Fahmi Masih Belajar Ketika Surendran Sudah Berjuang Di Jalanan Hassan



(Sinar Harian) – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak harus melupakan jasa dan sumbangan bekas Naib Presiden PKR, N Surendran yang berjuang sejak parti itu ditubuhkan pada 1999 bermula sebagai pembangkang sehingga berjaya menjadi kerajaan Pusat.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Surendran pernah bersama-sama mengharungi susah payah perjuangan PKR di peringkat awal termasuk turun di jalanan dalam menuntut keadilan semasa dilambung gelombang reformasi.
“Kita ada pepatah ‘jangan kacang lupakan kulit’. Apabila kita sudah lepas jambatan jangan tongkat dibuang. Sebelum ada generasi baharu (dalam kepimpinan PKR) Surendran sudah ada di jalan raya untuk (perjuangan) reformasi.
“Generasi baru macam (Ketua Penerangan PKR) Fahmi (Fadzil) masih di universiti (tapi masa itu) kita dah kena tangkap, kena pergi ke mahkamah,” katanya kepada pemberita dalam Majlis menamakan bayi di Taman Impian Heigh di sini pada Ahad.
Pada Jumaat, Fahmi yang juga Pengarah komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi mengingatkan Surendran yang mengumumkan keluar parti sehari sebelum itu untuk mengamal disiplin dalam parti ketika menyuarakan pandangan.
Ini berikutan Surendran mengkritik sikap pemimpin PH yang berdiam diri mengenai siasatan hasutan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.
Tony Pua disiasat berhubung catatan di Facebook yang mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menghormati keputusan itu namun mendakwa Surendran tidak dicalonkan dan sudah tidak aktif sejak Pilihan Raya Umum ke-14, maka mungkin bekas pemimpin tertinggi PKR itu merasakan sesuai untuk berjuang menggunakan ‘platform’ lain.
Mengulas lanjut, Hassan berkata, adalah tidak wajar untuk terus mengkritik keputusan Surendran itu sebaliknya menghargainya termasuk pernah menjadi peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana katanya, sepanjang Surendran berada dalam parti tidak pernah menimbulkan masalah dan sikapnya yang berdiam diri bukan bermaksud tidak aktif.
“Diam itu bukan bermakna dia tidak aktif, dia aktif, cuma bagi peluang kepada orang lain.
Dia pemimpin yang bagus dan intelektual. Bagilah sedikit ucapan terima kasih atas jasa-jasanya.
Kena ingat orang-orang lama (dalam PKR) yang dah berjuang.
“Masa itu PKR tidak menjadi kerajaan, duduk di jalan raya. Surendran dan (bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh) R Sivarasa juga adalah orang yang berulang alik jumpa Anwar semasa Anwar dalam penjara,” ujar bekas Pengerusi PKR Johor itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/02/11/fahmi-masih-belajar-ketika-surendran-sudah-berjuang-di-jalanan-hassan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fahmi Tegur Hassan Karim Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan

Fahmi Tegur Hassan Karim Usah Campur Urusan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 130 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim daripada Pakatan Harapan diberi teguran keras supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang dilihat seolah olah mahu mencampuri urusan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan Pengarah Komunikasi ...
Up To Him Says Fahmi After Surendran Departs

Up To Him Says Fahmi After Surendran Departs

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 329 hits
It s up to him says Parti Keadilan Rakyat Information Chief Fahmi Fadzil when asked on the announcement by yesterday Fahmi said the former PKR vice president had the right to make such a decision since he was no longer active in the party I...
Hassan Karim Tidak Berkecil Hati Dengan Teguran Keras Fahmi Akui Sedia Di Pecat Parti

Hassan Karim Tidak Berkecil Hati Dengan Teguran Keras Fahmi Akui Sedia Di Pecat Parti

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menjelaskan beliau tidak berkecil hati dengan teguran keras oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil Sebaliknya Hassan berkata parti itu boleh m...
Jangan Jaga Tepi Kain Parti Lain Fahmi Fadzil Tegur Hassan Karim

Jangan Jaga Tepi Kain Parti Lain Fahmi Fadzil Tegur Hassan Karim

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 143 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim diberi teguran keras dagar tidak menjaga tepi kain parti lain Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Hassan perlu menghormati rakan daripada parti lain yang berada dalam kerajaan perpaduan Fahmi me...
Stay Out Of Our Allies Affairs Fahmi Tells Hassan

Stay Out Of Our Allies Affairs Fahmi Tells Hassan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 173 hits
Fahmi Fadzil said Hassan Karim was expressing his personal view and that his remarks about Umno did not represent PKR s position on the matter PETALING JAYA Communications minister Fahmi Fadzil has called for PKR leaders and members to refr...
It S His Right Fahmi Says After Surendran Quits Pkr

It S His Right Fahmi Says After Surendran Quits Pkr

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 208 hits
PKR information chief Fahmi Fadzil said it is the right of former Padang Serai MP N Surendran to leave the party Fahmi said the former PKR vice president had the right to make such a decision since he was no longer active in the party It is...
Bacaan Dah Lah Merangkak Segan Beberapa Kali Tolak Tawaran Rancangan Tadarus Al Quran Lisa Surihani Akui Masih Belajar

Bacaan Dah Lah Merangkak Segan Beberapa Kali Tolak Tawaran Rancangan Tadarus Al Quran Lisa Surihani Akui Masih Belajar

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 153 hits
Aktres jelita Datin Lisa Surihani sebelum ini belum setuju untuk tampil di mana mana program bacaan al Quran yang ditayangkan di televisyen kerana masih belum yakin dengan sebutan dan hukum tajwid Masih belajar Tambah pelakon ini dirinya me...
Seorang Remaja Lelaki Oku Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang

Seorang Remaja Lelaki Oku Lemas Ketika Mandi Bersama Enam Rakan Di Lubuk Sungai Berkelah Gambang

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 247 hits
KUANTAN Seorang remaja orang kurang upaya lemas ketika mandi bersama enam rakan di Sungai Berkelah Gambang di sini pada Jumaat Mangsa Harun Mahmud 20 dikatakan lemas selepas hanyut ketika mandi di kawasan lubuk yang lebih dalam di bahagian ...
Tak Hormat Shin Hyesun Ji Changwook Minta Maaf Merokok Ketika Penggambaran Welcome To Samdalri

Tak Hormat Shin Hyesun Ji Changwook Minta Maaf Merokok Ketika Penggambaran Welcome To Samdalri

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 147 hits
Pelakon Ji Chang wook memohon maaf apabila dia terpalit kontroversi merokok ketika penggambaran ARTIKEL BERKAITAN Pihak agensi Ji Chang wook Spring Company memberikan kenyataan rasmi yang mengatakan Kami memohon maaf kepada semua yang meras...
Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran

Worm Hunt Lunar Arena

Podcast Apa Apa Saja Saya Menyesal Jadi Along Harian Metro 02 02 2025

Resepi Sup Telur Chinese Style

Apakah Itu Umami

Kecemerlangan Anak Anak

Infaq Kasih X Usim Living Lab Perkasa Program Csr Wtckl


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Padi Farmers Welcome New Padi Floor Price Announcement

Sambut Hari Lahir Anak Saudara Yusuf

Israk Dan Mikraj Perjalanan Agung Nabi Muhammad Saw

Rezeki Pagi Selasa Minggu Pertama Februari