Faham Pentaksiran Bilik Darjah Dengan Lebih Mudah


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebelum ini dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam DSKP. Selain daripada Standard Prestasti, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).


Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Sebelum kita pegi lebih lanjut mengenai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) jom kita fahamkan dulu tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan apa bezanya dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).


Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Standard Kandungan
Standard Kandungan adalah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran 
Standard Pembelajaran adalah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Standard Prestasi
Standard Prestasi adalah  suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid. 



Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif iaitu Pentaksiran Untuk Pembelajaran dan juga Pentaksiran Sebagai Pembelajaran. 

Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran. 


Pentaksiran Formatif dan Sumatif

Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Contoh pentaksiran ini ialah aktiviti soal jawab semasa pembelajaran dijalankan. Maklumat yang diperolehi membantu guru meneruskan PdPc seterusnya.


Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
Contoh pentaksiran ini ialah murid membina peta konsep tentang apa yang telah dipelajari bagi mempamerkan pemahaman dan hubungannya dengan pengetahuan semasa. Pentaksiran ini memberi peluang kepada murid belajar dan memikirkan cara mereka belajar. 


1. Pentaksiran Kendiri
Murid menilai kerja mereka sendiri berdasarkan bukti dan kriteria yang jelas

Bentuk pentaksiran kendiri ialah:
- Rancangan / diari mingguan murid
- Soal selidik
- Portfolio
- Pemarkahan merujuk kriteria tertentu
- Helaian pentaksiran dengan memberi ulasan
- Maklum balas secara lisan
- Perbincangan kumpulan atau individu
- Kenyataan peribadi untuk kad laporan
- Persediaan dan perancangan ke arah hasil kerja muktamad
- Analisis kriteria dan keupayaan pentaksiran murid


2. Pentaksiran Rakan Sebaya
Memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam pasukan atau kumpulan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab. 


Pentaksiran Tentang Pembelajaran
Pentaksiran Tentang Pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Biasanya berlaku dalam bentuk ujian sumatif. Juga boleh berlaku dalam bentuk pembentangan hasil projek. 



Objektif Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru. 

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, guru dapat:
- mengesan pengetahun sedia ada murid
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
- mengetahui keberkesanan PdPc
- merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdPc
- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, murid dapat:
- mengesan perkembangan diri
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- meningkatkan pencapaian pembelajaran



Ciri-Ciri Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Terdapat 9 ciri utama yang dapat membantu guru dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan dapat diatasi dengan segera. PBD dilaksanakan seperti rajah di bawah

 Ciri Utama Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)




Tahap Penguasaan
Tahap Penguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang menunjukkan perkembangan murid. Terdapat enam Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusu secara hierarki dan digunakan untuk tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran. 


Pernyataan Tahap Penguasaan

Bagi yang nakkan maklumat lebih lanjut mengenai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), anda boleh lah download Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) daripada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.


DOWNLOAD

Dari panduan yang disediakan, contoh juga diberikan bagaimana nak isi templat pelaporan PBD dengan lebih terperinci.



Pertimbangan Profesional 
Pertimbangan profesional ialah pertimbangan yang dibuat menggunakan pengetahuan profesional terhadap kurikulum yang dihasratkan mencakupi pengetahuan, kemahiran, nilai, bukti pencapaian, strategi pengajaran, kaedah pentaksiran serta kriteria dan standard yang ditetapkan. 

 Elemen Pertimbangan Profesional

Guru perlu membuat keputusan secara beretika dan bertanggungjawab mengenai tahap penguasaan murid, berdasarkan analisis dan rumusan maklumat terhadap pembelajaran.

Elemen dalam melaksanakan pertimbangan profesional adalah pengetahuan, tanggungjawab profesional, input murid dan pengalaman. Perkara lain yang juga perlu diambil kira dalam melaksanakan pertimbangan profesional adalah hasrat kurikulum, tujuan pentaksiran, kaedah pentaksiran, suasana pentaksiran, amanah dan peluang.


Moderasi
Moderasi adalah proses penetapan aspek atau kriteria dalam pentaksiran. Moderasi dijalankan bagi tujuan memastikan pertimbangan yang dibuat adil, konsisten, sah dan boleh dipercayai. Guru boleh menggunakan mana-mana kaedah seperti kalibrasi, persidangan dan merujuk pakar.


Secara keseluruhannya, pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah seperti carta alir berikut.


Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

 1. Merancang PdPc dan Kaedah Pentaksiran
- memahami kandungan tajuk dalam DSKP
- menentukan objektif pembelajaran yang perlu dicapai murid dan yang hendak ditaksir guru
- Mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai


2. Melaksanakan PdPc dan Pentaksiran
- Pentaksiran secara Lisan
- Pentaksiran secara bertulis
- Pentaksiran secara pemerhatian


3. Merekod dan Menganalisis Penguasaan Murid
- rekod dalam bentuk pernyataan, simbol, markah dan gred
- boleh dilakukan dalam rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak dan templat pelaporan


4. Tindakan Susulan


5. Melapor
- merangkumi tahap penguasaan, penyataan tentang minat, sikap dan perlakuan serta cadangan tindakan susulan


Bagi membantu guru-guru lebih memahami Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) direkodkan, guru-guru boleh lah rujuk pada 15 Contoh-Contoh Instrumen Pentaksiran yang ada pada Bab 6 Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).


DOWNLOAD

Secara keseluruhannya,  diharapkan melalui perkongsian ini mampu membantu memudahkan urusan guru-guru mendapatkan gambaran awal (sebelum mendalami) mengenai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 

Bersamalah kita meningkatkan kualiti profesional kita sebagai guru, dan seterusnya memberi impak positif kepada pendidikan di Malaysia!



 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikguhailmi.com/2018/12/faham-pentaksiran-bilik-darjah-pbd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Contoh Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah

15 Contoh Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 1737 hits
Dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah guru menentukan hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid berdasarkan objektif pembelajaran yang ditentukan dari Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Contoh instrumen dalam artikel in...
Tiada Exam Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 Dilaksana

Tiada Exam Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 Dilaksana

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 1106 hits
Tiada EXAM Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 Dilaksana pada tahun 2019 Pastinya ia akan mengundang pelbagai persepsi kepada ibu bapa pelajar atau murid yang terlibat Untuk makluman semua Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 ini akan melibatkan m...
21 Gambar Kelas Bilik Darjah Dari Seluruh Dunia Yang Dipotretkan

21 Gambar Kelas Bilik Darjah Dari Seluruh Dunia Yang Dipotretkan

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 828 hits
Sekolah merupakan institusi yang sangat penting dalam membentuk pemikiran dan pembangunan sesebuah masyarakat sejak dari kecil lagi Di negara negara maju sistem persekolahan adalah sangat ditekankan dan kaedah pengajaran yang digunakan adal...
Resepi Udang Mentega Dengan Telur Masin Yang Mudah

Resepi Udang Mentega Dengan Telur Masin Yang Mudah

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 658 hits
Mesti ramai yang sukakan seafood macam ketam udang masak butter tambah pulak dengan telur masin wahhhh mau bertambah nasi hari ni Cik Sue sempat masak Udang mentega dengan telur masin atau omputihnya Butter Prawn with Salt Egg Kebetulan ada...
Tips Bersahur Secara Sihat Quaker Oat Pilihan Mudah Dan Cepat

Tips Bersahur Secara Sihat Quaker Oat Pilihan Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 618 hits
Sejak sejak jadi ibu ni agak mencabar lalui bulan puasa sebenarnya semua ibu ibu pun macam tu kan Tambahan ibu yang bekerjaya mana nak masak makanan sihat untuk anak anak balik kerja pun dah pukul berapa lepas berbuka mesti dah penatkan Dap...
Pujuk Anak Berdrama Enggan Pakai Uniform Sekolah Suami Fouziah Ghous Buat Tips Mudah Ini

Pujuk Anak Berdrama Enggan Pakai Uniform Sekolah Suami Fouziah Ghous Buat Tips Mudah Ini

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 617 hits
Pujukan si ayah boleh meredakan drama anak lebih lebih lagi menempuhi minggu pertama persekolahan ini Apa yang dilakukan oleh suami Datin Fouziah Ghous ini membantu tips yang boleh ditiru bapa bapa lain juga Anak sulung Fouziah Muhammad Zee...
Beli Aiskrim Mudah Jimat Dengan Aplikasi Mcdonald S

Beli Aiskrim Mudah Jimat Dengan Aplikasi Mcdonald S

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 673 hits
Beli Aiskrim Mudah Jimat Dengan Aplikasi McDonald s Jaga jaga entry Sis Gee kali ni Bukan apa kot lah korang pun macam Gee penggemar aiskrim McDonald s Hehe Beberapa hari yang lepas Gee bawa anak anak outing Kebetulan adik wife dan anak dia...
Baby Dah Boleh Makan Macam Dekat Kfc Tapi Home Made Sahaja Ya Ini Resipi Mudah Western Food Selamat Untuk Bayi Anda

Baby Dah Boleh Makan Macam Dekat Kfc Tapi Home Made Sahaja Ya Ini Resipi Mudah Western Food Selamat Untuk Bayi Anda

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 904 hits
Tak perlu risau if nak makan KFC MCD Pizza anak duk intai intai jenguk jenguk je baby pun boleh makan tapi homemade punya ya mummy Special lunch untuk permulaan 2019 Western Lunch Popcorn ayam Sausage Fries Ikuti resipi penuh di sini yang d...
Resepi Ayam Goreng Bijan Ala Korea Dengan Bahan Perapan Yang Mudah Dan Sudah Tentu Sedap

Resepi Ayam Goreng Bijan Ala Korea Dengan Bahan Perapan Yang Mudah Dan Sudah Tentu Sedap

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 716 hits
Resepi Ayam Goreng Bijan Ala Korea Dengan Bahan Perapan Yang Mudah Dan Sudah Tentu Sedap Salam semua masih lagi tengok balik entri lama yang perlu diedit banyak pulak yang dijadikan dalam draft hii terutamanya bab masakan ada juga link yang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities