Faedah Mempunyai Perancangan Kewangan Untuk Masa Depan



Faedah mempunyai perancangan kewangan untuk masa depan? Apa tu? Tak pernah dengar pun istilah ‘perancangan kewangan’ ni? Mari kita belajar tentang perancangan kewangan disini.
Tak kenal maka tak mesra.
Dalam kita seronok berbelanja, pernah atau tidak kita terfikir akan perancangan kewangan kita untuk masa hadapan? Merancang perjalanan perbelanjaan kita memberikan manfaat yang besar untuk kelansungan ekonomi hidup kita sebagai pengguna.
Masih tercari-cari apa perancangan kewangan terbaik untuk anda?
Tak perlu keliru dan buntu, mari kita sama-sama melengkapi diri dengan mengenali faedah perancangan kewangan untuk masa depan.
 
APA ITU PERANCANGAN KEWANGAN? Kita sedia maklum bahawa setiap individu mempunyai kebebasan sendiri dalam membuat pilihan dan keputusan mengenai kewangan agar tidak terjerat dengan bebanan hutang, krisis ekonomi dan liabiliti jangka panjang.
Namun sedarkah kita di dalam kebebasan itu kita juga memerlukan perancangan kewangan yang betul untuk menentukan kelansungan ekonomi yang baik di masa hadapan.
Perancangan kewangan adalah proses pengurusan ekonomi dalam menguruskan kewangan seseorang individu dengan bijak demi mencapai matlamat kewangan yang diidamkan. Merancang kemana arah perbelanjaan anda dapat menjadikan impian anda menjadi nyata contohnya pembelian aset, perancangan pendidikan anak dan sebagainya.
Tidak dapat disangkal lagi setiap individu perlu ada perancangan kewangan yang baik, namun apa kepentingan mempunyai sturktur perbelanjaan yang teratur?

FAEDAH MEMPUNYAI PERANCANGAN KEWANGAN UNTUK MASA DEPAN– 5 ASPEK UTAMA FAEDAH 1:  KELANSUNGAN EKONOMI KUKUH Ibarat roda, kehidupan kita tidak semestinya akan sentiasa berada di atas, dengan adanya perancangan kewangan untuk masa hadapan sudah tentu kehidupan kita akan lebih terjamin dan teratur.
Aset kewangan adalah sangat penting dalam memastikan perancangan untuk keluarga dan anak-anak terlaksana dan seterusnya menjadikan impian untuk yang tersayang tercapai.
Contohnya,
perancangan untuk pembelajaran anak-anak. Saban tahun, kos pembelajaran bermula daripada tadika sehingga ke menara gading semakin meningkat, hal ini akan memberikan kesan  buruk kepada ibu bapa sekiranya mereka tidak merancang daripada awal kos perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka.
Kebanyakan daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik, tiada tabungan yang mampu menampung bebanan yang bakal berlaku. Ibu bapa seharusnya dapat mengenalpasti tahap kewangan yang ingin dicapai dalam memastikan kelangsungan hidup yang baik untuk keluarga.
FAEDAH 2: PENYEDIAAN UNTUK KECEMASAN Sediakan payung sebelum hujan, pepatah yang cukup popular ini mengingatkan kita agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi apa sahaja kecelakaan di masa hadapan.
Walaupun kita sentiasa berhati-hati di dalam menjalani kehidupan, kita tidak dapat lari daripada kemalangan ataupun masalah gangguan kesihatan.
Tujuan insurans seperti Takaful contohnya diwujudkan adalah untuk memastikan harta anda dilindungi daripada kemalangan, kecacatan, kesakitan dan kematian.
Pelaburan anda dalam memastikan anda mempunyai insurans untuk melindungi diri dan keluarga daripada kecemasan tidak akan menjadi sia-sia.
Tetapkan matlamat anda untuk mendapatkan insurans yang sesuai bagi setia perkara insurans utama contohnya kesihatan, kecacatan, tanggungan, kekayaan dan lain-lain.
FAEDAH 3: PENGURUSAN PELABURAN TERJAMIN Pelaburan merupakan komponen yang penting dalam perancangan kewangan hidup. Sekiranya anda mempunyai pengurusan pelaburan yang baik daripada sumber yang menyakinkan, ini dapat membantu anda dalam proses menguruskan perjalanan perbelanjaan anda. Ia membolehkan anda untuk mencapai impian dan cita-cita anda dengan mudah.
Contohnya,
pembelian rumah dan aset-aset lain, memulakan perniagaan, menghantar anak ke universiti atau bersara dengan selesa.
Jinak-jinakkan diri anda dalam bidang pelaburan yang anda mampu dan tidak membebankan supaya hasil dari pelaburan anda dapat dituai dengan baik.
FAEDAH 4: PERBELANJAAN LEBIH TERATUR Ukur baju dibadan sendiri.
Anda perlu berhati-hati dalam berbelanja dan pastikan berbelanja mengikut keperluan dan bukannya kemahuan. Zaman dunia penuh teknologi ini menjadi lambakan gadjet-gadjet idaman dan juga ‘high end’ produk yang menjadi kegilaan.
Dengan adanya perancangan kewangan yang baik, anda akan berfikir untuk jangka masa panjang dan bukannya membuat keputusan untuk kepuasan diri yang hanya sementara.
Simpan duit anda untuk perkara yang perlu sahaja. Bukannya menukar telefon bimbit anda setiap tahun, teknologi berevolusi sepantas kilat, anda menyesal tak sudah, telefon yang dibeli nilai merudum.
Jangan mensia-siakan pendapatan anda. Keperluan di masa hadapan mendahului kehendak yang hanya membawa harapan. Contohnya pembelian aset seperti rumah atau perbelanjaan keluarga.
FAEDAH 5: PENDAPATAN LEBIH MENINGKAT Dengan adanya perancangan kewangan yang baik, anda dapat memaksimumkan pendapatan dan kekayaan aset anda. Hal ini kerana anda mempunyai visi dan matlamat yang jelas dalam mencapai impian dan cita-cita anda.
Wang yang anda simpan daripada dibazirkan membeli perkara yang tidak berfaedah menjadi simpanan yang kukuh untuk masa hadapan.
Selain itu,
dengan adanya perancangan kewangan yang baik anda dapat memulakan perniagaan sendiri dan menjadikannya pendapatan sampingan anda sekaligus menambah jumlah aset yang anda kumpul.
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian.
Video Tips Pengurusan Kewangan

Menyedari akan faedah mempunyai perancangan kewangan untuk masa depan, setiap individu perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam hutang.
Perancangan kewangan perlu diberikan perhatian daripada peringkat awal kehidupan agar proses untuk menjayakannya tidak terlalu asing sekaligus dapat meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://terviral.xyz/faedah-mempunyai-perancangan-kewangan-untuk-masa-depan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
039 Masa Depan Kami Sekeluarga Nampak Kelam 039 Metrotv

039 Masa Depan Kami Sekeluarga Nampak Kelam 039 Metrotv

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Dikurniakan empat anak yang kini berusia antara 17 dan 23 tahun namun tiga daripada mereka orang kurang upaya pelbagai kategori antaranya autisme lembam dan bisu Itu antara ujian dilalui pasangan suami isteri Muhamad Lim Abdull...
Tiada Jaminan Lepas Saya Berundur Kata Dr M Tentang Masa Depan M Sia

Tiada Jaminan Lepas Saya Berundur Kata Dr M Tentang Masa Depan M Sia

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 263 hits
News Diterbitkan 26 Sep 2019 11 40 malam Tiada sebarang jaminan semua usaha yang dilakukan ketika ini akan mencapai apa yang diinginkan walau apa yang dilakukan kata Dr Mahathir Mohamad hari ini Bercakap di depan anggota Majlis Hubungan Lua...
Tiada Perancangan Untuk Telefon Blackberry Dengan 5g Buat Masa Ini

Tiada Perancangan Untuk Telefon Blackberry Dengan 5g Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 194 hits
Pelbagai pengeluar pada masa kini memfokuskan kepada penawaran peranti dengan sokongan rangkaian 5G Bercakap mengenainya TCL yang mengeluarkan peranti berjenama BlackBerry mengatakan mereka tiada perancangan untuk mengeluarkan telefon 5G Bl...
Macam Mimpi Elfira Akui Baby Depan Mata Semua Sakit Masa Bersalin Terus Hilang

Macam Mimpi Elfira Akui Baby Depan Mata Semua Sakit Masa Bersalin Terus Hilang

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 327 hits
Bagaikan tidak menyangka bahawa dia kini sudah pun bergelar seorang ibu Elfira Loy menganggap seperti bermimpi dapat pegang bayi lelaki Dilahirkan pada 1 Oktober lalu akhirnya Elfira Loy mendedahkan wajah anak pertama selepas mendirikan rum...
Ekosistem Perniagaan Dan Industri Perlu Digembleng Untuk Kejayaan Ekonomi Masa Depan Pm

Ekosistem Perniagaan Dan Industri Perlu Digembleng Untuk Kejayaan Ekonomi Masa Depan Pm

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 283 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Masa Depan Kita

Masa Depan Kita

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 168 hits
Assalamualaikum Masa depan kita dibentuk oleh apa yang kita lakukanhari ini bukannya esok esok ya Tiba tiba tersedar yang dah berminggu minggu tak update blog naik bersawang dah rasanya Rindu nak baca entry kawan kawan tunggu kita singgah y...
Demo Darurat Iklim Di Kl Tuntut Masa Depan Tanpa Jerebu

Demo Darurat Iklim Di Kl Tuntut Masa Depan Tanpa Jerebu

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 427 hits
Mohd Faziri Mohd Zaid dan dua anaknya antara 600 hadirin yang menyertai bantahan Mogok Darurat Iklim Malaysia di Kuala Lumpur hari ini Mereka mengharungi jerebu dan berisiko melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan usia mini...
Jelang Pilkada Muncul Spanduk Gibran Solo Masa Depan Kita

Jelang Pilkada Muncul Spanduk Gibran Solo Masa Depan Kita

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 255 hits
Belum lama ini Gibran juga sempat mendatangi Ketua DPC PDIP Kota Solo FX Hadi Rudyatmo untuk menanyakan mekanisme pendaftaran sebagai peserta Pilkada Namun Gibran membantah jika dirinya membicarakan politik saat bertemu Wali Kota Solo terse...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba