Faisal Halim Kesal Lepas Peluang Jaring Gol Lawan Bahrain
Faisal Halim ketika bertemu pengamal media dari Malaysia sempena Piala Asia 2023.
.
( 📸 ©BERNAMA)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Faisal menggesa Harimau Malaya untuk menentang pengkritik dan mengaum kembali
KEKALAHAN saat-saat akhir kepada Bahrain memberi kesan yang besar kepada skuad Harimau Malaya dengan pemain sayap sensasi Mohamad Faisal Abdul Halim mempunyai sebab tersendiri sukar untuk melupakan perlawanan itu.
Faisal berkata, pada aksi kedua Kumpulan E di Stadium Jassim bin Hamad itu beliau memiliki satu peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama yang mungkin mampu mengubah keputusan akhir perlawanan.
"Setiap perlawanan saya nak jaringkan gol. (Semasa) lawan Bahrain saya ada peluang nak jaringkan gol tapi saya nampak Paulo (Paulo Josue) ada ruang yang lebih baik tetapi bila tengok balik rakaman perlawanan saya mampu (sebenarnya) membuat rembatan.
"Tapi situasi dalam padang lain berbanding sudut pandangan dalam televisyen. Kesal memang kesal tetapi saya rasa keputusan membuat hantaran kepada Paulo adalah pilihan yang terbaik ketika itu,” katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan di sini hari ini.
Pemain Selangor FC berusia 26 tahun itu berkata demikian ketika ditanya adakah beliau memasang impian untuk menjaringkan gol apabila bertemu juara dua kali Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Al Janoub di sini, Khamis ini.
Sementara itu, beliau yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada dua aksi sebelum ini berkata para pemain berada dalam kesedihan dan kecewa susulan kekalahan kepada Bahrain yang menyaksikan skuad Dilmun’s Warriors berjaya mencipta jaringan pada penghujung masa kecederaan babak kedua.
Namun, katanya, semangat pemain tetap utuh untuk menghadapi Korea Selatan biarpun di atas kertas skuad Taegeuk Warriors memiliki segala kelebihan untuk mengutip tiga mata.
"Ia bukan perlawanan yang mudah, kita lawan dengan pasukan yang bermain di Piala Dunia. Di atas kertas sudah tentu kita kalah tetapi sebagai pemain siapa mahu kalah,” katanya.
Ini merupakan pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait dengan bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989. - Bernama
SOURCE:
Sinar Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2024/01/faisal-halim-kesal-lepas-peluang-jaring.html