Fadhli Mohon Maaf Tanya Soalan Susah Pada Kor Ming




PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pas memohon maaf secara sinis kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kerana mengajukan soalan yang sukar untuk dijawab olehnya.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pada tahun lalu beliau sudah bertanya kepada Kor Ming berhubung perjuangan mendiang datuk kepada pemimpin itu yang dinyatakan sendiri sebagai prajurit.
Bagaimanapun, kata beliau, soalannya berhubung di mana datuk kepada Kor Ming berjuang tidak dijawab.
“Jadi, saya simpulkan bahawa soalan saya itu susah untuk dijawab. Susah boleh jadi kerana data perjuangan datuknya hilang semasa pertempuran hebat menentang penjajah, atau butiran penting itu tidak disimpan di negara ini dan ada di negara lain, itu kita tidak pasti.
“Saya mohon maaf kepada YB (Yang Berhormat) Menteri kerana mengutarakan soalan yang susah itu. Minta maaf kerana menyusahkan YB Menteri.,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, baru-baru ini.
Terdahulu, Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu membangkitkan kedudukan mendiang datuk Kor Ming yang berjuang semasa Perang Dunia Kedua.
“Melihat kepada bahasa kamu yang agak celupar kebelakangan ini, saya ingin bertanya sekali lagi, di sebelah mana datuk kamu berjuang dahulu ketika Perang Dunia Kedua? 
“Sudah tentu ada bukti rekod perkhidmatan dan lain-lain,” katanya merujuk kepada ciapan pemimpin DAP itu di platform X pada 16 Ogos 2019.
Dalam pada itu, Fadhli turut meminta Kor Ming memastikan semua perayaan di negara ini dapat disambut di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) seperti yang dilakukan untuk perayaan Krismas.
“Mungkin juga termasuk perayaan Hari Raya Korban dan memanggil ahli-ahli Parlimen parti YB Menteri (yang) beragama Hindu untuk turut hadir memeriahkan, boleh jadi juga. Itu jangkaan saya, bukan cadangan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk menjaga tutur kata dan tidak lagi menggunakan terma-terma Islam untuk 2025.
“Tidak perlu menggunakan terma-terma berkaitan Islam sekiranya ia lari dari maksud sebenar seperti ‘hadis Nabi’, ‘zakat’ dan juga ‘ajaran sesat’. Dapatkan nasihat dahulu dari kawan-kawan parti sebelah sekiranya sangat perlu ia digunakan.
“Jangan melabel parti orang lain sebagai sesat jika YB Menteri tiada pengetahuan tentangnya,” ujarya. – UTUSAN




Source link
The post Fadhli mohon maaf tanya soalan ‘susah’ pada Kor Ming appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/fadhli-mohon-maaf-tanya-soalan-susah-pada-kor-ming/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Serang Fadhli Ucapan Gila Kuasa Zamri Memfitnah Mohon Maaf Sal

Rakyat Serang Fadhli Ucapan Gila Kuasa Zamri Memfitnah Mohon Maaf Sal

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 130 hits
Zamri Mantop punya pukulan di awal tahun 2025 Masa dia fitnah tak ada sebut nama admin sekali dah kantoi buat dosa fitnah terus letak atas kepala admin tuan badan terus selamanya suci dan bersih katanya Miqdad berkata budaya fitnah nampakny...
69 Laporan Polis Dibuat Terhadap Nga Kor Ming

69 Laporan Polis Dibuat Terhadap Nga Kor Ming

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 209 hits
Sebanyak 69 laporan polis dibuat terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berhubung sambutan Krismas secara terbuka di premis kementerian berkenaan yang turut melibatkan kakitangan beragama Islam Pemuda PAS menerusi hal...
Nga Kor Ming Stands Firm On Promoting Harmony Amid Pas Legal Threat

Nga Kor Ming Stands Firm On Promoting Harmony Amid Pas Legal Threat

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 193 hits
THE Minister Of Housing And Local Government Nga Kor Ming has reaffirmed his commitment to promoting racial and religious harmony in the country This firm stance was expressed by Kor Ming on his social media platform believed to be a respon...
Inilah Punca Pas Sesat Koyak Bila Saman Nga Kor Ming

Inilah Punca Pas Sesat Koyak Bila Saman Nga Kor Ming

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 172 hits
PAS akan mengambil tindakan undang undang terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berhubung kenyataan yang didakwa sebagai tohmahan dan fitnah terhadap parti itu Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkat...
Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 503 hits
Guna ChatGPT di WHATSAPP Di sini saya akan kongsikan cara kita nak ber whatsapp atau bermesej dengan ChatGPT Baru baru ini terbaca di yang kita dah boleh bermesej terus menarik Sebab kita sudah tak perlu ke website atau menggunakan aplikasi...
Soalan Paling Besar Saya Tentang Oneplus 13 Sebelum Acara Pelancaran 7 Januari

Soalan Paling Besar Saya Tentang Oneplus 13 Sebelum Acara Pelancaran 7 Januari

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 198 hits
Baru seminggu kita memasuki tahun baru dan sudah ada pelancaran telefon besar pertama untuk 2025 OnePlus akan memperkenalkan OnePlus 13 pada hari Selasa 7 Januari dan ini adalah salah satu telefon arus perdana pertama yang menggunakan cip S...
Tok Mat Berjiwa Besar Akui Kesalahan Mohon Maaf Merokok Di Restoran

Tok Mat Berjiwa Besar Akui Kesalahan Mohon Maaf Merokok Di Restoran

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 160 hits
Menteri Luar Mohamad Hasan memohon maaf atas perbuatannya merokok di sebuah restoran 8220 Jika perkara ini menimbulkan kebimbangan atau menjadi isu dalam kalangan masyarakat saya dengan ikhlas memohon maaf 8221 katanya di Putrajaya hari ini...
Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Phone Tak Ada Password Mark Adam Tak Kisah Isteri Pegang Tengok Apa Dalam Telefon

Lepas Menyusu Bukan Terus Tidur Ini Yang Ramai Ibu Terlupa

Aidilfitri Di Kampung Halaman 2025

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hand Gum