Exco Dicabar Dedah Nama Pekebun Kelapa Pandan Yang Didakwa Kroni





BORHAN AHMADMay 17, 2025

Ugutan Exco Kerajaan Terengganu, Datuk Satiful Bahari Mamat untuk mendedahkan nama-nama pengusaha kebun kelapa pandan di Tebing Tembah, Terengganu yang kononnya mereka adalah kroni kini mendapat cabaran agar ia dilaksanakan.

“Dedahkanlah YB, dedahkan senarai nama penuh 96 orang tu yang terkait anak beranak kroni tu,” kata suara latar satu video di Tiktoks yang menjawab ugutan Satiful yang juga Adun Paka itu.

Sebelum ini, Satiful ketika memberikan penjelasan isu kebun kelapa pandan di Kampung Tebing Tembah, Dungun, yang hendak dirampas oleh kerajaan negeri Terengganu berkata, kesemua pengusaha kebun itu adalah saudara mara antara satu sama lain.

“Ia hanya monopoli anak beranak, keluarga dia sahaja. Saya ada senarai lengkap dan kita boleh dedahkanlah jika perlu,” kata Satiful dalam video penjelasan itu.

Satiful membuat kenyataan itu bagi menjelaskan isu kebun kelapa pandan Tebing Tembah yang hendak diambil balik oleh kerajaan negeri untuk diberikan kepada pihak lain.

Menurut Satiful, tanah ini tidak pernah diberikan kepada mana-mana individu dan masih kekal sebagai tanah kerajaan.



 
 
Menurut video Tiktoks yang menggunakan nama Tutup Mata dan menggunakan suara AI itu, Satiful perlu sebutkan nama-nama orang yang terlibat itu.

“YB sebut je nama Cikgu Wahid dan lain-lain. Dedahkan maklumat tersebut, biar semua orang ramai tahu dan adu dengan maklumat daripada Kak Long Tutup Mata dan jangan sampai Kak Long dedahkan kesemua RTB di negeri Terengganu yang ada masalah kroni yang beri tanah tiga ekar seorang kepada keluarga dan orang terdekat YB di Kawasan Dun Paka,” kata suara dalam video berkenaan yang telah membuat bebera video berkaitan dengan isu ini.

Tindakan kerajaan negeri untuk mengambl alih tanah kelapa pandan ini amat menyedihkan 96 pemilik kebun ini dan mereka membuat pelbagai demo bantahan bagi mencerita nasib mereka.

Namun yang menariknya, tidak ada pihak lain yang membela tindakan kerajaan ini, semuanya diserahkan kepada Satiful yang merupakan Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Terengganu itu.

Perjuangan pekebun ini dibela oleh pemimpin Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional di Terengganu.

Pengerusi PH Terengganu, Hasbie Muda yang sebelum ini pernah menjadi calon PH di Dun Paka, tempat terletaknya kampung Tebing Tembah ini berkata, tindakan kerajaan negeri ini akan mengganggu program keterjaminan makanan di Terengganu.



(Hasbie bertemu dengan pekebun kelapa pandan Tebing Tembah)

“Saranan saya, adalah lebih baik Kerajaan Negeri Terengganu cari tanah lain yang masih banyak tidak diusahakan di Dungun ini.

“Dalam usaha kita mengajak rakyat untuk terus terlibat dalam pertanian demi keterjaminan makanan negara, amatlah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab tindakan ambil alih tanah pertanian yang telah terbukti memberikan hasil kepada rakyat,” katanya.

Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pula berkata, walaupun ia milik kerajaan negeri, namun tanah seluas 40 hektar itu telah menjadi hak 96 peserta projek itu dari segi hukum syarak memandangkan mereka mengusahakan tanah itu lebih 18 tahun dengan pengetahuan dan sokongan kerajaan menerusi Jabatan Pertanian.

“Hasil yang mereka (penduduk) dapat hari ini adalah dengan segala kepenatan dan kepayahan mereka.

“Tanah ini diusahakan mereka selama tempoh 18 tahun dan mereka telah mendapat hasil, bahkan mereka usahakan tanah ini dengan bantuan kerajaan dan dari segi hukum syarak, tanah ini milik mereka.

“Walaupun kerajaan negeri mahu mengagihkan tanah ini kepada 600 penduduk dengan alasan lebih ramai yang dapat manfaat berbanding hanya 96 orang (peserta kelapa pandan), ia adalah tindakan yang salah kerana akan mengambil tanah yang telah jadi milik orang pada hukum syarak.

“Ini adalah satu kezaliman dan bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau dan bertemu peserta Projek Kelapa Pandan di Tebing Tembah, lapor Utusan di Terengganu pada Jumaat lalu.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/exco-dicabar-dedah-nama-pekebun-kelapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Terengganu Didakwa Menindas Pengusaha Kebun Kelapa

Kerajaan Terengganu Didakwa Menindas Pengusaha Kebun Kelapa

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 168 hits
Pengusaha kebun kelapa didakwa ditindas kerajaan Terengganu Exco Pas didesak beri penjelasanSITI NUR ZAWANIExco Pertanian Terengganu Dr Azman Ibrahim didesak untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan tanah kebun kelapa pandan di Tebing Tem...
10 Nama Bertanding Naib Presiden Pkr Jawatan Timbalan Masih Kosong

10 Nama Bertanding Naib Presiden Pkr Jawatan Timbalan Masih Kosong

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 142 hits
SITI NUR ZAWANISetakat jam 12 tengah malam tadi sekurang kurangnya 10 nama telah mencalonkan diri bagi bertanding merebut jawatan Naib Presiden PKR Dua nama besar yang terpapar pada sistem pencalonan pemilihan termasuklah Menteri Besar Sela...
Sekiranya Nurul Dipilih Nama Pm Anwar Pasti Akan Tercemar Dan Pkr Akan Di Anggap Sebagai Parti Nepotisme

Sekiranya Nurul Dipilih Nama Pm Anwar Pasti Akan Tercemar Dan Pkr Akan Di Anggap Sebagai Parti Nepotisme

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 141 hits
Mat Jenin Mengapa ramai ahli politik senior baik yang dalam kerajaan pembangkang mahupun yang pencen berpihak atau nyatakan sokongan kepada Nurul Izzah Boleh kita rungkaikan antara sebabnya 1 Rafizi Ramli telah mencipta sejarah dalam politi...
Terdesak Sungguh Gayanya Ya Petik Nama Raja Raja Melayu Pulak

Terdesak Sungguh Gayanya Ya Petik Nama Raja Raja Melayu Pulak

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 130 hits
Tiba tiba petik pulak Dah terdesak sangat nak kuasa ni Lapar sangat ni Hamzah mungkin Tapi rakyat tidak Kita ingat lagi selepas PRU15 YDP Agong ketika itu mencadangkan agar dibentuk Malangnya Oleh siapa Siapa lagi kalau bukan sendiri Masa t...
Pbn Beri Pekebun Durian Haram Masa 2 Bulan Terakhir Untuk Sertai Skim Pemutihan

Pbn Beri Pekebun Durian Haram Masa 2 Bulan Terakhir Untuk Sertai Skim Pemutihan

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 107 hits
Pekebun durian haram di Pahang diberi amaran terakhir oleh Pihak Berkuasa Negeri apabila diminta menyertai skim pemutihan dalam tempoh dua bulan akan datang sebelum tindakan lebih keras diambil termasuk pemusnahan kebun yang tidak berlesen ...
Waspada Sebaran Iklan Tawaran Pekerjaan Yang Menggunakan Nama Dan Logo Jpn Melalui Laman Sesawang Dan Media Sosial

Waspada Sebaran Iklan Tawaran Pekerjaan Yang Menggunakan Nama Dan Logo Jpn Melalui Laman Sesawang Dan Media Sosial

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 94 hits
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap sebarang iklan tawaran pekerjaan yang menggunakan nama JPN yang disebarkan melalui laman sesawang atau media sosial pihak ketiga Untuk m
Buang Je Nama Islam Kalau Kau Nak Kutuk Jurusan Seni Bod H Aaron Aziz Sound Dma Islam

Buang Je Nama Islam Kalau Kau Nak Kutuk Jurusan Seni Bod H Aaron Aziz Sound Dma Islam

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 125 hits
Baru baru ini tular tentang kenyataan dikeluarkan oleh seorang individu yang bertindak menghentam dan memperlekeh mereka yang mengambil beberapa jurusan seni di universiti Kenyataan lelaki dikenali sebagai DMA Islam itu telah menimbulkan pe...
Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Exploring The World S Quietest Place The Anechoic Chamber At Orfield Labs

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya

Semakan Keputusan Permohonan Melalui Upuonline 2025

Resepi Daging Kaprau

Raised Beds Terkini Jun 2025

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter