Fam Menafikan Harimau Malaya Dipergunakan Dan Ianya Sebahagian Daripada Perniagaan Harap Penyokong Banjiri Stadium


FAM menafikan Harimau Malaya dipergunakan dan ianya sebahagian daripada perniagaan, harap penyokong banjiri stadium 
Skuad Harimau Malaya menjalani latihan akhir sebelum beraksi pada Piala AirMarine. Foto: Bernama
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menepis dakwaan kononnya skuad Harimau Malaya dieksploitasi untuk meraih keuntungan pada kejohanan Piala Airmarine 2019 yang akan membuka tirainya pada Rabu di Stadium Nasional Bukit Jalil

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan hari ini berkata skuad bola sepak negara adalah produk utama badan induk yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus tadbir sukan itu

Baca: SIARAN LANGSUNG PIALA AIRMARINE 2019: MALAYSIA VS SINGAPURA
Katanya, dari sudut pemasaran dan komersial FAM perlu memaksimumkan nilai pasukan untuk menjana pendapatan selain mencari sumber kewangan untuk disalurkan semula ke dalam bentuk pembangunan skuad negara melibatkan pelbagai peringkat umur

“Sebagai badan induk yang berdepan masalah kewangan terhad, FAM mengalu-alukan tawaran pihak ketiga seperti ProEvents menganjurkan kejohanan sebegini. Mereka (ProEvents) sebagai promoter kejohanan telah mengambil risiko dengan mencari sumber tajaan sendiri dan menanggung kos operasi penganjuran membawa masuk tiga negara ke Kuala Lumpur

“Harga jualan tiket yang telah ditetapkan itu adalah bagi menampung kos-kos yang berkaitan. Sebelum ProEvents meraih apa-apa keuntungan, mereka perlu menampung terlebih dahulu kos yang telah dibelanjakan bagi menjayakan kejohanan ini,” katanya seperti dipetik dalam kenyataan itu

Terdahulu, Ultras Malaya yang merupakan kumpulan penyokong setia skuad kebangsaan menerusi akaun Twitter mereka hari ini menyatakan pendirian untuk memboikot kejohanan itu selepas mendakwa harga tiket yang ditetapkan berjumlah RM35 sebagai memenuhi kantung pihak-pihak tertentu

Mengulas lanjut, Stuart berkata FAM menerima RM300,000 daripada ProEvents sebagai yuran penganjuran dan ia akan digunakan untuk membiayai kos operasi dan bonus pasukan sebelum disalurkan kepada pihak pengurusan pasukan-pasukan kebangsaan di bawah FAM

Justeru, Stuart menggesa penyokong bola sepak tanah air hadir ke stadium bagi memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad kebangsaan yang menjadikan kejohanan itu sebagai medan meraih seberapa banyak pendedahan dan mata untuk memperbaiki ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)

“FAM menerima tawaran ProEvents untuk menganjurkan kejohanan ini dengan harapan Harimau Malaya mencatat keputusan baik demi memastikan pasukan negara tergolong dalam kelompok 34 negara teratas di Asia bagi mengelak ‘play-off' untuk kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023

"Atas semangat ini, FAM tetap berharap supaya semua penyokong Harimau Malaya hadir memberikan sokongan kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe. Sokongan anda diperlukan dalam membantu pemain menjiwai misi yang boleh mencerahkan harapan pasukan kebangsaan,” kata beliau

Malaysia akan memulakan kempen Piala Airmarine 2019 berdepan Singapura pada aksi separuh akhir manakala satu lagi aksi menyaksikan Oman menentang Afghanistan. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2019/03/fam-menafikan-harimau-malaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Airmarine Faris Ramli Hampakan Skuad Harimau Malaya Bawa Singapura Ke Final

Piala Airmarine Faris Ramli Hampakan Skuad Harimau Malaya Bawa Singapura Ke Final

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 219 hits
Jaringan tunggal Muhammad Faris Ramli pada lewat permainan sudah cukup untuk membantu Singapura mengecewakan skuad negara selepas menang 1 0 pada aksi separuh akhir Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi Singapur...
Harimau Malaya Bakal Dirombak

Harimau Malaya Bakal Dirombak

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 163 hits
PENGENDALI Harimau Malaya Tan Cheng Hoe dijangka membuat rombakan dalam kesebelasan utama pasukan bagi memastikan kemenangan memihak tuan rumah menjelang aksi menentang Afghanistan dalam Piala Airmarine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil ...
Harimau Malaya Mungkin Pupus Lima Ke 10 Tahun Lagi

Harimau Malaya Mungkin Pupus Lima Ke 10 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR Spesies Harimau Malaya kemungkinan akan pupus dalam tempoh lima ke 10 tahun lagi sekiranya tiada tindakan drastik dilakukan bagi melindungi haiwan itu kata Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar Beliau berkata po...
Cheng Hoe Seru Penyokong Skuad Negara Penuhi Stadium

Cheng Hoe Seru Penyokong Skuad Negara Penuhi Stadium

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 219 hits
Cheng Hoe seru penyokong skuad negara penuhi stadiumKETUA jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe menyeru penyokong tempatan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan pada Kejohanan Bola...
Penyokong Kelantan Harap Piya Barakan Semula Era Kegemilangan Trw

Penyokong Kelantan Harap Piya Barakan Semula Era Kegemilangan Trw

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 226 hits
PENYOKONG Kelantan menaruh harapan tinggi kepada Mohd Badhri Mohd Radzi atau dikenali Piya untuk membawa impak yang lebih besar kepada The Red Warriros pada saingan Liga Malaysia musim ini Presiden Kelab The Red Warriors Klia
Kelayakan Piala Afc U23 Harimau Malaya Baham Filipina

Kelayakan Piala Afc U23 Harimau Malaya Baham Filipina

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 261 hits
SHAH ALAM Skuad kendalian Ong Kim Swee yang diperkuat dengan gabungan bekas pemain daripada Piala AFF Suzuki telah berjaya mengalahkan Pasukan Filipina di tempat sendiri Harimau Malaya berjaya menjaringkan 3 gol berbalas 0 dan 2 daripada go...
Lupakan Piala Airmarine Dua Misi Penting Sedang Menanti Skuad Harimau Malaya

Lupakan Piala Airmarine Dua Misi Penting Sedang Menanti Skuad Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 234 hits
Kejayaan menamatkan saingan di tempat ketiga kejohanan Piala Airmarine selepas menewaskan Afghanistan 2 1 sebentar tadi memberikan semangat tambahan kepada Tan Cheng Hoe untuk mempersiapkan pasukan menghadapi dua misi yang lebih penting sel...
Kecil Kecil Cili Api Faiz Sedia Terus Sarung Jersi Harimau Malaya

Kecil Kecil Cili Api Faiz Sedia Terus Sarung Jersi Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 253 hits
Kecil kecil cili api Faiz Faiz ketika aksi bersama Selangor menentang Felda baru baru ini PEMAIN Selangor Mohd Faiz Mohd Nasir bersedia untuk terus menyarung jersi skuad Harimau Malaya sekiranya dipanggil pada masa hadapan Bertubuh kecil de...
Harimau Malaya Boleh Buat Kejutan Bertemu China

Harimau Malaya Boleh Buat Kejutan Bertemu China

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 261 hits
Harimau Malaya boleh buat kejutan bertemu ChinaKIM SWEEKetua jurulatih skuad Bawah 23 negara Datuk Ong Kim Swee percaya anak anak buahnya berpotensi untuk memberi kejutan ketika bertemu China pada perlawanan akhir Kumpulan J pusingan kelaya...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis