Fam Rangkul Afc President S Recognition Award For Grassroots Football
FAM Rangkul AFC President’s Recognition Award for Grassroots Football (Silver)
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencipta sejarah apabila merangkul AFC President’s Recognition Award for Grassroots Football (Silver) di AFC Awards 2025 di Riyadh, pagi tadi.
Pengumuman itu dimaklumkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sendiri menerusi satu muat naik hantaran di platform X.
Sementara itu, Malaysian Football League turut berkongsi khabar gembira di laman Facebook rasmi.
MFL dalam kenyataan itu menyifatkan kemenangan FAM ini adalah satu pengiktirafan membuktikan usaha berterusan persatuan itu dalam membangunkan bola sepak tanah air.
“Pengiktirafan ini membuktikan usaha berterusan FAM dalam membangunkan bola sepak di peringkat akar umbi, tempat lahirnya bakat-bakat masa depan negara.
“Teruskan usaha murni ini, demi masa depan bola sepak Malaysia yang lebih gemilang,” kata MFL dalam kenyataan itu.
Dalam perkembangan lain, anugerah Pemain Terbaik AFC 2025 dimenangi oleh Salem Al-Dawsari pemain dari kelab Al-Hilal (Arab Saudi).
Al Dawsari mengungguli anugerah utama termasuk mengetepikan dua calon lain, Arif Aiman (Malaysia) dan Akram Afif (Qatar).
Ia susulan prestasinya yang cemerlang bersama kelab dari Arab Saudi, Al Hilal.
Pada musim lalu, pemain berusia 34 tahun itu menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak AFC Champions League Elite, membantu pasukannya mara ke peringkat separuh akhir, selain menjadi tonggak utama ketika Al Hilal melangkah ke suku akhir Piala Dunia Kelab FIFA.
Di peringkat domestik, Al Dawsari turut mencipta sejarah apabila menjadi pemberi bantuan gol (assist) terbanyak sepanjang masa dalam liga, malah menyumbang 15 gol buat kelabnya.
Anugerah ini merupakan yang kedua peribadi buatnya apabila pernah merangkul anugerah yang sama pada tahun 2022.
Ia sekaligus menjadikan Al-Dawsari satu-satunya pemain Arab Saudi yang berjaya mengulangi pencapaian itu.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya.
“Pencapaian ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada cita-cita yang lebih besar.
“Saya akan terus berusaha untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa,” katanya ketika menerima anugerah tersebut.
Sumber: AFC
BACA: Pempengaruh Media Sosial, Rambo Castello Meninggal Dunia
BACA: Salem Al-Dawsari Dinobat Pemain Terbaik AFC 2025
The post FAM Rangkul AFC President’s Recognition Award for Grassroots Football (Silver) appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/10/17/fam-rangkul-afc-presidents-recognition-award-for-grassroots-football-silver/