Fahami Purata Suhu Badan Normal Simptom Demam Dan Hypothermia


Sejak kebelakangan ini, penularan wabak Covid-19 semakin meningkat. Pada masa yang sama, ramai juga yang menghidap, batuk selsema dan demam.
Oleh sebab itulah ramai yang kini berjaga-jaga untuk memantau kesihatan diri dan keluarga di rumah.
Ada kalanya anda mungkin tidak pasti sama ada demam atau tidak. Jadi, perkongsian kali ini akan membantu anda untuk kenalpasti suhu badan normal mengikut usia.
Ayuh ikuti perkongsian daripada kami.
Purata Suhu Badan Normal Mengikut Usia Purata suhu normal bagi orang dewasa adalah antara 36 hingga 37.5 °C. Sekiranya lebih daripada itu sudah dikira demam.
Bagaimana pula dengan purata suhu untuk bayi dan warga emas? Memetik Doctor On Call, purata suhu badan adalah berbeza mengikut usia.
Untuk bayi dan kanak-kanak, purata suhu badan adalah antara 36.6 ° C hingga 37.2 ° C. Individu berusia lebih 65 tahun pula mempunyai suhu badan lebih rendah daripada 36.2 ° C. Walau bagaimana pun, anda perlu ingat bahawa suhu badan yang normal mungkin berbeza mengikut individu.
Suhu badan anda juga mungkin 0.6 ° C lebih tinggi atau lebih rendah daripada purata suhu badan normal.
Cara Ambil Suhu Badan Secara Tepat Untuk mengambil bacaan suhu yang tepat, suhu tubuh hanya boleh diambil di dahi. Bukan di tangan, telinga, hidung atau anggota badan lain.
Bagi termometer lain seperti termometer telinga, anda perlu ikuti arahan daripada maklumat yang disediakan.
Apabila anda bercakap dengan doktor tentang suhu badan anda, pastikan anda menyatakan sekali kaedah yang digunakan dalam mengambil bacaan suhu.
Punca Suhu Badan Tinggi Demam atau suhu badan tinggi mungkin terjadi disebabkan salah satu perkara berikut :
Jangkitan virus atau bakteria Keletihan haba Kerangan tertentu seperti arthritis rheumatoid (keradangan lapisan sendi) Pengambilan ubat-ubatan atau antibiotik untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan Tindak balas badan terhadap vaksin seperti vaksin pneumokokal, vaksin Covid-19, tetanus atau pertusis acellular (DtaP). Simptom Lain Ketika Demam Pada masa yang sama, demam juga boleh disertai dengan pelbagai simptom lain seperti :
Berpeluh Menggigil atau menggeletar Sakit kepala Sakit badan Badan lesu Hilang selera makan Degupan jantung laju Dengan mengenalpasti purata suhu badan normal, maka lebih mudah untuk anda ketahui jika anda atau ahli keluarga sedang mengalami demam atau tidak.
Namun, ada kalanya punca demam sukar untuk dikenalpasti. Jika anda mempunyai demam yang berlarutan walaupun setelah mengambil ubat, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Anda juga perlu dapatkan konsultasi doktor sekiranya :
Suhu demam melebihi 39.4 ° C Demam selama 3 hari atau lebih Demam yang disertai dengan gejala seperti muntah, sakit dada, ruam dan bengkak di kerongkong. Anak jagaan anda juga perlu dapatkan rawatan perubatan segera jika :
Bayi anda kurang dari tiga bulan dan demam Bayi anda adalah antara tiga bulan dan tiga tahun dan mempunyai suhu 102 ° F (38.9 ° C) Anak anda berusia tiga tahun atau lebih tua dan mempunyai suhu 103 ° F (39.4 ° C) Komplikasi Suhu Badan Rendah Selain demam, anda juga tidak boleh endahkan suhu badan yang rendah (hypothermia). Sekiranya tidak dirawat, ia boleh mengancam nyawa.
Ia juga merupakan salah satu kecemasan perubatan yang kerap di alami oleh orang tua dan kanak-kanak apabila berada di kawasan sejuk. Ia juga perlu diberi rawatan secepat mungkin.
Antara simptom-simptom hypothermia adalah :
Kerap menggigil Suhu tubuh kurang daripada 35°C Bibir membiru Kulit berubah merah terang atau sejuk (untuk bayi) Pertuturan tidak jelas atau menggumam Keliru atau hilang ingatan Pernafasan cetek atau perlahan Nadi menjadi lemah Mengantuk atau kurang bertenaga Walaupun demam boleh menyebabkan anda rasa tidak sihat, namun biasanya ia tidak berbahaya. Ia hanya hanya satu petanda yang tubuh anda sedang melawan penyakit.
Dalam kebanyakan masa, demam juga boleh reda dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti paracetamol.
Pastikan anda dapat rehat secukupnya dan makan ubat sekiranya perlu. Namun, jika ia berlarutan dan disertai dengan simptom-simptom yang teruk, anda perlulah mendapatkan rawatan daripada doktor.
Sumber : MKN, Doctor On Call, Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/suhu-badan-normal/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=suhu-badan-normal

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlu Ke Makan Untuk Dua Orang Ini Berat Ideal Normal Ibu Mengandung

Perlu Ke Makan Untuk Dua Orang Ini Berat Ideal Normal Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 214 hits
Banyak sebenarnya persoalan yang bermain di fikiran ketika sedang mengandung dan salah satu daripadanya ialah apakah berat normal ibu mengandung Maklumlah tengah berbadan dua perlu makan lebih supaya cukup untuk dua orang bukan Secara umumn...
Students In Flood Areas Can Wear Normal Clothes To School Terengganu Education Dept

Students In Flood Areas Can Wear Normal Clothes To School Terengganu Education Dept

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 232 hits
The Terengganu Education Department gives flexibility to students affected by the floods to attend school in normal clothes when schools reopen on Jan 2 JPNT deputy director Azman Othman said the department understood the difficulties faced...
Normal Ke Dah Hujung Hujung Pantang Tapi Darah Nifas Masih Banyak Ini Penjelasan Pakar

Normal Ke Dah Hujung Hujung Pantang Tapi Darah Nifas Masih Banyak Ini Penjelasan Pakar

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 208 hits
Walau melalui beberapa proses bersalin anak kedua ketiga dan seterusnya namun perjalanan kelahiran seseorang anak tidak sama Begitu juga dengan darah nifas Walaupun sudah hampir habis berpantang namun darah nifas semakin banyak Normalkah ke...
Terbukti Berkesan Rutin Senaman Harian Jungkook Bts Ini Bantu Kurangkan Berat Badan

Terbukti Berkesan Rutin Senaman Harian Jungkook Bts Ini Bantu Kurangkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 227 hits
Patutlah nampak sado Jung kook ARTIKEL BERKAITAN Sebelum ini Jung kook BTS pernah berkongsi senaman harian yang dia selalu lakukan untuk menjaga kesihatan badannya Kali ini KimchiDaily nak kongsikan senaman dilakukan oleh ahli BTS tersebut ...
Dia Menolak Badan Saya Berkali Kali Individu Dedah Suspek Yang Melanggar Zaharif Pernah Memukul Wanita Mengandung

Dia Menolak Badan Saya Berkali Kali Individu Dedah Suspek Yang Melanggar Zaharif Pernah Memukul Wanita Mengandung

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 299 hits
Susulan kes kematian pelajar sekolah berumur 17 tahun Muhammad Zaharif Affendi yang terjadi berhampiran SMK Jati di Meru Ipoh kini ada yang mendedahkan fakta baru tentang suspek yang merupakan seorang pegawai kanan polis itu Pegawai kanan b...
Jalur Puncak Bogor Kembali Normal Dua Arah Setelah Diberlakukan One Way Selama 8 5 Jam

Jalur Puncak Bogor Kembali Normal Dua Arah Setelah Diberlakukan One Way Selama 8 5 Jam

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 144 hits
Penerapan one way begitu lama karena jumlah kendaraan menuju Jakarta ditaksir mencapai 50 ribu unit
Water Supply Back To Normal Today Says Chow

Water Supply Back To Normal Today Says Chow

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 211 hits
A section of a pipe located at the bottom of Sungai Perai burst on Dec 18 GEORGETOWN The water supply disruption due to a burst pipe on the riverbed of Sungai Perai which affected 200 000 consumers since last Tuesday is expected to be fully...
Isteri Mengadu Demam Aku Marah Suruh Pergi Klinik Sendiri Rupanya Itu Kali Terakhir Aku Jumpa Isteri

Isteri Mengadu Demam Aku Marah Suruh Pergi Klinik Sendiri Rupanya Itu Kali Terakhir Aku Jumpa Isteri

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum Aku kehilangan isteri bulan 6 hari tu disebabkan Cvd dia berjangkit melalui kluster tempat kerja di PJ Isteri aku nama Ziqa Masa mula mula kena tu dia kena tahan ke PKRC dulu sebelum dibawa ke hspital Kemudian masuk ICU sela...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran