Farah Kena Buat Mri
11hb Jun yang lepas, Farah kena buat MRI kepala sebab Dr tengok rekod dia dalam buku dari dia kat rumah kanak-kanak di Johor ukur lilit kepala dia kecil & perkembangan dia slow..Lepas Farah di bawah jagaan k.fiezz & mr hubby dah berapa kali kitaorang bawa Farah check up, ukur lilit kepala dia statik..Kitaorang tengok secara kasar, elok je besor kepala dia tu ikut usia..Tapi bila sampai kat Klinik Kesihatan & Hospital, bila ambil ukur lilit kepala statik..Dr tak puas hati...So Dr suggest untuk buat MRI untuk tengok kalau ada apa2 abnormal dalam kepala yang menganggu perkembangan dia yang agak slow..Appointment dah buat masa bulan Januari yang lepas..
WARDED SEHARI DI HOSPITAL TUNKU AZIZAH, HKLSo 10hb Jun yang lepas kena menyerah diri kat HTA HKL ni untuk warded sehari sebelum prosedur MRI yang dah set pada 11hb Jun 2025.
K.fiezz yang jaga Farah di ward..Jaga Farah kat ward ni tak ada lah susah sangat pun cuma mata tak boleh berlekang lah dari dia sebab takut dia bosan..Kena pantau je..Memang bawa tab dia siap-siap..
Bila jaga anak kat wad ni, sis paling risau nak ke tandas je..Sebelum warded, k.fiezz dah call HTA HKL ni tanya bilik seorang tapi untuk kanak-kanak tak ada bilik yang seorang melainkan kena kuarantin je..Jadi nak tak nak #pasrah je lah sis dapat wad yang ramai-ramai..Bukan apa kalau dapat bilik seorang, boleh mr hubby jaga sekali..So senang bergilir-gilir nak ke tandas atau pi beli makan..
Eh sekali masa hari masuk wad, dapat bilik untuk 2 orang..Tandas pun kat dalam wad je..Fuhhhh legaaaa..Time Farah tidur, boleh lah lari kejap masuk ke tandas..Elok pula masa ni k.fiezz period jadi asyik nak ke tandas lah..Haha..Adeh..So Farah pulak time warded ni dia tak mau tidur siang..Jadi bila time k.fiezz nak masuk tandas, sis heret je si Farah ni sekali..haha..Perempuan sama perempuan..Lantakkan di situ..Lagipun anak...
Ni masa hari pertama ward..Kebetulan masa kitaorang masuk wad ni, time melawat..Mr hubby lepaksss kejap sampai pukul 2.00ptg (habis waktu melawat)..Melayan jap si Farah..
Dapat wad 2 katil
Alaaa sis touching masa Dr nak cucuk kat tangan dia untuk buat tapak letak jarum (masukkan ubat & air)..Dua kali Dr cuba buat..Kali pertama petang lepas masuk wad, yang masa ni k.fiezz ada sekali dalam bilik tolong tahan kaki dia..Ku tahan ayor mata masa dia menjerit Dr cucuk urat dia untuk letak jarum tapi tak berjaya nak buat sebab tak jumpa urat..Kali ke-2, esok paginya sebelum prosedur MRI..Dr tak bagi sis duk sekali dalam bilik..Dia suruh keluar..Menjerit-jerit dengar si Farah ni nangis..Dia ni pulak pantangggg orang sentuh badan dia terutama Dr/Jururawat..Trauma..
PROSEDUR MRI11hb pagi, prosedur MRI..Ikutkan sebelum tu staff kat MRI dah maklumkan last bagi susu pada Farah pukul 4pg..Lepas tu kena puasa & pastikan dia tak tidur..Sebab nak bagi dia betul-betul mengantuk time nak buat MRI..Jadi Dr tak masukkan banyak sangat ubat bius...Untuk buat MRI ni, kena pastikan Farah betul-betul tak bergerak masa ada dalam mesin MRI...Jadi kena bagi ubat bius..K.fiezz kena pastikan dia mengantuk..Tapi si Farah ni lepas minum susu pukul 4, sambung balik tidur..Dalam pukul 5, Dr kejut untuk buat lagi sekali tapak jarum kat tangan dia..Lepas dari tu dia tak tidur tapi sekejap je mampu bertahan..Pukul 6 dia zzzz..Adeh..So k.fiezz pun duk fikir, tak apa lah ada ubat bius sebelum prosedur.
Hmmmm tapi dari pukul 8 lebih Dr masukkan ubat bius sikit demi sikit sampai hat maksimum, si Farah ni mamai je..Tak tidur pun..Jenuh lah k.fiezz, nurse pok pok dodoikan dia nak suruh tidur tapi harammmm tak ada pun..Dia lawan...Masa last dose ubat bius Dr masukkan, Farah Zzz kejap tapi ubat ni tahan 20 minit saja..Kalau kata masa MRI, Farah sedor balik, Dr boleh tambah 1 je lagi dos..Prosedur MRI ni pulak biasanya ambil masa paling kejap 45 minit, paling lama 1 jam..Masa Farah Zzz kejap lepas last dose tu, diaorang cuba masukkan dalam mesin MRI tapi tak berjaya..Baru 1-2 minit, k.fiezz dengar suara dia dari dalam bilik MRI..Lepas tu ada seorang staff MRI jerit 'mama mama tak boleh lah, baby dah sedor'..Adeh..
Jadi prosedur MRI tak dapat buat sebab Farah immune ubat bius..
Elok sampai wad dia lenaaaa..haha..Dr bitau sebab pagi tadi dia dah banyak kena ubat bius jadi dia akan tidur sepanjang hari.
Lepas 2 jam, elok dia bangun..Mula-mula macam tak boleh sangat nak berdiri, lepas dalam sejam macam tu bukan main aktif dia berlari depan kaunter jururawat..haha
So petangnya Dr dah bagi keluar wad..Legaaa.
Meh nak share makanan yang dapat masa duk wad..Ni antara yang k.fiezz snap..Tak boleh nak pegang handphone sangat sebab si Farah nakkkkk..Berebut dengan dia..haha
Menu makan malam untuk mummy & Farah..
Menu minum petang untuk mummy & Farah..
So bila lagi nak buat MRI Farah ni sebab yang pertama tak berjaya..K.fiezz set hujung tahun depan..Tunggu lepas pengangkatan rasmi Farah yang kitaorang akan apply bulan 11 tahun depan (proses pengangkatan boleh dibuat selepas 2 tahun baby dalam jagaan)..Sebab nak tunggu pengangkatan ni? Farah boleh guna GL k.fiezz..Sekarang nak buat MRI ni kena bayor berK jugak..Tapi memandangkan yang pertama ni tak dapat buat, idak lah di caj..Cuma kena caj wad je (ratus jugak sebab status Farah bukan warganegara).
Tak apa ke lamaaaa lagi baru nak buat MRI ni?Insyaallah tak ada apa..Dr nasihatkan untuk pantau perkembangan Farah je dari semasa ke semasa apa yang patut dia tahu dan dah pandai buat ikut usia dia..Kalau okey je dalam masa setahun lebih ni, tak perlu pun buat MRI hujung tahun depan...Harapnya Farah membesar dengan sihat & okey sesuai dengan usia dia..Aamiin..
Pssst - Naluri seorang ibu yea, touching & tahan sebak masa Dr nak cucuk tangan dia untuk buat tapak jarum tu..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2025/06/Farah-Kena-Buat-MRI.html