh pembelian dalam talian. Tiket dalam talian mesti dibeli sekurang-kurangnya 24 Jam lebih awal. Tiket dalam talian sah untuk kemasukan tunggal sahaja. Kanak-kanak di bawah 90cm akan dikecualikan daripada bayaran masuk. Makanan luar tidak dibenarkan sama sekali.  Pemilik Ladang di Bandar tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kematian dan/atau kehilangan dan kerosakan harta benda dalam apa jua keadaan. Tiada bayaran balik akan dilayan kerana cuaca buruk, bencana alam dan/atau sebarang force majeure. Tiada bayaran balik akan dilayan kerana tiket dalam talian yang tidak digunakan. Tidak sah dengan promosi berterusan/pakej kumpulan/fungsi/pelancongan. Kanak-kanak mesti ditemani oleh orang dewasa. Anda dikehendaki mengemukakan MyKad / Pasport anda untuk pengesahan di kaunter kutipan. Jika gagal, surcaj RM19 untuk dewasa & RM16 untuk kanak-kanak akan dikenakan semasa penebusan tiket Tiket masuk ini termasuk akses ke semua stesen di Farm In The City. Walau bagaimanapun, ia tidak terpakai untuk aktiviti bayar-per-naik.  Pihak Farm In The City juga menawarkan promosi tertentu sempena musim cuti atau acara khas. Adalah disyorkan untuk menyemak laman web rasmi atau platform pembelian tiket seperti Klook untuk mendapatkan maklumat terkini tentang harga tiket.
BACA JUGA: Sky Mirror Kuala Selangor – Waktu Operasi, Harga Tiket & Tips Sebelum Pergi!
Beli Tiket di Klook Untuk mendapatkan harga yang lebih rendah sekaligus memudahkan proses pembelian tiket dan mengelakkan beratur panjang di kaunter tiket, anda boleh membeli tiket masuk Farm in the City melalui platform dalam talian seperti Klook. 
Mudah saja caranya, taip “Farm in the City” dalam kotak carian di bawah dan klik SEARCH. 
Tips Berkunjung ke Farm in the City Untuk memastikan lawatan anda ke Farm in the City menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan, berikut adalah beberapa tips yang berguna:
1. Pilih Masa Lawatan yang Sesuai Pemilihan masa lawatan yang tepat boleh memberi kesan besar kepada lawatan anda. Hari biasa (Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat) biasanya kurang sesak berbanding hujung minggu atau cuti umum. 
Walau bagaimanapun, jika anda hanya boleh melawat pada hujung minggu atau cuti umum, cuba tiba awal, sebaik sahaja taman dibuka.
Ini akan membolehkan anda menikmati aktiviti dengan lebih selesa sebelum taman menjadi terlalu sesak. Selain itu, haiwan biasanya lebih aktif pada waktu pagi, memberikan anda peluang yang lebih baik untuk berinteraksi dengan mereka.
2. Pakai Pakaian dan Kasut yang Sesuai Memandangkan anda akan menghabiskan masa berjalan dan berinteraksi dengan haiwan dengan cuaca yang agak panas, adalah penting untuk berpakaian dengan selesa dan kasut yang sesuai. 
Pakaian berwarna gelap adalah pilihan yang baik kerana ia tidak akan menunjukkan kotoran dengan mudah jika anda bersentuhan dengan haiwan atau tanah.  Jangan lupa untuk membawa topi dan cermin mata hitam untuk perlindungan daripada matahari. 
3. Bawa Kipas Tangan Cuaca di Malaysia boleh menjadi sangat panas dan lembap, terutamanya pada waktu tengah hari. Oleh itu, anda disarankan untuk membawa kipas yang kecil dan mudah dibawa. 
4. Beli Makanan Haiwan Salah satu pengalaman terbaik di Farm in the City adalah memberi makan haiwan. Walaupun ia mungkin memerlukan bayaran tambahan (biasanya sekitar RM10 untuk makanan haiwan), ia sangat berbaloi untuk pengalaman yang anda dapat. 
5. Rancang Aktiviti  Jika anda datang bersama anak-anak, pastikan untuk merancang aktiviti dan kawasan yang ingin dikunjungi terlebih dahulu.
Kawasan seperti zon petting dan memancing di longkang pasti menarik bagi mereka, jadi rancang perjalanan anda agar mereka dapat menikmati pengalaman penuh di setiap zon.
NOTA: Tempat ni mesra stroller, jadi jangan risau nak bawa stroller untuk memudahkan lawatan anda.
BACA JUGA: Taman Tasik Titiwangsa – Tarikan Utama & Kemudahan Disediakan
Penutup Farm In The City di Seri Kembangan adalah destinasi menarik di Selangor yang sangat disyorkan bagi sesiapa sahaja yang ingin pengalaman berinteraksi dengan haiwan. Dengan pelbagai tarikan interaktif yang mendidik, ia menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dan lawatan berilmiah untuk semua peringkat usia. 
Jadi, jika anda mencari tempat untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan, Farm In The City adalah pilihan yang boleh dipertimbangkan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/farm-in-the-city/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=farm-in-the-city

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taman Rama Rama Melaka Harga Tiket Masuk Tarikan Utama

Taman Rama Rama Melaka Harga Tiket Masuk Tarikan Utama

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 100 hits
Taman Rama Rama Melaka Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Melaka sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan di Malaysia Salah satu tarikan yang wajib dikunjungi oleh para pencinta alam di Melaka ialah Taman Rama rama Melaka Terletak di...
Berang Tidak Dilayan Lelaki Cuba Bawa Masuk Anjing Dalam Kompleks Beli Belah

Berang Tidak Dilayan Lelaki Cuba Bawa Masuk Anjing Dalam Kompleks Beli Belah

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 112 hits
Norzamira Che Noham hmetro com myShah Alam Dua kertas siasatan dibuka berhubung insiden provokasi seorang lelaki yang membawa anjingnya memasuki perkarangan pusat beli belah di Seksyen 14 di sini baru baru ini Ketua Polis Daerah Shah Alam A...
Tip Cara Masak Gulai Lemak Pisang Muda Lagi Sedap Masuk Ikan Masing Talang

Tip Cara Masak Gulai Lemak Pisang Muda Lagi Sedap Masuk Ikan Masing Talang

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 139 hits
Gulai lemak pisang muda memang lauk yang enak tapi tak ramai yang tahu menyediakan lauk ini terutama kalangan anak muda Bagi yang ingin belajar menyediakan gulai lemak pisang muda ini boleh ikut panduan yang dikongsi Menggunakan pisang kapa...
Harga Tiket Zoo Johor

Harga Tiket Zoo Johor

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 178 hits
Kebun Binatang kini dibuka semula Tak perlu lagi beratur panjang Anda kini boleh membeli tiket ke Zoo Johor dengan mudah melalui laman web rasmi kami Jom dapatkan tiket anda di sini Boleh jimatkan masa dan nikmati pengalaman yang lancar di ...
2 Hari Lagi Ke Disrupt 2024 Harga Tiket Akan Naik

2 Hari Lagi Ke Disrupt 2024 Harga Tiket Akan Naik

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 132 hits
Hanya tinggal 2 hari lagi sebelum acara teknologi yang paling ditunggu tunggu tahun ini San Francisco bakal menjadi pusat perhatian komuniti teknologi global Jom meriahkan acara di Moscone West dari 28 hingga 30 Oktober sempena TechCrunch D...
Harga Emas Cecah Rm409 Gram Hari Ini Nak Beli Atau Jual

Harga Emas Cecah Rm409 Gram Hari Ini Nak Beli Atau Jual

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 197 hits
Hari ini harga emas telah mencecah paras tertinggi iaitu RM409 gram di Malaysia Ini berita penting bagi penyimpan emas yang fokus pada gram emas dan pelabur emas yang lebih melihat peluang keuntungan dalam bentuk Ringgit Namun persoalannya ...
Masa Harga 99 Sen Memang Patut Kita Beli Banyak Sekarang Ni Selagi Boleh Jimat Kita Harus Ambil Peluang

Masa Harga 99 Sen Memang Patut Kita Beli Banyak Sekarang Ni Selagi Boleh Jimat Kita Harus Ambil Peluang

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 97 hits
Time harga 99 sen la kita kena borong Zaman sekarang ni selagi boleh jimat kita kena jimat tau Beli dekat sini je https s shopee com my 2Va4WrolZB shopeehaul The post appeared first on
Anak Sering Tak Sihat Bila Mula Masuk Tadika Taska Begini Cara Atasi

Anak Sering Tak Sihat Bila Mula Masuk Tadika Taska Begini Cara Atasi

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 119 hits
Anak sering tak sihat bila mula masuk tadika taska begini cara atasi Ibu bapa sering mendapati anak mereka mudah jatuh sakit apabila mula masuk tadika atau taska Fenomena ini sebenarnya agak biasa berlaku dan menjadi kebimbangan bagi ramai ...
Universal Studios Singapore Tiket Masuk Tarikan Utama Tips Penting

Universal Studios Singapore Tiket Masuk Tarikan Utama Tips Penting

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 281 hits
Universal Studios Singapore Tiket Masuk Tarikan Utama Tips Penting Tahukah anda bahawa salah satu lokasi Universal Studios yang paling menarik terletak di Singapura Universal Studios Singapore adalah destinasi menarik yang menawarkan pengal...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali