Fakta Lamb Vs Mutton
Assalamualaikum...
Hi korang..
Jom kita belajar skit fakta tentang lamb vs mutton ni...confuse kadang- kadang sebab ada yang sebut lamb, ada yang sebut mutton..padahal benda sama je kambing kan...ada beza rupanya ye...SA scroll kat FB dan terbaca..eh..bagus ni share kat blog...ilmu kalau dapt jangan di simpan...baik di share sama- sama..sharing is loving kan...mana la tau anak- anak cucu kita duk bertanya nanti..boleh jer jawab kan...jangan nanti kita ternganga plak tak tau nak jawab apa..

Apa perbezaan LAMB dan MUTTON
Lamb dan mutton adalah daging bebiri (sheep, bukan daging kambing (goat) kebiasaan anggapan kita di Malaysia.
Lumrah kita hanya tahu makan tanpa tahu menilai. Sate kambing, sup kambing, bariani kambing, kari kambing dan kambing perap dianggap daging kambing sedangkan kebanyakannya adalah daging bebiri (sheep).
Kambing dan bebiri berbeza spesis. Tabiat semulajadi kambing makan pucuk dan dedaun sementara bebiri makan rumput.
Negara kita import beratus juta ringgit setahun daging 'kambing' (bebiri frozen) dari Australia atau New Zealand. Kita rugi tukaran matawang asing dan menyerahkan keuntungan besar pada penternak luar.
Lamb adalah bebiri yang berumur setahun ke bawah sementara daging mutton adalah bebiri berusia setahun ke atas.
Untuk menu seperti lamb chop, grill atau nasi Arab daging lamb pilihan sesuai. Untuk masakan kari, bariani kurma atau rendang daging mutton lebih sesuai.
Harga lamb lebih mahal dari mutton kerana daging lamb lebih muda, lembut dan kurang lemak.
Jika saudara menghadiri majlis perkahwinan atau ke restoran Arab usah ditanya tukang masak daging kambing atau bebiri kerana mereka sama macam kita anggap semuanya adalah daging kambing!
Haaa gittuw...
SA mana nak tanya- tanya orang tu lamb ke mutton ke...goat ke apa ke..SA tau beli or order je...lama plak x makan lamb chop ha...sape nak belanja?
Kredit : owner FB
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2024/01/fakta-lamb-vs-mutton.html