Faizal Sebagai Kawan Tak Harus Cakap Seperti Lawan Kata Lim


BERITA

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kenyataan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang mendakwa berseorangan dalam menentang DAP sebagai sukar untuk diterima.

Lim berkata ini kerana apa yang didakwa Faizal terhadap DAP bukan sahaja tidak benar tetapi sama sekali tidak berasas.

Kata Lim, sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan (PH) Faizal tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan seperti pihak lawan yang boleh menjejaskan gabungan itu.

"Apa yang dinyatakan itu memang sesuatu yang sukar untuk diterima kerana ia bukan sahaja tidak benar tetapi tidak berasas dan kenyataan yang tidak berasas itu akan menggegarkan PH.

"Khususnya yang datang dari kawan dan tidak seharusnya seorang kawan cakap seperti lawan," kata Lim kepada pemberita selepas majlis pembukaan Taman Tema Escape di Pulau Piang, hari ini.

Bagaimanapun tambah Lim, sepanjang mengenali Faizal beliau menyifatkan wakil rakyat dari parti Bersatu itu sebagai seorang yang terbuka.

"Saya kerap berjumpa dengan menteri besar Perak dan beliau selalu terbuka dan tidak pernah membuat aduan seperti yang disebutkan tadi maka dalam beberapa kes yang berlaku beliau selalu mempunyai semangat PH," katanya.
Faizal semalam mengundang kontroversi apabila rakaman video beliau mendakwa berseorangan melawan DAP demi mempertahankan tanah orang Melayu dan Islam tular.

Kejadian itu berlaku ketika beliau berbual-bual dengan penduduk tempatan ketika berkempen untuk calon PH di PRK Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

"Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini.

"Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita," katanya.

Dalam rakaman itu, Faizal juga bercakap mengenai hubungan mesranya dengan rakan-rakan dalam Umno.

Bagaimanapun beliau kemudian mendakwa kenyataannya itu diambil di luar konteks.

'Jangan terperangkap naratif pembangkang'

Mengulas lanjut, Lim yang juga menteri kewangan menasihatkan Faizal supaya tampil memberi penjelasan berhubung duduk perkara sebenar.

"Sekarang beliau harus mengambil langkah dan usaha untuk menebus balik apa yang berlaku supaya dapat memulihkan kesetiakawanan dalam kalangan PH. Supaya tidak akan menjejaskan kestabilan dan juga perpaduan terutamanya dalam kerajaan negeri Perak.

"Dan sekiranya apa yang dicakap itu telah disunting untuk tujuan tertentu maka lebih baik beliau berikan satu penjelasan ," katanya.

Lim berkata sekiranya percakapan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu telah disunting, PH seharusnya tidak terperangkap dengan naratif palsu itu.

"PH mewakili semua rakyat dan jangan kita terjerumus dalam naratif pembangkang di mana dalam kalangan orang Cina saya pula disebut sebagai boneka Tun Dr Mahathir dan di kalangan orang Melayu juga serupa "oh tak guna semua boneka dan kuda tunggangan DAP" dan saya rasa itulah cubaan untuk pecah belahkan kita.

"Jangan kita terjerumus dan terperangkp dalam naratif palsu ini," tegasnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/faizal-sebagai-kawan-tak-harus-cakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Psikolog Orang Berkepribadian Seperti Ini Paling Mudah Jatuh Cinta

Kata Psikolog Orang Berkepribadian Seperti Ini Paling Mudah Jatuh Cinta

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 318 hits
Menurut psikolog orang yang cenderung berpikiran positif juga cenderung lebih mudah jatuh cinta
Zuraida Cakap Tak Serupa Bikin Siapa Yang Harus Move On Sebenarnya

Zuraida Cakap Tak Serupa Bikin Siapa Yang Harus Move On Sebenarnya

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 427 hits
Ketua Wanita PH Zuraida Kamaruddin berkata gabungan itu tidak perlu lagi menyentuh atau membincangkan mengenai isu peralihan kuasa Perdana Menteri ke 8 Menurut Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini kerana sudah tiba ...
Bpip Pancasila Harus Terus Ditanamkan Sebagai Ideologi Bangsa

Bpip Pancasila Harus Terus Ditanamkan Sebagai Ideologi Bangsa

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 273 hits
Penguatan pemahaman Pancasila sebagai ideologi bangsa menjadi solusi merawat keberagaman menjadi satu kekuatan Untuk itu Pancasila harus disosialisasikan secara terus menerus
Isu Mb Perak Tak Patut Ada Dwistandard Tangani Isu Dalaman Ph Kata Lim

Isu Mb Perak Tak Patut Ada Dwistandard Tangani Isu Dalaman Ph Kata Lim

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 511 hits
Tidak sepatutnya ada dwistandard dalam menangani isu dalaman Pakatan Harapan kata Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Perak Bersatu Ahmad Faizal Azumu mengenai DAP dan menteri kabinet Lim menjawab soalan...
Tukar Vernakular Jadi Kebangsaan Saya Belum Kalah Lagi Kata Peguam Kepada Masyarakat Cina

Tukar Vernakular Jadi Kebangsaan Saya Belum Kalah Lagi Kata Peguam Kepada Masyarakat Cina

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 575 hits
SEMASA Peguam Putra Buzze Azam ataupun nama sebenarnya Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz meluahkan kekesalannya ke atas media cina berikutan kegagalan mencabar kewujudan Sekolah Aliran Vernakular adalah bercanggahan dengan perlembagaan negar...
Easy Beef Liver Recipe Goan Style

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah

Countdown Hotspots In Klang Valley

Isu Kesihatan Lelaki Di Malaysia Mengapa Lelaki Hidup Lebih Singkat Dan Apa Puncanya

What Could Be The Best New Year Message Ever

Dpsp Upsi Ambilan Mac 2026

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nasi Lemak Malam

Takbir Untuk Mas Ermieyati

Kepentingan Buku Program Dalam Majlis Pelancaran Seminar

Top Komen December

Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Hebat Antara Selangor Fc Dan Sabah Fa

Tantangan Laut Protes Besar Besaran Di Pesisir Syria