Excited Bila Pergi Tempat Healing Di Johor Parit Panjang Pontian


 Antara tempat healing di Johor iaitu di Kulai dan Pontian. Kenapa saya cakap begitu? ini pandangan peribadi saya sendiri.  Suasana kampung yang best bagi saya. Macam biasa, kami suami isteri last minit percaturan. Iaitu suami nak menginap di hotel bandar Kulai biasa yang kami menginap, sementara itu saya pula nak menginap di homestay. Disebabkan risau dengan kesesakan jalan, kami bersepakat untuk menginap di homestay di bahu jalan sahaja. Iaitu di Pontian, Johor. 
Nak dijadikan cerita, sehari sebelum bercuti ke Kulai. Iaitu di rumah kakak, sejak petang saya sibuk membuat carian di Google sehinggalah di waktu malam. Maka, terjumpa lah satu Homestay. Tapi, malangnya homestay tersebut sudah penuh. Maklumlah, cuti persekolahan kan? tambah lagi cuti Tahun Baru Cina. Bertambah kesesakan rakyat yang mahu bercuti.



Jumpa Homestay  Akhirnya saya menjumpai homestay Cik Milah, dengan bayaran RM 320 untuk 3 bilik. Selama 2 Hari 1 Malam, kami menginap di situ. Pada permulaannya, suami cakap nak survey dulu semasa datang tengok tu. Kemudian, saya ingatkan suami bahawa cuti sekolah. Terus suami bersetuju, memandangkan kami sampai ke Pontian sudah jam 2 petang ketika itu. 
Jika diikutkan, memang tidak mahu menginap di sini. Salah satu sebab, homestay ni betul-betul di tepi jalan utama. Kiranya hutan seberang jalan dan sekeliling homestay adalah hutan dan jalan. Belakang homestay hanya mempunyai 2 buah rumah sahaja. Saya tidak fikir lain, risau harimau tersesat sahaja. Teruk kan fikiran saya ni, overthinking! 
Sewaktu di homestay, saya mengajak adik bongsu dan keluarga kecilnya untuk menemani kami menginap di Homestay. Dan, tidak sangka pula abah pun nak tumpang bermalam di homestay kami. Rasa bahagianya bila ramai berkumpul di sini. Jadi, tidak takutlah kami. Jika diikutkan, agak seram juga. Sebab 2 bilik lagi dibiarkan kosong, tapi sudah di bayar. Tu yang rasa rugi je bila bilik homestay kosong macam tu. 
Manakala, mak dan adik perempuan bujang bermalam di rumah kakak di Kulai. 
Hari pertama di Homestay Cik Milah Malam hari pertama, kami membuat BBQ di homestay. Alhamdulillah, syukur. Sedang seronok  membakar ayam dan membuat steamboat, pelbagai hal yang bermain di fikiran. Maklumlah, depan hutan dan gelap pula tu. Risau, kan bakar membakar di malam hari. Mungkin memanggil sesuatu! 
Peralatan BBQ semua di bawa dari rumah kakak. Kata kakak dan abang ipar, ubah angin dan buat BBQ di tempat orang pula. Sebelum kami membuat BBQ, saya sudah meminta izin daripada tuan homestay iaitu Cik Milah sendiri. Alhamdulillah, dia izinkan kami buat BBQ di situ. 
Selesai  buat BBQ dan berkemas, kakak pulang ke rumahnya pada jam 11 malam begitu. Laluan Pontian ke Kulai, jalannya memang sangat gelap. Sangat  menakutkan ok! 
Tempat healing di Johor  Masya Allah, tabarakallah. Subhanallah! Pagi di hari ke-2 berada di Parit Panjang, Pontian. Jam 7 pagi, jalan raya semuanya berkabus ya.  Cantik suasananya, betul-betul suasanan yang saya impikan sebelum ini. 
Suasana kampung yang mendamaikan, dengan tahap kesejukan pada awal pagi dengan berkabus. Masya Allah, tabarakallah. Sungguh! Allah izinkan saya merasai suasana kekampungan begini. Anak-anak pun teruja dengan suasana begini. Maklumlah, kami di Kuantan tiada suasana seperti di Parit Panjang, Pontian. Di Kuantan, kami ada 7 buah pantai sahaja. 
Dek kerana keterujaan tersebut, ada beberapa keping gambar dan video saya sempat mengambilnya. Ini lah suasana tempat healing di Johor yang sebenar. Rupa-rupanya berada di Parit Panjang. 
Hari ke-2 berada di Parit Panjang, seawal jam 8 pagi kami berada di rumah kakak di Kulai. Aktiviti kami seramai 4 buah keluarga adalah lakukan brisk walk di sekeliling kampung kakak. Ok lah, lebih kurang 43 minit kami lakukan aktiviti sihat. Alhamdulillah, syukur. Cumanya untuk kenangan memang masing-maisng enjoy tidak pegang langsung smartphone. 
Ladang nanas di Parit Panjang, Pontian  Paling mengujakan kami seisi keluarga, laluan untuk sampai ke homestay Cik Milah. Ada beberapa gerai peniaga kecil menjual nanas yang segar dari ladang. 
Perkara paling mengujakan kami adalah buah nanas di petik hanya seberang jalan sahaja. Kerana disitulah terletaknya ladang nanas mereka. 
Nanas dengan baka MD2, walaupun kulitnya kelihatan kehijauan. Tetapi jangan risau, nanas tersebut sudah masak. Best! 3 biji RM 20.00 . Ada banyak saiz, saya pilih yang sederhana. Tidak lah besar sangat. 
Oleh sebab bonet kereta kami kecil. Beli sedikit sahaja, cukup untuk jadikan ole-oleh buat  jiran-jiran kiri kanan dan mak mertua. 
Bila melihatkan ladang nanas begini, dan bagaimana buah nanas di petik. Ini menjadikan tempat healing di Johor best, bagi pendapat saya. 



Kerepek Ayer Hitam, Johor tempat membeli segala kelengkapan kuih raya dan kerepek. 



Matahari naik di Parit Panjang Subhanallah. Pertama kali dalam hidup saya dan anak-anak dapat menikmati matahari terbit. Ya! matahari terbit dari arah sawah padi. Subhanallah! Sungguh cantik tidak terhingga dengan sun rise ni. Comel je, masa terbit tu tak panas dan tidak menyakitkan mata akibat silau. Maklumlah, saya ni silau. Cermin mata silau tidak bawa, jadi terselamatlah.
Ketika kejadian, matahari terbit jam 7.48 pagi . Kami dalam perjalanan mahu ke Kulai untuk bersarapan di rumah kakak. Dalam perjalanan tu, seakan dia welcoming kepada kami tau. heheh.

Seterusnya kami mandi-manda di wetland, lupa dah di mana. Tapi uniknya, tempat tersebut dalam ladang kelapa sawit. 
Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati ke tempat healing di Johor . Satu pengalaman mahal buat kami seisi keluarga sewaktu berada di Parit panjang, Pontian. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2024/02/excited-bila-pergi-tempat-healing-di-Johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Tak Nak Makcik Minta Yb Beli Anak Itik Buat Healing

Ayam Tak Nak Makcik Minta Yb Beli Anak Itik Buat Healing

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 167 hits
Permintaan seorang wanita yang mesra disapa makcik minta Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem beli anak itik mendapat perhatian orang ramai baru baru ini Makcik minta YB beli anak itik Menerusi sebuah video berd...
Healing Home By Noble Fit Fun Connection In Shanghai China

Healing Home By Noble Fit Fun Connection In Shanghai China

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 273 hits
Project Healing Home Architects Noble Fit Fun Connection Location Shanghai China Area 12 916 sf Year 2023 Healing Home by Noble Fit Fun Connection A residence fundamentally is the tangible embodiment of the dweller s The post appeared first...
Koleksi Ayat Healing Dari Al Quran Positif Self Healing

Koleksi Ayat Healing Dari Al Quran Positif Self Healing

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 372 hits
Apabila sedang berduka atau sedih disebab apa pun ada kalanya kita perlukan kata kata atau ayat healing bagi menangkan hati yang berduka lara Ayat ayat sebegini sedikit sebanyak mampu memberikan kita ketenangan dan mendamaikan jiwa walaupun...
Laksa Tepi Sungai Alor Setar Healing Time

Laksa Tepi Sungai Alor Setar Healing Time

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 241 hits
Lama sebenarnya nak pergi makan Laksa tepi sungai ni tapi tak berkesempatan sampailah minggu lepas tercapai juga Agak susah nak ikut lokasi dalam maps sebab kedai dia kena masuk jalan kecil Teringin punya pasal dua kali juga lah pusing menc...
Buffet Ramadan 2024 Merentasi Tradisi Sajian Dulu Kini Di Doubletree By Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadan 2024 Merentasi Tradisi Sajian Dulu Kini Di Doubletree By Hilton Johor Bahru

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 479 hits
Buffet Ramadan 2024 Merentasi Tradisi Sajian Dulu Kini di Doubletree By Hilton Johor Bahru Menu berbuka puasa di Doubletree by Hilton Johor Bahru ni antara menu yang dinanti nantikan tau mana taknya kebiasaan menu kat sini memang gempak gem...
Selera Desa Thistle Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru Hotel

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru Hotel

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 482 hits
Assalamualaikum WBTTIDAK sampai dua minggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan yang penuh berkah Tentu ramai yang mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturrahim dan persahabatan dengan berbuka bersama...
Buffet Buka Puasa Johor 2024 Citarasa Nostalgia Amari Hotel

Buffet Buka Puasa Johor 2024 Citarasa Nostalgia Amari Hotel

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 483 hits
Buffet Buka Puasa Johor 2024 Citarasa Nostalgia Amari Hotel Kali ni umi nak bawa korang untuk berbuka puasa di Amari Hotel Johor Bahru yang menampilkan hidangan citarasa Nostalgia Buffet Meriah betul menu yang disediakan di Amari Hotel Joho...
Buffet Ramadhan Johor 2024 Sajian Warisan Amansari Residence Resort

Buffet Ramadhan Johor 2024 Sajian Warisan Amansari Residence Resort

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 434 hits
Buffet Ramadhan Johor 2024 Sajian Warisan Amansari Residence Resort yang terletak di Seri Alam Pasir Gudang pada tahun ini bakal memberikan kepuasan untuk korang yang berbuka puasa disini Setiap tahun pastinya korang akan tertunggu tunggu k...
Maksud Healing Cara Untuk Healing

Maksud Healing Cara Untuk Healing

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 292 hits
Perkataan kini popular digunakan oleh sebagian individu terutamanya bagi golongan muda Namun apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut Maksud Healing Perkataan healing ialah perkataan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud sembuh atau...
Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Coolblog Love At First Bite

Mendaki Bukit Keluang Di Besut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Talula Hill Farm Resort Kluang Panduan Lengkap 2025

60 Mangsa Serangan Israel Dikebumi Serentak Di Tehran Termasuk Komander Tertinggi Saintis Nuklear

Bintang Realiti Beauty The Geek Didakwa Bunuh Potong Kepala Pasangan

12 Ucapan Terima Kasih Kepada Guru Paling Menyentuh

Makan Nasi Kandar Imigresen Mee Rebus Anuar Kuah Ketam

7 Beaches With Something More For The Fourth Of July And Beyond