Fakulti Perubatan Di Malaysia Perlu Ada Ilmu Tangani Krisis




Semua fakulti perubatan di Malaysia disaran untuk laksanakan pembelajaran berkaitan perubatan krisis bagi kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Ketua Kluster Kesihatan dan Perubatan, Akademi Profesor Malaysia, Profesor Dr. Adlina Suleiman menegaskan, bahawa ia bagi memberi pendedahan kepada graduan fakulti perubatan terutama dalam situasi genting seperti diduga dengan pandemik COVID-19.
“Selepas ini, graduan fakulti perubatan ini perlu lebih menerapkan kerja lapangan dan simulasi supaya mereka akan faham, kalau masa bencana ini, inilah yang perlu dilakukan.
“Di Malaysia ini, kita sentiasa menganggap bahawa kita sentiasa jauh daripada bencana terutama sekali bencana seperti gempa bumi, ribut dan puting beliung.
“Kita rasa kita tidak kena padahal kita sendiri pun tidak bersedia untuk itu. Sebaliknya kita hanya bersedia untuk banjir.
“Tetapi apabila berlaku sesuatu bencana besar seperti gempa bumi contohnya, itu kita dah kelam-kabut sikit. Jadi sekarang ini kita lagi kelam kabut dengan wabak ini kerana kita memang tidak bersedia,” jelas Dr. Adlina.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Adlina ketika dihubungi Astro AWANI pada malam Rabu turut menyarankan agar kesemua penuntut universiti seharusnya meningkatkan pengetahuan bukan sahaja dari segi kesiapsiagaan bencana malah tanggungjawab sosial.
Katanya, dengan inisiatif tersebut, ia dapat mengimbangkan negara dalam menyesuaikan kesemua pihak untuk bertindak dan tidak hantar mengharapkan kepada pihak berkuasa semata-mata.
“Saya juga berpendapat bahawa kita patut meningkatkan pengetahuan dari kesiapsiagaan bencana, dan tanggungjawab sosial atau ‘social responsibilities’ semasa bencana kepada semua fakulti.
“Kesiapsiagaan ini bukan hanya tertakluk kepada fakulti perubatan tetapi kesemua fakulti.
“Ia supaya semasa bencana, secara spontan mereka boleh tahu apa yang perlu dilakukan semasa bencana ini.
“Mereka juga boleh jadi sukarelawan bagi membantu apa-apa yang diperlukan sebagai contoh membuat peralatan perlindungan diri (PPE), mengagih makanan, dan juga mengendalikan pusat kuarantin.
Tambah Dr. Adlina lagi, ini bagi memudahkan lagi kesemua lapisan masyarakat dapat memberikan bantuan mengikut bidang masing-masing.
“Dengan cara ini, contoh lain adalah bagi pelajar yang mengambil jurusan pengajian media, mereka juga boleh mengetahui bagaimana untuk bertindak sebagai contoh memperolehi maklumat yang mungkin tidak sahih, pastinya mereka ini tahu apa yang perlu dilakukan,” jelas beliau lagi,
Demikian itu, Dr. Adlina menjelaskan bahawa bagi melaksanakan kesiapsiagaan bencana ini, adalah pentingnya untuk kesemua pihak berbincang dan tubuhkan satu jawatankuasa khusus.
“Untuk bencana ni kita kena sama-sama duduk berbincang kena ada satu jawatankuasa pelaksanaan khusus kesiapsiagaan bencana dan tanggungjawab sosial.
“Pelaksanaan ini kalau boleh kita bentuk daripada akar umbi, budak kecil pun tidak apa sebagai contoh darjah satu.
“Ini supaya setiap peringkat umur boleh menjangkakan dan tidak terpinga-pinga seperti sekarang ini tentang mengapa mereka perlu dikuarantin dan sebagainya,” cadang Dr. Adlina lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/23/fakulti-perubatan-di-malaysia-perlu-ada-ilmu-tangani-krisis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=fakulti-perubatan-di-malaysia-perlu-ada-ilmu-tangani-krisis

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Covid 19 Rakyat Luar Cemburu Dengan Rakyat Malaysia Disebabkan Ini

Krisis Covid 19 Rakyat Luar Cemburu Dengan Rakyat Malaysia Disebabkan Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 563 hits
Foto FacebookNegara luar yang ada sistem perubatan paling canggih No 1 di dunia pun tidak dapat berikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang dilakukan oleh Malaysia Ini perkongsian Firdaus Mohd Kat US dan ITALI apabila disahkan positif Co...
Islam Dan Ilmu Perubatan 10191

Islam Dan Ilmu Perubatan 10191

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 242 hits
Word Quarantine Was First Created By A Muslim ScientistBY Are you aware of the fact that the Muslim scientist Abu Ali al Husayn ibn Sina had first coined the term Quarantine in his work In the west he is well known with the name of Avicenna...
Awasi Pemulangan Tki Asal Malaysia Bea Cukai Tangani Barang Bawaan Dengan Hati Hati

Awasi Pemulangan Tki Asal Malaysia Bea Cukai Tangani Barang Bawaan Dengan Hati Hati

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 179 hits
Bea Cukai Kualanamu beserta seluruh instansi terlibat dalam Tim Gugus Tugas Percepatan Penanganan Covid 19 Sumut melakukan pengawasan dan pelayanan mulai dari pemeriksaan kesehatan terhadap para TKI pemeriksaan di Imigrasi hingga pemeriksaa...
Warganet Indonesia Puji Cara Malaysia Tangani Covid 19

Warganet Indonesia Puji Cara Malaysia Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 262 hits
JAKARTA 15 April Warganet di Indonesia memuji tindakan kerajaan Malaysia membantu rakyat yang terjejas pendapatan mereka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan virus COVID 19 Kebanyakan mereka kagum dengan b...
Kkm Alu Alukan Kerjasama Pengamal Perubatan Swasta Tangani Covid 19

Kkm Alu Alukan Kerjasama Pengamal Perubatan Swasta Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 178 hits
AdhamKUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia mengalu alukan penyertaan dan kerjasama pengamal perubatan swasta untuk membantu memberikan perkhidmatan kesihatan dalam usaha menangani dan membendung penularan wabak Covid 19 Menteri Kesiha...
Ex Miss World Malaysia Dr Nisha Now A Covid 19 Frontliner I Have Been Working Day Night Treating The Sick

Ex Miss World Malaysia Dr Nisha Now A Covid 19 Frontliner I Have Been Working Day Night Treating The Sick

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 457 hits
KUALA LUMPUR Miss World Malaysia 2019 Dr Nisha Thayananthan is at the forefront of the battle against the deadly Covid 19 coronavirus The medical practitioner is working tirelessly at the Putrajaya Hospital treating patients of the respirat...
Covid19 Kerajaan Malaysia Kawal Ketat Disempadan

Covid19 Kerajaan Malaysia Kawal Ketat Disempadan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 347 hits
COVID19 KERAJAAN MALAYSIA KAWAL KETAT DISEMPADAN NEGARA BAGI MENGHALANG PEREBAKAN COVID19 YANG DATANG DARI LUAR NEGARA Kerajaan sentiasa bersiap siaga dan komited mengawal sempadan negara dan melawan COVID19 KitaMestiMenang StaySafeStayHome...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian