Etiqa General Takaful Berhad Jalin Kerjasama Iium Bantu Pelajar B40 Dalam Bidang Animasi
Assalamualaikum & hai semua..
Baru-baru ni pihak International Islamic University Malaysia Education (IUUM) telah mengadakan satu Majlis Minum Petang bertema 'IIUM Education Moving Divison: Moving Foward 2022' bagi menyampaikan penghargaan kepada Etiqa Takaful Berhad atas tajaan sumbangan pembiayaan Pendidikan kepada para pelajar Kolej Islam Antarabangsa serta pelancaran program 'Certificate in Islamic Banking and Finance for Legal Practitioners (CIBFL)'.
Turut hadir merasmikan majlis tersebut, YB Dato' Indera Mohd Shahar, Timbalan Menteri Kewangan I yang mewakili pihak kerajaan Malaysia mengucapkan jutaan syabas & tahniah kepada IIUM Education Division kerana telah mengambil langkah proaktif untuk mendepani cabaran ekonomi semasa yang tidak menentu demi memastikan IIUM Education Division terus mampan sebagai institusi pendidikan yang terulung & cemerlang di persada dunia.
Dalam masa sama, Etiaq General Takaful Berhad menawarkan tajaan pembiayaan Pendidikan kepada pelajar di Kolej Islam Antarabangsa (IIC) dari golongan B40 dan sebahagian daripada jumlah tajaan akan diperuntukkan untuk projek animasi 2D memfokuskan pendidikan Islam dan dakwah yang melibatkan para pelajar tahun akhir Diploma Animasi Kreatif. Ini peluang keemasan untuk mengilap bakat para pelajar dalam industri animasi yang kini sedang berkembang maju dalam negara kita. Besar harapan pihak pengajar dan IIUM sendiri agar dapat melahirkan graduan yang boleh mencipta sendiri peluang pekerjaan dalam bidang animasi bukan sahaja terhad kepada penghasilan video animasi yang boleh menjana pulangan lumayan terutama dalam dunia teknologi masa kini.
Satu program baharu dengan kerjasama Institut Perbankan & Kewangan Islam UIAM (IIiBF) iaitu 'Certificate in Islamic Banking and Finance for Legal Practitioners (CIBFL). Dengan sijil pengiktifan pengalam kerja dalam industri perbankan & kewangan. Mudah cerita para pekerja institusi kewangan islamik boleh menjadikan pengalaman kerja bagi tempoh mereka berkhidmat itu sebagai bukti mengukuhkan pembabitkan mereka dalam industri yang sedang berkembang dalam negara Malaysia. Memang tidak dinafikan ramai antara mereka sukar untuk mendapat peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, ini mungkin salah satu batu loncatan bagi profesional institusi kewangan tampil lebih kehadapan dengan sijil pengiktirafan dari IIUM ini.
Bagi pihak Etiqa Takul Berhad, kerjasama ini merupakan satu jalinan erat antara Etiqa sebagai pelopor industri insuran dan kewangan manakala IIUM sendiri sememangkan terkenal sebagai salah satu pusat pengajiaan yang sangat pro-aktif dalam melahirkan para graduan berkualiti tinggi. Bukan setakat itu sahaja, Etiqa Takaful Malaysia mahu kerjasama ini bakal diteruskan di masa hadapan dengan peluang besar dari golongan perbankan islamik melebihi 20,000 orang seluruh Malaysia dan melibatkan sebanyak 6,460 syarikat perunding undang-undang.
Sebagai titik permulaan, 1,500 dari mereka bakal memulakan CIBFL program secara EdEx, satu sistem pembelajaran dari Universiti Harvad tidak lama lagi. Semoga ia menjadi jawapan untuk kepada para peguam mendapatkan tempat terbaik bagi menambah ilmu baharu serta mendapat pengiktirafan dari Institusi Kewangan & Perbankan Islamik, IIiBF.
Tahniah BBL ucapkan kepada Etiqa Berhad & pihak IIUM atas pencapaian kerjasama ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2022/02/etiqa-general-takaful-berhad-jalin.html