Farm Fresh Upm Serdang New Zealand Di Malaysia


Jom Rasai Suasana “New Zealand” di Malaysia — Farm Fresh @ UPM Serdang - Cuti sekolah lepas, nad memang plan nak bawa diaorang ke Farm Fresh UPM Serdang. Tak sempat nak bawa anak-anak tidur hotel atau mandi-manda dekat waterpark, jadi nad pun ajak keluarga ke Farm Fresh @ UPM Serdang. Sejujurnya, nad memang dah lama dengar pasal tempat ni. Selalu je tengok dekat Tiktok, dah haritu baru berkesempatan bawa anak anak datang ke sini. 
Nad tengok dekat video tu, suasana cantik, hijau, luas, dan penuh dengan haiwan ternakan. Bila sampai sendiri, baru nad faham kenapa ramai suka. Dari pintu masuk lagi dah terasa suasana ladang yang nyaman, bau rumput segar dan udara yang bersih. Terus rasa tenang, jauh dari bunyi hon kereta dan bangunan tinggi. 
Jom Rasai Suasana “New Zealand” di Malaysia — Farm Fresh @ UPM Serdang

Kalau korang nak cari tempat yang relax, tak terlalu sesak, dan sesuai untuk family outing, Farm Fresh @ UPM memang pilihan terbaik. Kawasan dia besar, penuh dengan pokok hijau dan suasana semula jadi. Rasa macam bawa anak-anak ke kampung, tapi versi moden

Harga tiket masuk:
Dewasa (Warganegara Malaysia): RM15
Kanak-kanak / Warga Emas (Warganegara Malaysia): RM10
Pelancong Asing: Dewasa RM35 | Kanak-kanak / Warga Emas RM25
Alamat: Farm Fresh @ UPM, Serdang, SelangorWaktu Operasi: 10 pagi – 6 petang setiap hari
Pemandangan di Farm Fresh Memang Lawa





Tempat dia takdela besar mana, tapi bolehla untuk anak-anak. Tak banyak haiwan pun yang ada dekat sini. Haiwan yang ada arnab, ayam, burung, kambing, rusa dan semestinya lembu. Boleh bagi makan dan pegang dekat beberapa binatang dekat sini. Takdela penat sangat untuk berjalan. 



Dekat sini korang boleh tengok sendiri macam mana lembu tenusu dijaga, macam mana susu diproses, dan paling seronok. Anak-anak nad pun teruja, siap bertanya macam-macam soalan tentang lembu, makanan dia, dan macam- macam lagi la



Anak-anak boleh enjoy naik tractor yang disediakan secara percuma. Diaorang akan dibawa keliling taman. Takdelah jauh mana keliling tu, dekat je









Tak dinafikan pemandangan persekitaran dekat Farm Fresh UPM Serdang ni memang lawa, macam dekat luar negara

Tengok Lembu Dilepaskan ke Padang



Kalau korang pergi petang, tunggu sampai pukul 5 petang, sebab lembu akan dilepaskan ke padang. Hah masa tu boleh tengok lembu yang hitam putih tu banyak dekat padang. Boleh ambik gambar dekat lembu, bagi makan dekat lembu. 
Aktiviti Seronok untuk Satu Keluarga
Farm Fresh @ UPM ni bukan sekadar tengok lembu je tau. Banyak aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. 
Korang boleh:1) Bagi makan haiwan ternakan seperti kambing, arnab, dan ayam
2) Naik tractor ride untuk pusing satu kawasan ladang yang luas
3) Nikmati pemandangan hijau sambil bergambar di spot-spot menarik

Untuk tractor ride ni, jadual dia memang fleksibel
- Hari biasa (Isnin–Jumaat): Setiap jam dari 10 pagi hingga 6 petang
- Hujung minggu & cuti umum: Setiap 20 minit sekali



Anak-anak nad memang paling suka naik tractor ride ni. Korang jangan risau , tempat tunggu tractor ni tempat berteduh macam ni, so bila tunggu tak panas pun. Cantik sangat. 




Dari atas tractor, boleh nampak kawasan ladang yang luas, lembu-lembu tengah makan rumput, dan suasana tenang yang susah nak dapat kat bandar. Nad sendiri pun rasa seronok, sebab boleh chill sambil layan angin sejuk

Masa dalam perjalanan naik tractor, akan ada guider akan bercerita tentang lembu dan tanaman di UPM tu. Tractor ni akan bawa ke puncak. Memang best sangat

Banyak Spot Cantik Untuk OOTD!Kalau korang jenis suka bergambar, memang heaven! Farm Fresh @ UPM ni penuh dengan spot lawa. Ada kawasan pagar putih ala ladang barat, padang hijau luas dengan lembu meragut rumput, dan kawasan pondok kayu yang vintage look

Nad pun tak lepaskan peluang ambil gambar family. Dengan pencahayaan semula jadi dan langit biru yang cantik, memang hasil gambar nampak macam pergi luar negara! Memang sesuai sangat untuk korang yang suka buat konten atau nak post kat Instagram. 📷✨
Dekat sini ada pelbagai kedai makanan dan minuman. Ada kedai aiskrim Inside Scoop lagi. Bila dah penat berjalan, perut lapar boleh la beli makanan dekat sini. Boleh duduk rehat sambil minum dan makan. Kalau datang waktu petang, suasana dia lagi tenang, bunyi angin, burung, dan udara segar memang buat rasa damai

Selain itu ada juga susu Farm Fresh dijual dekat sini. Tapi nad tak beli pun sebab dah biasa beli susu Farm Fresh.hehehe
Tips Kalau Nak Datang- Beberapa tips nad boleh kongsi kalau korang plan nak datang:1) Datang awal pagi, cuaca tak panas sangat dan tak ramai orang lagi
2) Pakai kasut selesa, sebab korang akan banyak berjalan
3) Bawa topi atau payung, terutamanya kalau datang tengah hari
4) Bawa air minuman sendiri, walaupun ada kafe, elok juga ada air standby
5) Jangan lupa kamera atau telefon, sebab rugi kalau tak ambil gambar dekat spot cantik
6) Kalau datang dengan anak kecil, bawa stroller sebab kawasan agak besar


Suasana “Farm Life” yang Tak Dilupakan

Satu benda yang nad perasan, Farm Fresh ni bukan sekadar tempat lawatan biasa, tapi dia juga mendidik. Anak-anak dapat tengok sendiri dari mana datangnya susu yang mereka minum setiap hari, macam mana haiwan dijaga, dan pentingnya menjaga alam sekitar. Nad suka sebab tempat ni bukan sekadar hiburan, tapi juga pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan

Waktu balik dari Farm Fresh hari tu, nad tengok muka anak-anak yang ceria, memang rasa puas hati. Kadang kita ingat anak nak tempat mahal atau aktiviti besar-besaran untuk seronok, tapi sebenarnya mereka cuma nak masa bersama dan pengalaman baru

Suasana hijau, udara segar, dan tawa mereka sepanjang hari tu buat nad rasa betul-betul “healing”. Walaupun tak ada kolam renang atau bilik hotel mewah, hari tu tetap jadi antara kenangan paling manis dalam cuti sekolah kali ni. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2025/10/farm-fresh-upm-serdang-new-zealand-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairul Aming Tunai Janji Bawa Pembeli Terpantas Rendang Nyet Bercuti Ke New Zealand

Khairul Aming Tunai Janji Bawa Pembeli Terpantas Rendang Nyet Bercuti Ke New Zealand

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 173 hits
Personaliti media sosial dan usahawan terkenal Khairul Aming menunaikan janjinya apabila membawa lima pembeli terpantas Rendang Nyet bersama pasangan masing masing bercuti ke New Zealand Kesemua sembilan individu itu akan menghabiskan masa ...
Kerajaan Malaysia Baik

Kerajaan Malaysia Baik

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 138 hits
Che Ibrahim Pemilik pemilik akaun seperti ini yang sepatutnya dikenakan tindakan keras jauh lebih bahaya dari pasang bendera terbalik
Weaponising Of Flags In Uk Malaysia Signal Hijacking Of National Symbol For Right Wing Agenda

Weaponising Of Flags In Uk Malaysia Signal Hijacking Of National Symbol For Right Wing Agenda

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 204 hits
Letter to EditorThe unfolding protests by far right faction in the UK over arriving migrants bear startling resemblance to the scenario here in Malaysia For starters the national flag of both countries has been weaponised to further a natio...
Us Malaysia Reciprocal Agreement Fair To Both Sides Says Tengku Zafrul

Us Malaysia Reciprocal Agreement Fair To Both Sides Says Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 206 hits
Investment trade and industry minister says the government has consistently prioritised Malaysia s interests throughout negotiations with the US Investment trade and industry minister Tengku Zafrul Aziz expressed concern over several issues...
Malaysia Needs A Mobility Commission Not Just Another Transport Agency

Malaysia Needs A Mobility Commission Not Just Another Transport Agency

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 208 hits
The nation must integrate transport urban planning and equity so every Malaysian can move safely affordably and sustainably of Budget 2026 s transport allocation Wan Agyl Wan Hassan again called for reviving the defunct Land Public Transpor...
Pekerja Malaysia Antara Paling Lemah Dari Segi Work Life Balance Kajian

Pekerja Malaysia Antara Paling Lemah Dari Segi Work Life Balance Kajian

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 181 hits
Pekerja Malaysia Antara Paling Lemah Dari Segi Work Life Balance Kajian Dalam dunia yang serba pantas hari ini keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi semakin sukar dicapai Ramai pekerja terpaksa berkorban masa bersama keluarga wak...
The Big Fish Are Hands Behind Albert Tei

Powerbank Solar Charger Lampu Kecemasan Terbaik Untuk Musim Banjir

Used Car Prices In Toronto Why Analysts Say The Seller S Market Is Cooling Down

Permata Hati Melihatmu Tersenyum Aku Bahagia Gambar Kenangan Kami

Jemputan Majlis Kahwin Ada Kepada Sahabat Suami 07 12 2025

Makan Asam Pedas Ikan Merah Tiba Tiba Orang Belanja

Yummy Beef Jerky Recipe Without Dehydrator

Hiburan Faiz Soul Dijemput Rasmi Majlis Sekolah Netizen Pertikai Kelayakan Dah Habis Ke Tokoh Nak Diangkat Jadi Idola


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ada Kaitan Ke Goiter Dan Tirads

Hang Lung Memperluas Portfolio Runcit Di Wuxi Menandakan Satu Lagi Pencapaian Dalam Strategi V 3 Mereka

Plastiroute Spotline Digunakan Di Laluan Persekutuan Pulau Pinang Tingkatkan Pantulan Lampu Kenderaan

Eu Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk Ai

Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura

Azlina Aziz Wajahmu Di Mana Mana Chord