Fahaman Syiah Diharamkan Di Malaysia
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2 dan 3 Mei 1996 di Langkawi, Kedah, telah membuat keputusan mengharamkan ajaran Syiah di Malaysia dan menetapkan umat Islam mengikuti ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariat dan akhlak.
Di antara dua perkara yang menjadi kelaziman ulama Syiah dan penganutnya ialah taqiyah (berpura-pura) dan mutaah.
Taqiyah bermaksud satu ucapan atau perbuatan yang anda lakukan tidak sesuai dengan keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta untuk menjaga kehormatan anda.
Mesejnya apabila berhadapan dengan Ahli Sunnah maka perlu berpura-pura seperti beraqidah dengan Ahli sunnah supaya dapat berbaik-baik dengan ahli sunnah dan apabila mempunyai peluang mereka akan menyebarkan ajaran syiah mereka ini.
Seperti kata al-Kulaini dalam kitabnya “Jagalah Agama Kalian (Syiah), tutupilah dengan Taqiyah, tidak dianggap beriman seseorang sebelum ia bertaqiyah”. Hal ini menunjukkan bahawa Taqiyah atau sifat munafik ini adalah tanda-tanda orang yang beriman. Nauzubillah.
Manakala mutaah pula adalah perzinaan yang diberikan nama nikah bagi mengaburi masyarakat awam yang jahil dalam hal ini. Mutaah adalah pernikahan kontrak tertentu sama ada mengikut hari, bulan, tahun atau beberapa jam sahaja tanpa saksi, wali dan nafkah cuma beberapa bayaran sahaja.
Pernikahan ini di sisi Islam adalah haram dan tidak sah. Manakala di sisi Syiah ia adalah sebuah pernikahan yang mulia dan anak yang lahir dari mutaah adalah anak yang paling mulia.
Bahkan agama Syiah ini tidak membataskan berapa orang wanita atau lelaki yang hendak dimutaah, dihalalkan walaupun dengan 1000 orang dan walau pun dia isteri seseorang.
Penzinaan mutaah inilah yang menjadikan kenapa ramai yang terpengaruh dengan agama Syiah ini kerana dalam agama Syiah ini ada kelazatan zina yang telah di’agama’kan dengan diberikan nama nikah mutaah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hwaliman.blogspot.com/2021/04/dit.html