Farm Fresh Bukan Lagi Milik Tempatan Najib
 Mohamad Athir Ismail  

 KOMPLEKS Tenusu Muadzam Shah, Pahang. - Gambar FB HAZWANI HANAFIAH    KITA biasa menikmati produk tenusu daripada jenama ‘Farm Fresh’ sama ada susu segar, coklat ataupun kurma.
 ‘Farm Fresh’ suatu ketika sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)  merupakan produk milik negara seratus peratus melalui syarikat Holstein.
 [BACA] 154 peneroka hutan Ulu Rening didenda RM600 — Suara MerdekaPengeluaran produk berkenaan oleh Holstein merupakan satu projek  permulaan (EPP) 13 bagi memenuhi sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara  (NKEA).
 Pelaksanaannya susulan Khazanah Nasional menyuntik pelaburan dan menguasai 30 peratus pegangan dalam syarikat berkenaan.
 Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, syarikat  berkenaan banyak menerima bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional  (BN) sehingga berjaya mengeluarkan jenama nombor satu negara.
 “Sebelum kita melabur, Syarikat Holstein masih perniagaan yang kecil.  Cuma ada 60 ekor lembu sahaja. Sebelum itu, Malaysia bergantung 95  peratus kepada import.
 “Tak sampai 10 tahun, syarikat Holstein dengan jenama Farm Fresh  berjaya menguasai sehingga 30 peratus daripada pasaran susu tempatan dan  menjadi jenama susu nombor satu negara, katanya dalam Facebook hari ini.
 Tambah beliau, dalam memenuhi sasaran NKEA, pelbagai manfaat diperoleh rakyat menerusi pelbagai inisiatif. 
 
 Katanya, melalui pelan berkenaan, ramai peladang-peladang tempatan  diberi peluang untuk membekalkan sumber tenusu kepada Holstein melalui  ternakan mereka.
 [BACA] Antara Bangsa Johor Ir Hasni dan pengorbanan besar Bersatu — Suara Merdeka
[BACA] Pengarah filem Kamal Ishak meninggal dunia — Suara Merdeka“Selari dengan sasaran itu, kerajaan BN dahulu mewujudkan Pusat  Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang pada  tahun 2012.
 “Kemudiannya, kawasan itu juga dinamakan sebagai Lembah Tenusu Muadzam.
 “Selain lembah Muadzam, beberapa lagi lembah tenusu juga dirancang di  Lembah Muallim, Perak; Lembah Tenusu Larut-Matang-Selama,Perak; Lembah  Tenusu Ulu Bernam, Selangor dan Lembah Tenusu Borneo, Sabah, Sarawak,  ujarnya.
 Bagaimanapun, usaha berkenaan disifatkan Najib sebagai sia-sia  apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi PRU-14 bertindak  menjual kepentingan dalam Holstein kepada Singapura.
 Menurutnya, PH ketika itu tidak mahu terus menyokong projek itu dan  peluang dibuka kepada syarikat pelaburan Singapura Dymon Asia Private  Equity untuk melabur dalam Holstein.
 “Dengan ini, peratus kepentingan saham Khazanah dalam syarikat ini sudah turun dan syarikat ini tidak lagi 100% milik negara.
 “Pada saya perkara ini tidak patut berlaku. Khazanah bukan tiada wang  untuk menambah pelaburan mereka. Kenapa beri peluang kepada syarikat  Singapura pula?” soalnya.
 [BACA] Tiada lagi percutian murah – Penganalisis — Suara Merdeka
[BACA] Apabila Tuan Tanah sudah banyak bertolak ansur — Suara MerdekaNamun begitu, beliau berasa lega apabila penternak tempatan tidak  terjejas kerana mereka masih membekal susu segar kepada Holstein dan  syarikat tenusu tempatan lain. – SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/farm-fresh-bukan-lagi-milik-tempatan.html