Espbt Sistem Pesanan Skim Pinjaman Buku Teks Online
espbt pesanan buku teks : Sistem Skim Pinjaman Buku Teks Online
Dahulu ingat lagi, yang dapat skim pinjaman buku teks (SPBT) cukup ramai. Boleh dikatakan hampir kesemuanya murid di kelas dalam bantuan ini.
Dan bantuan ini sangat membantu apabila dapat meringankan beban kos dikalangan ibu bapa untuk beli buku teks yang baru. Jadi apabila sesi persekolahan sahaja, murid dan pelajar boleh terus tumpu proses pembelajaran tanpa sebarang kesulitan di mana bahan belajar telah pun lengkap diberikan kepada mereka.
Jikalau dahulu bantuan ini hanya diberikan kepada sekolah kerajaan baik sekolah rendah dan sekolah menengah dan sekolah bantuan kerajaan semata.
Tetapi sekarang ini bantuan ini telah pun ditambah ke beberapa jenis sekolah yang lain termasuk sekolah menengah agama kerajaan engeri dan juga sekolah menengah agama rakyat pun dapat juga.
Dengan pertambahan pelajar di sekolah hari ini, stok buku teks tidak dapat menampung permintaan yang tinggi, jadi ia perlu diberikan kepada yang benar layak dan melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan melalui borang SPBT yang dihantar merujuk kepada pekeliling sbpt yang sedia ada.
Bagi memudahkan pengurusan skim pinjaman buku teks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah membangunkan dan menyediakan sistem espbt pesanan buku teks online.
Cara Menggunakan Sistem espbt Pesanan Buku Teks
1) Jikalau anda mahu akses sistem espbt Pesanan Buku Teks secara online boleh klik pada pautan ini, https://espbt.moe.gov.my/
2) Anda digalakkan akses menggunakan sistem browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox dan masukkan kod sekolah anda dan kata laluan (password) untuk login sistem ini
3) Pastikan sebelum anda lakukan espbt pesanan buku teks secara online, anda muat turun borang unjuran enrolmen murid sekolah dan lengkapkan borang tersebut
4) Selepas anda berjaya login, anda perlu tekan butang ‘PROFIL’untuk lakukan kemaskini segala maklumat dengan info yang tepat dan terkini
5) Kemudian, pastikan anda tekan pula butang ‘PRA PESANAN’ di amna anda perlu download ‘Borang Maklumat Stok Buku’ untuk anda lengkapkan
6) ENROLMEN MURID perlu dilakukan untuk mengesahkan murid yang mana mendapat buku teks
7) Anda sebagau guru perlu log keluar dan guru besar atau pengetua sekolah anda akan login dengan ID pengguna mereka dan password untuk mengesahkan segala butiran yang telah anda lakukan sebelum ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mypt3.com/espbt-pesanan-buku-teks