Family Get Together Bbq Kambing Perap Dan Ayam Perap Farm Grill
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Family Get Together - BBQ Kambing Perap dan Ayam Perap Farm Grill. Sempena Negeri Sembilan telah memasuki fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) eeecewahhhh! kemahen hahahaaa... Family side Jiboi telah sepakat nak adakan majlis get together al-maklumlah dah lama tak berkumpul sambil membawang gitttewww... Mr. A telah bermurah hati nak sponsor kambing perap dan ayam perap Farm Grill cause ada agen terdiri dari kawan-kawan dia juga walaupun tak dapat harga kawan-kawan muahhahaaa....
Kejadian family get together tu adalah pada Saturday night 04092021. Aturcara majlis seperti biasa solat Maghrib di Jiboi dan buat juga tahlil arwah M.i.l. kemudian terus solat Isyak sekali. Unfortunately time tu biras N dan Mrs. A tak dapat turut sama berjemaah cecuti bendera merah
BBQ Kambing Perap dan Ayam Perap Farm Grill.
Sebelah petang dah mula bakar-bakar semestinyalah tugas Along 😀 anak Mrs. A yang sulung
Dalam satu bekas cenggini ada 3 ke 4 slice
Yang ni Mrs. A terlupa nak makan dah kekenyangan
Ayam perap FarmGrill ni sizenya besar-besar
Ini aje gambar makan-makan yang elok sikit huhuhuuu... dah kenyang makan BBQ Mrs. A sambung makan steambot
Selain daripada BBQ kambing perap dan ayam perap ada jugak menu steamboat ala-ala Johnny's 😋😋.
Tak pastilah namanya apa fruit custard ke truffle ke hahhaaa... Ini b.i.l (sulung) yang bawa a.k.a Papa
Family get together malam tu tak cukup corum, family Ateh tak dapat join depa balik Port Dickson. Lagi seorang yang tak dapat join adalah Banglong S (nephew) dia kerja time tu tak sempat balik. Suasana terasa sedikit kehilangan tanpa kehadiran arwah m.i.l 😔😢. F.i.l pun dah tak banyak bercakap macam dulu-dulu. Lebih banyak bersedih mengimbau kenangan lalu. Kami cuma mampu berdoa agar sedihnya terus berkurang seiring waktu berlalu.
Subhanallah Alhamdulillah semoga silarturrahim terus terjalin hingga ke Jannah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2021/09/family-get-together-bbq-kambing-perap-farmGrill.html