Farm In The City Berinteraksi Lebih Dekat Dengan Haiwan
Pertama kali jejak kan kaki di Farm In The City ni memang sangat menyeronokkan, niat asal hanya untuk menggembirakan anak-anak dan mendekatkan mereka untuk lebih mengenali spesies haiwan tapi ternyata Farm In The City ni bukan hanya untuk anak-anak sahaja tapi ia juga satu tempat yang menyeronokkan untuk semua golongan umur
$ads={1}
Jika korang masih mencari-cari destinasi yang menarik, Farm In The City adalah tempat yang tepat dan sesuai. Lokasi Farm In The City ni adalah di Seri Kembangan, hanya dalam jarak 30 minit dari Kuala Lumpur
Jom Kenali Farm In The CityKalau dahulu jika nak bawa anak-anak melihat haiwan, semestinya zoo adalah pilihan pertama, tapi selepas adanya Farm In The City ini adalah pilihan yang tepat kerana farm in the city konsepnya bukan seperti zoo yang kita boleh melihat dari luar tapi ianya petting zoo. Di sini kebanyakan haiwan akan dibiarkan bebas dalam kandang (haiwan yang tidak merbahaya).
$ads={1}
Konsep yang sebegini membuatkan anak-anak boleh mengusap, memberi makan, menyentuh dan beri satu pengalaman best lebih-lebih lagi pada anak-anak moden yang susah nak jumpa haiwan di bandar.
Lokasi Farm In The City Farm In The City, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Malaysia {alertSuccess}
$ads={1}
Tips Sebelum ke Farm In The City Tidak boleh bawa makanan dari luarElakkan pakai kasut dan pakaian putih sebab kambing dan rusa suka kejar mintak makanan :pPakai pakaian selesa untuk anak-anakPakai kasut Sediakan kipas kecil Sediakan payung atau rain coat Prepare air mineral nanti penat Jika taknak crowded jangan pergi pada public holiday / cuti sekolah :p
Tarikan Yang Ada di Farm In The City Wajib Singgah !Sebenarnya dah banyak kali qaseh pergi ke FITC ni, rasanya dah 4 kali kot haaa best tak best memang padu, seronok sebenarnya bila tengok anak-anak happy ni, so diorang akan letih senang lah nak tidur malam haha, jom banyak tarikan yang ada di sini dan terbahagi kepada banyak bahagian
Pet Village
$ads={2}
Ostrich Farm
Turtle & Tortoise Farm
Reptiles Carven
Bird Aviary
Savannah
Longkang Fish
Mood’s Lake
Feeding Fish
Pony Ride
Racoon Feeding
Rabbit Farm
Dan sebenarnya banyak lagi stesen-stesen haiwan yang ada di farm in the city ni, haaa jangan lupa exercise awal-awal takut tak larat pulak nanti. Btw, bukan haiwan sahaja ada di sini, ada juga kebun kecil, taman pertanian dan ala-ala desa macam tu. Kena lah pergi semua okay
Jika korang jauh dari Farm In The City ni, mungkin lebih dekat dengan Bentong, Pahang. Korang boleh pergi ke The Bentong Farm yang mana ianya sama konsep dengan FITC ni kerana ianya satu company. Bestnya di The Bentong Farm lagi luas dan lebih dekat dengan alam
Jangan Buat Perkara Ini di Farm In The City Ketuk cengkerang kura-kuraJangan angkat arnab dengan memegang telinganyaJangan buang jaring net dan bekas di dalam longkang ikanJangan ketuk kaca gelas yang ada haiwan Jangan tuang makanan Jangan buang bekas makanan ikan di dalam tasik Jangan berlari-larian di tangga
$ads={1}
Pertunjukan Haiwan EksotikSelain itu, ada show ataupun pertunjukan best yang korang boleh tengok, antaranya pertunjukan dari burung kakak tua dan banyak lagi yang dianjurkan oleh FITC
Jangan Lupa Beli Makanan HaiwanMasuk-masuk je darm in the city, akan ada staf yang jual makanan untuk haiwan, ada juga makanan percuma yang disediakan dan juga korang boleh beli makanan haiwan di vending machine yang ada. Murohhh jee.
Kemudahan Yang Ada di Farm In The CityTempat parking percuma disediakan Ada surau dan toiletAda sinki secara terbuka untuk basuh tanganKedai cenderamataCafe / kedai makananPeta dan panduan taman
Harga Tiket Terkini Farm In The City Harga tiket walk inWarganegara : Dewasa Rm37 , Kanak-kanak : RM32Pelancong asing : Dewasa RM58 , kanak-kanak : RM48 {alertInfo}
Harga Tiket Farm In The City Online : Tempah sini {alertInfo}$ads={1}
Waktu Operasi Farm In The City Hari Biasa : 10 pagi - 6 petangHari cuti sekolah / umum : 9.30 pagi - 6 petang {alertInfo}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2023/08/farm-in-the-city.html