Exit Plan Jika Umno Nyah Dari Perikatan Nasional
UNTUK TATAPAN PUITIS KEPADA AHLI UMNO SAHAJA
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tuan Guru Hj. Hadi Awang bersama dua Setiausaha Agung, Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan telah tahu gerakan dilakukan oleh pemimpin Umno proksi Najib Razak
Kepala bagi menjatuhkan perpaduan Melayu Islam ini adalah Najib Razak melalui Jazlan, Ahli Parlimen Machang. Malah kronologi ini telah diketahui awal oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
8 Oktober - MP Machang, Rompin dan Najib bertemu di Pavilion. Najib cerita kenapa nak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim. Turut bersama ketika itu MP Tanjong Karang, Arau dan Padang Rengas
9 Oktober - MP Machang, Rompin, Arau dan Padang Rengas buat keputusan dan memilih Anwar Ibrahim
11 Oktober - MP Machang bertemu DS Zahid Hamidi meminta jaminan jika perancangan Najib berjaya DS Zahid Hamidi perlu melantik Najib sebagai Pengerusi BN
14 Oktober - MP machang, Rompin dan Arau bertemu Najib Razak
17 Oktober - Tengku Muda berjumpa Najib Razak, Anwar Ibrahim, Tajuddin Rahman dan Anthony Loke
Tengku Muda mengatakan YDPA tidak mahu tengok Najib Razak masuk ke dalam kerana Najib Razak adalah Orang Kaya 8
Anwar bersumpah - kluster mahkamah akan dilepaskan sekiranya beliau menjadi PM
18 Oktober - MP Machang berjumpa Najib Razak dan meminta supaya perancangan ini ditangguhkan sebab seluruh bahagian Umno di Kelantan tolak Anwar Ibrahim
Pada sebelah malam, MP Jerantut, Kimanis dan Padang Besar bersetuju agar rancangan ini ditangguhkan
19 Oktober - Mesyuarat MKT Umno, Tanjong Karang dan Machang diherdik oleh majoriti MKT dalam mesyuarat MKT Umno susulan perancangan untuk menjatuhkan kerajaan
Najib Razak - 4 bulan selepas mengambil alih kerajaan, menjelaskan beliau tidak kutuk kerajaan supaya rakyat sokong TS Muhyiddin Yassin
Najib Razak kecewa kerana Hamzah tidak menunaikan janji berkaitan kes mahkamah melibatkan dirinya, Rosmah Mansor serta anak-anaknya
Manakala Zahid Hamidi mendakwa Hamzah ugut akan mengambil tindakan ke atas Nurul Hidayah iaitu anaknya
20 Oktober: Jawatankuasa Noah berjumpa MP dan menyerahkan RM20 juta kemudian Najib serah 12 Akuan Bersumpah kepada Anwar Ibrahim
1. Pekan2. Pontian3. Bagan datuk4. Rompin5. Pasir Salak6. Padang Rengas7. Kinabatangan8. Baling9. Machang10. Arau11. Besut12. Jerantut
Malah Presiden Umno, Zahid Hamidi dua kali melanggar janji yang mereka telah persetujui bersama
Ramai orang Umno tidak tahu krisis Menteri Besar Perak adalah permulaan Umno dengan DAP
Malah PM Tan Sri Muhyiddin Yassin 'fuck off' Zahid Hamidi manakala TG Hadi Awang kata Presiden Umno manusia 'munafik'
Orang Umno fikir Pas tidak dapat menerima Amanah. Namun, anda semua tersilap sebab Pas telah berunding dengan Mat Sabu
Namun, Presiden Amanah berpendirian tidak akan menyertai Perikatan Nasional sekiranya Najib dan Zahid bersama dalam kerajaan
Bagaimanapun, Mat Sabu bersedia bersama Perikatan Nasional sekiranya dua individu ini tidak bersama dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Hj. Hadi Awang bersedia dengan "exit plan" jika Umno menarik sokongan mereka kepada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan majoriti Melayu Islam
Bersatu: 50Warisan: 11Pas: 18GPS: 18Amanah: 11Pejuang:4Bebas: 1 (Maszlee)Jumlah: 113
Biarkan parti Umno dengan lagak abang besar dan Najib serta Zahid meringkuk dalam penjara!
MindaRakyat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2021/01/exit-plan-jika-umno-nyah-dari-perikatan.html