Faktor Faktor Bayi Songsang Dalam Kandungan Antaranya Kehamilan Pertama Ini Kaedah Selamat Untuk Bersalin


Apa yang akan berlaku jika kedudukan bayi songsang ketika menghampiri tarikh jangkaan bersalin? Bolehkan melahirkan anak secara normal? Ayuh teruskan membaca perkongsian ini untuk pemahaman lebih lanjut mengenai kehamilan songsang dan cara mengatasinya.


Bayi songsang?
Sepanjang tempoh kehamilan, terdapat ruang di dalam rahim yang mencukupi untuk bayi (janin) mengubah kedudukan.
Pada fasa awal mengandung, bayi akan berbaring secara songsang, iaitu kepala di atas dan kaki ke bawah.
Manakala menjelang minggu ke 36 hingga 37 kehamilan, kebanyakan bayi akan berubah posisi menjadikan bahagian kepala ke bawah. Ini adalah kedudukan normal dan paling selamat untuk proses kelahiran.
Pun begitu, dianggarkan 4 daripada 100 kelahiran, yang mana bayi tidak berubah posisi secara semula jadi.
Sebaliknya kedudukan bayi songsang dan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.
3 kedudukan bayi songsang
Bayi dalam kandungan yang songsang boleh berada pada salah satu kedudukan berikut:
Songsang rentang
Dikenali sebagai Frank breech, ia merupakan kedudukan di mana punggung si manja berada pada pintu rahim dan akan keluar terlebih dahulu semasa dilahirkan. Kaki akan diluruskan di hadapan badan dan telapak kaki berada hampir dengan kepala. Posisi si manja dalam kandungan yang songsang ini dikatakan situasi paling biasa terjadi.
Kedudukan bayi songsang fleksi
Dikenali dengan nama complete breech – adalah kedudukan di mana punggung berada hampir dengan saluran kelahiran. Manakala kaki pula dalam keadaan terlipat (bent) pada lutut. Telapak kaki berada dekat dengan punggung.
Songsang footling
Nama lainnya adalah footling breech di mana satu kaki terlipat pada lutut dan sebelah yang lain lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah. Jika si manja berada posisi ini, kaki akan keluar terlebih dahulu semasa proses bersalin.
Punca kedudukan bayi songsang dan tanda
Selalunya tiada sebab jelas mengapa bayi tidak memusingkan kedudukan badannya. Walau bagaimanapun, dikatakan terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan bayi lebih sukar berpusing atau mengubah kedudukan semasa kehamilan.
Ia sekali gus menjadi punca mengapa si manja cenderung kekal pada kedudukan songsang.
Antara faktor-faktor yang mendasari adalah seperti:
Merupakan kehamilan pertama Kedudukan plasenta berada pada posisi rendah atau dikenali sebagai plasenta previa, plasenta accreta dan vasa previa Mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit cecair ketuban (amniotik) di sekeliling bayi Sedang hamilkan lebih daripada seorang bayi atau kehamilan berganda Dalam kes yang sangat jarang untuk terjadi, kedudukan songsang boleh menjadi petanda wujudnya permasalahan pada si manja. Jika ini adalah situasi anda alami, ia boleh dikesan pada sesi imbasan ultrabunyi bayi yang dilakukan pada sekitar minggu ke 20 kehamilan.
Petanda anak berada dalam posisi songsang
Berkemungkinan besar, anda mungkin tidak dapat menentukan sama ada kedudukan bayi songsang atau tidak.
Tetapi jika anda sedang hamil minggu ke 36 atau lebih dan berasakan kepala bayi terangkat pada bahagian perut mahupun tendangan manja daripada si kecil dirasakan di abdomon bawah, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.

Diagnosis & rawatan
Semasa pemeriksaan rutin pranatal pada akhir kehamilan, doktor akan menyentuh bahagian perut atas dan bawah.
Mereka juga mungkin akan melakukan imbasan ultrabunyi janin untuk menentukan sama ada si manja berada dalam kedudukan songsang atau tidak.
Rawatan untuk kedudukan bayi songsang
Ada ketikanya doktor boleh bantu mengubah posisi bayi daripada songsang kepada kedudukan normal menggunakan prosedur yang dinamakan versi kefalik luaran (external cephalic version, ECV).
Jika posisi bayi dapat diubah di mana kepala berada di bawah sebelum bersalin, anda berkemungkinan besar boleh meneruskan proses kelahiran secara normal.kedudukan bayi songsang
Tidak dinafikan jika kehamilan songsang ini tidak berjaya diperbetulkan, anda akan berasa kecewa dan bimbang.
Pun begitu, anda harus mengetahui kebanyakan kehamilan melibatkan bayi dengan posisi songsang adalah selamat dan tidak berdepan sebarang masalah selepas dilahirkan.
Pilihan kelahiran selamat jika kedudukan bayi songsang
Dalam kebanyakan kes melibatkan kehamilan bayi songsang, kelahiran czer yang dirancang adalah jalan paling selamat.
Jika bayi dalam kandungan kekal berada dalam posisi songsang ketika menghampiri tarikh jangkaan bersalin (EDD), doktor akan menjadualkan pembedahan caesarean.
Bagi kes melibatkan kehamilan songsang yang jarang berlaku, pembedahan caesar mungkin tidak digalakkan atau sukar dilakukan.
Sebagai contoh, jika proses kelahiran songsang berlaku terlalu cepat, kelahiran secara normal atau faraj, mungkin satu-satunya pilihan selamat.
Bagi kehamilan kembar, di mana seorang anak menghadap ke bawah iaitu posisi normal bersalin, manakala kembar kedua songsang, sebaiknya kedua-duanya dilahirkan melalui faraj.
Tidak kira apa pun kedudukan bayi, ibu yang mengandung harus mengetahui bahawa setiap proses kelahiran adalah unik.
Sekiranya terdapat kebimbangan atau keraguan, lakukan rundingan bersama doktor untuk lebih kepastian, okay?
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Faktor-Faktor Bayi Songsang Dalam Kandungan Antaranya Kehamilan Pertama, Ini Kaedah Selamat Untuk Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/faktor-faktor-bayi-songsang-dalam-kandungan-antaranya-kehamilan-pertama-ini-kaedah-selamat-untuk-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Satu Keluarga Positif Covid 19 Siti Sarah Risaukan Bayi Dalam Kandungan

Hiburan Satu Keluarga Positif Covid 19 Siti Sarah Risaukan Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 285 hits
Berderau darah itulah perasaan yang dapat diungkapkan penyanyi dan juga usahawan Siti Sarah apabila pembantu rumahnya telah disahkan positif wabak COVID 19 semalam BACA AdvertisementSehubungan dengan itu Siti Sarah suami Shuib Sepahtu dan t...
Wanita Dipukul Suami Dah Separuh Sedar Bayi Sulung Dalam Kandungan Sihat

Wanita Dipukul Suami Dah Separuh Sedar Bayi Sulung Dalam Kandungan Sihat

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 492 hits
Wanita yang terlantar koma disyaki akibat dipukul suaminya dalam kejadian pada Mei lalu dilaporkan sudah mula menunjukkan perkembangan positif Menerusi laporan Harian Metro Fazariah Nordin berkata bagaimanapun mangsa yang juga kakaknya Jahi...
Pertama Kali Nak Bersalin Elakkan Bawa Terlalu Banyak Baju Ibu Anak Akan Menyusahkan Nanti

Pertama Kali Nak Bersalin Elakkan Bawa Terlalu Banyak Baju Ibu Anak Akan Menyusahkan Nanti

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 365 hits
Apakah persediaan bersalin di hospital yang perlu bakal ibu ketahui Selain beg hospital adakah terdapat borang pra pendaftaran hospital yang perlu diisi Persediaan bersalin di hospital Sebelum kita mengetahui apakah keperluan beg hospital y...
Jenazah Bayi 38 Minggu Positif Covid 19 Selamat Dikebumikan

Jenazah Bayi 38 Minggu Positif Covid 19 Selamat Dikebumikan

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berkongsi kisah tentang pengebumian jenazah COVID 19 termuda Menurut ciapan Twitter agensi agama itu jenazah tersebut merupakan bayi lelaki berusia 38 minggu yang telah selamat dikebumi
Wanita Selamat Bersalin Dalam Kereta Dibantu Pegawai Bomba

Wanita Selamat Bersalin Dalam Kereta Dibantu Pegawai Bomba

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 258 hits
Wanita selamat bersalin dalam kereta dibantu pegawai bomba Seorang wanita melalui detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi dalam kereta dibantu pegawai bomba di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat di Shah Alam Selangor semalam Kejadi...
Husband Selesai Terima Dos Pertama Vaksin Sinovac Di Ppv Miecc Mines

Husband Selesai Terima Dos Pertama Vaksin Sinovac Di Ppv Miecc Mines

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 429 hits
HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES Alhamdulillah selesai vaksin pertama suamiku Beliau terima tarikh vaksin agak mengejut juga Dua hari sebelum tarikh pemberian vaksin Okay jugaklah sebenarnya masih ada mas...
Kesan Vaksin Sinovac Selepas Dicucuk Dos Pertama

Kesan Vaksin Sinovac Selepas Dicucuk Dos Pertama

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 660 hits
Kesan Vaksin Sinovac Selepas Dicucuk Dos Pertama Alhamdulillah aku selamat dicucuk vaksin Sinovac dos pertama pada 14 Julai 2021 yang lepas bertempat di KL Convention Centre Kuala Lumpur Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah pun mendap...
7 7 21 Dos Vaksin 19 Pfizer Biontech Pertama Yang Memeritkan Saya Sebagai Ibu Mengandung

7 7 21 Dos Vaksin 19 Pfizer Biontech Pertama Yang Memeritkan Saya Sebagai Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 378 hits
Allhamdulillah Salam Julai salam sayang buat semua pembaca yang masih sudi ke blog sheilainspire com Dah lama tak menulis Tersangat sibuk Walaupun BDR memang sibuk berganda dari kerja di ofis Pagi bila dah buka je latop sampai ke malam Apa ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord