Esofagus Melecur Selepas Telan Bateri
Sarah menelan sebiji bateri yang diperoleh daripada alat kawalan jauh daripada lampu malamnya. – SWNS
LONDON – Seorang kanak-kanak perempuan yang tertelan sebutir bateri dalam satu kejadian di Scotland dijangka pulih selepas dia memuntahkan bahan toksik itu semula di sebuah hospital, lapor akhbar Metro UK semalam.
Sarah Wallace, 9, pada bulan lalu tanpa sengaja menelan bateri butang kecil itu dan memberitahu ibu bapanya tentang perkara itu sambil menjerit kesakitan.
Kanak-kanak itu meletakkan bateri yang diperoleh daripada alat kawalan jauh lampu malam ke dalam mulutnya.
Bimbang dirinya akan dimarahi, dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibu dan bapa tirinya.
Mereka menghubungi talian kecemasan 999 dan 10 minit kemudian, Sarah mula menjerit dan memegang dadanya kerana bateri yang bocor itu telah menyebabkan esofagusnya terhakis.
Ibu Sarah, Joanne Wallace, dan suaminya, Jamie Longland kemudian membawa kanak-kanak itu ke Hospital Victoria.
Jelas Joanne, anaknya tidak berniat untuk menelan bateri itu yang mula ‘membakar’ esofagusnya.
“Mangsa memuntahkan semula semula bateri itu ketika berada di hospital.
“Ia berwarna hitam dan biru serta telah bocor,” katanya.
Sarah masih mengambil ubat omeprazole bagi membantu dia pulih dan telah dibawa ke Hospital Diraja untuk Kanak-kanak di Edinburgh untuk penilaian.
Namun, memandangkan bateri tersebut hanya dibiarkan di dalam badannya selama satu jam, ia akan meninggalkan parut yang kecil dan tidak membahayakan nyawanya,” kata Joanne. – AGENSI
Esofagus melecur selepas telan bateri
Baca Artikel Menarik:
Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak
Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu
SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU
Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib
Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’
PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri
Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB
Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro
Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak
Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
China berang Barat boikot Olimpik Beijing dan beri amaran Barat akan terima padah
The post Esofagus melecur selepas telan bateri appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/12/10/esofagus-melecur-selepas-telan-bateri/