Farid Kamil Menurunkan Dua Tanda Tangan Berbeza



PETALING JAYA – Mahkamah Majistret, di sini, hari ini diberitahu bahawa pelakon dan pengarah filem terkenal Datuk Farid Kamil Zahari telah menurunkan tandatangan berbeza pada dua borang berkaitan ujian air kencingnya, tahun lalu.

Petugas Am di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Koperal Muhammad Iskandar Ali, 29, berkata, borang yang ditandatangani Farid Kamil, 38, adalah borang permintaan ujian pengesahan dadah dalam air kencing (UPD) dan borang akuan pemberi, sebelum dan selepas dia menjalani ujian air kencing di Bahagian Narkotik IPD Petaling Jaya, di sini, pada 11 Januari tahun lalu.

Loading...
“Saya telah mengisi butiran tertuduh pada borang-borang tersebut dan pegawai penyiasat Inspektor Faizal telah menyuruh tertuduh tandatangan. 

Setelah disemak, saya lihat tandatangan tertuduh pada kedua-dua borang itu berbeza,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran, pada perbicaraan kes itu, hari ini.

Muhammad Iskandar adalah saksi pendakwaan ke-4 yang ketika itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya dan bertanggungjawab membawa dan mengiringi suami kepada pelakon popular Datin Diana Danielle itu, melakukan ujian air kencing.


Kepada soalan Alia Sumayyah adakah Muhammad Iskandar bertanyakan tertuduh mengenai tandatangan yang berbeza itu, beliau menjawab: “tidak”.

Ketika pemeriksaan balas peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid Kamil, saksi itu tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kedua-dua tandatangan itu berbeza adalah kerana bukan tertuduh yang menandatangani borang tersebut.

Menjelaskan kepada mahkamah ketika pemeriksaan semula Alia Sumayyah, Muhammad Iskandar berkata kedua-dua tandatangan itu sememangnya ditulis oleh Farid Kamil kerana beliau sendiri melihat Farid Kamil menandatangani borang tersebut.

Pada 25 Januari tahun lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan telah menggunakan dadah berbahaya jenis tetra hydrocannabinol atau THC di Pejabat Narkotik Daerah Petaling Jaya, pada 4.30 petang, 11 Jan 2018, mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham bersambung 31 Januari.

Terdahulu, Farid Kamil yang memakai baju-T lengan panjang dan bercermin mata hitam dilihat bersendirian masuk ke bilik bicara tanpa ditemani sesiapa.

Ketika prosiding ditangguhkan sementara, Farid Kamil yang kelihatan ceria sempat melayan permintaan jurugambar yang memintanya berjalan dan ‘berposing’ untuk merakamkan gambarnya. 

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/farid-kamil-menurunkan-dua-tanda-tangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waran Tangkap Farid Kamil Batal Jaminan Naik Jadi Rm5 000

Waran Tangkap Farid Kamil Batal Jaminan Naik Jadi Rm5 000

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 248 hits
PETALING JAYA Mahkamah Majistret di sini hari ini membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari atas ketidakhadirannya bagi perbicaraan kes dadah yang dihadapinya Jumaat lalu Majistret Nor ...
Bonus Tanda Tangan Blok Migas 2018 Sumbang Pnbp Rp 13 4 Triliun

Bonus Tanda Tangan Blok Migas 2018 Sumbang Pnbp Rp 13 4 Triliun

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 243 hits
Kementerian ESDM mencatat sepanjang 2018 bonus tanda tangan yang masuk ke penerimaan negara bukan pajak berdasarkan hasil lelang wilayah kerja blok migas mencapai Rp 13 4 triliun Penerimaan tersebut diperoleh dari 9 dari total 36 wilayah ke...
Dua Lelaki Merokok Depan Papan Tanda Larangan Merokok Cabar Ditangkap

Dua Lelaki Merokok Depan Papan Tanda Larangan Merokok Cabar Ditangkap

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 1351 hits
DUA orang perokok dari Taiping yang tidak berpuas hati dengan larangan merokok oleh kerajaan meluahkan rasa tidak puas hati dalam sebuah video sambil merokok depan papan tanda larangan merokok mencabar pihak berkuasa menangkap mereka Video ...
Gagal Hadir Perbicaraan Mahkamah Keluar Waran Tangkap Farid Kamil

Gagal Hadir Perbicaraan Mahkamah Keluar Waran Tangkap Farid Kamil

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 267 hits
Gagal hadir perbicaraan mahkamah keluar waran tangkap Farid Kamil Dikemas kini 28 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 11
Farid Kamil Dikenakan Waran Tangkap Selepas Gagal Hadir Ke Mahkamah

Farid Kamil Dikenakan Waran Tangkap Selepas Gagal Hadir Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 381 hits
PELAKON Farid Kamil Zahari dikenakan waran tangkap apabila gagal hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari keempat perbicaraan kes urin yang dihadapinya hari ini Waran itu dikeluarkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Timbalan ...
Court Issues Arrest Warrant For Farid Kamil

Court Issues Arrest Warrant For Farid Kamil

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 299 hits
The Magistrate s Court in Petaling Jaya today issued a warrant of arrest for film director and actor Farid Kamil Zahari for failing to be present at the fourth day of his drug trial today Magistrate Nor Ariffin Hisham issued the warrant aft...
Menurut Terapis Ini 7 Tanda Pasangan Mulai Kehilangan Minat

Menurut Terapis Ini 7 Tanda Pasangan Mulai Kehilangan Minat

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 299 hits
Menurt terapis ini 7 tanda pasangan mulai kehilangan minat Beberapa di antaranya adalah jika sudah tidak ada keintiman fisik ketertarikan untuk mengetahui detail detail kecil dari keseharian pasangan atau jika dia lebih suka menghindari dar...
8 Tanda Wanita Subur Dari Dr Zubaidi Ahmad

8 Tanda Wanita Subur Dari Dr Zubaidi Ahmad

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 385 hits
Setiap wanita mempunyai impian untuk bergelar ibu Tahap kesuburan wanita penting untuk membantu proses kehamilan berjaya diiringi dengan kesuburan suami Ketahui 8 tanda tanda The post appeared first on
Jika Ada Tanda Tanda Ini Bermakna Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin

Jika Ada Tanda Tanda Ini Bermakna Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 402 hits
Jika ada tanda tanda Ini Bermakna Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Berkahwin adalah satu perkara yang sangat sensitif untuk dibincangkan buat sesetengah orang Adakah anda salah seorang daripada mereka Bagaimana anda tahu anda bersedia un...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

How Many More Journalists Must Die Rsf


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sbdj Siri 225 Penunggu Bilik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze