Erra Fazira Terbuka Bercinta Dengan Ezwan Zain Akui Tak Gentar Makan Malam Di Tempat Umum




Pelakon Erra Fazira, 51, semakin terbuka menjalani fasa percintaan baru dengan usahawan Ezwan Zain atau Mr. E, dan mengakui tiada rasa gementar untuk makan malam bersama di tempat umum buat pertama kali. Menurutnya, kematangan dalam dirinya kini membolehkannya menjalani perhubungan ini dengan lebih tenang dan santai berbanding dahulu. “Banyak beza, kalau dulu saya menggelabah, tapi sekarang seiring usia saya sudah semakin okey, makin matang. Tiada apa perlu saya sembunyikan,” ujarnya.
Erra menjelaskan bahawa dulu dia lebih berhati-hati dalam menjaga privasi, terutama ketika keluar untuk makan malam atau bertemu dengan seseorang. “Kalau dulu nak pergi ke mana-mana, nak dating keluar makan malam pun kena ada orang (lain) temankan. Jaga privasi (sebab) banyak hati nak fikir tapi sekarang saya jalan terus serta nak lalui fasa normal macam orang lain,” katanya dengan penuh keyakinan.

Biarpun keluar bersama Ezwan di tempat umum seperti Kampung Baru yang dipenuhi orang ramai, Erra merasakan tiada masalah untuk menjalani saat itu dengan tenang. “Menariknya saya pernah keluar pertama kali di tempat ramai orang di Kampung Baru walaupun masih cari sudut-sudut dan orang tengok, saya rasa baik-baik sahaja,” tambahnya dalam sesi bersama Syok Podcast.

Mengenai hubungan dengan Ezwan, Erra merendah diri dan hanya mengharapkan doa yang terbaik daripada peminat dan pengikutnya. Dia menyifatkan panggilan “Ezra” sebagai usikan nakal netizen yang memadukan nama mereka berdua. Walaupun hubungan mereka kini semakin diperkatakan, Erra lebih memilih untuk memfokuskan kepada fasa seterusnya dalam perhubungan tersebut.

“Alhamdulillah. Ada yang kata restu, lulus, bagi tanda setuju tapi apa pun saya lebih kepada memohon doa. Kadang-kadang indah di sini, cuma biarlah berterusan,” ujar Erra dengan penuh harapan. Erra juga mendedahkan bahawa Ezwan sudah bertemu dengan ibu beliau dan sebaliknya, serta mereka kini mengenali keluarga terdekat masing-masing. Walau bagaimanapun, Erra menegaskan bahawa tidak ada keperluan untuk terburu-buru dalam melangkah ke fasa seterusnya. “No rush, kita kenal hati budi keserasian yang penting serta matlamat kita di hujungnya,” katanya.

Awal tahun ini, identiti Ezwan mula menjadi bualan hangat selepas beberapa khabar angin mengenai status hubungan mereka mula tersebar. Namun, kedua-duanya lebih selesa untuk membiarkan hubungan mereka menjadi teka-teki, walaupun beberapa klip video memaparkan mereka bersama dan semakin menunjukkan keakraban mereka. Erra juga menyatakan bahawa Ezwan memberi bayangan bahawa hubungan mereka akan menuju ke fasa yang lebih serius.





Source link
The post Erra Fazira Terbuka Bercinta Dengan Ezwan Zain, Akui Tak Gentar Makan Malam Di Tempat Umum appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/erra-fazira-terbuka-bercinta-dengan-ezwan-zain-akui-tak-gentar-makan-malam-di-tempat-umum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malam Ni Kita Makan Mee Kuah Tulang Cara Utaqa Sebab Akak Orang Utaqa Penang

Malam Ni Kita Makan Mee Kuah Tulang Cara Utaqa Sebab Akak Orang Utaqa Penang

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 283 hits
Resepi Mee Kuah Tulang Utaqa Eh malam ni kita nak masak mee kuah tulang cara Utaqa Akak ni dari Penang so mesti lah ada rasa yang lain sikit Bahan bahan Tulang Cili kering anda juga boleh guna cili blend 1 biji bawang besar 3 ulas bawang pu...
Family Staycation Indonesia Makan Kat Rijsttafel Resto Tempat Makan Viral Di Bandung

Family Staycation Indonesia Makan Kat Rijsttafel Resto Tempat Makan Viral Di Bandung

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 176 hits
Assalamualaikum Ini merupakan hari pertama kami di Kota Bandung Lepas letak segala barang dan bagasi kat hotel El Cavana kami pun terus call kereta sewa untuk ke destinasi pertama nbsp Boleh baca sini gt nbsp Pengalaman menginap di El Cavan...
Openai Tukar Strategi Umum Model Ai Lebih Terbuka

Openai Tukar Strategi Umum Model Ai Lebih Terbuka

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 122 hits
OpenAI pembangun ChatGPT mengumumkan pembangunan model AI yang lebih terbuka beralih daripada pendekatan tertutup yang selama ini menjadi pegangan syarikat Ia merupakan kali pertama mereka berbuat demikian sejak GPT 2 Langkah ini diambil ke...
Cantiknya Engku Aleesya Puteri Kesayangan Erra Fazira Persis Macam Mamanya

Cantiknya Engku Aleesya Puteri Kesayangan Erra Fazira Persis Macam Mamanya

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 108 hits
Cantiknya Engku Aleesya puteri kesayangan Erra Fazira persis macam mamanya Engku Aleesya puteri kesayangan Erra Fazira telah pun menginjak usia 16 tahun Merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Erra dan bekas suaminya Engku Emran Engk...
Video Punca Jatuh Cinta Erra Fazira Dedah Keistimewaan Mr E Yang Ramai Tak Tahu

Video Punca Jatuh Cinta Erra Fazira Dedah Keistimewaan Mr E Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 160 hits
Dalam satu temubual eksklusif bersama program Podcast Syok primadona filem Melayu Erra Fazira berkongsi detik perkenalannya dengan seorang usahawan Ezwan Zain yang mesra dikenali sebagai Mr E Erra mendedahkan bahawa sebelum ini ramai indivi...
Dari The Westin Kl Ke Goldbar Kl Tempat Makan Baru Yang Patut Diterokai Di Kl

Dari The Westin Kl Ke Goldbar Kl Tempat Makan Baru Yang Patut Diterokai Di Kl

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 207 hits
Hey food lovers If you re always on the hunt for the next exciting dining destination you re in luck This month Kuala Lumpur is buzzing with some amazing new restaurants caf s and bars that you won t want to miss Whether you re planning a r...
Isu Menara Kl Sykt Risau Diusir Polis Dbkl Di Malam Raya Pertama

Isu Menara Kl Sykt Risau Diusir Polis Dbkl Di Malam Raya Pertama

papar berkaitan - pada 1/4/2025 - jumlah : 199 hits
Malaysiakini nbsp Bekas pengendali Menara Kuala Lumpur Hydroshoppe Sdn Bhd memanggil sidang media tergempar malam ini kerana bimbang akan diusir tepat tengah malam Perkara ini susulan tersebarnya sepucuk surat dalam talian yang mendakwa Kem...
Liga Super Skuad Sri Pahang Fc Kenduri Gol Apabila Membelasah Kedah Darul Aman Fc 6 0 Malam Tadi

Liga Super Skuad Sri Pahang Fc Kenduri Gol Apabila Membelasah Kedah Darul Aman Fc 6 0 Malam Tadi

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR Skuad Sri Pahang FC berpesta gol apabila membelasah Kedah Darul Aman FC 6 0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi Pesta gol Sri Pahang bermula pada minit ke 37 menerusi tendangan deras Sergio...
Jabatan Meteorologi Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Pahang Negeri Sembilan Johor Dan Sarawak Malam Ini

Jabatan Meteorologi Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Pahang Negeri Sembilan Johor Dan Sarawak Malam Ini

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 184 hits
PETALING JAYA Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di Pahang Negeri Sembilan Johor dan Sarawak malam ini MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan di Pahang ia melibatkan kawasan Bera dan Rompin manakala Negeri Sembila
Judge Accused Of Judicial Interference May Become Cj Soon Rafizi Predicts

Dpm Fadillah Pays Courtesy Call On Sabah Governor

Hallucination Water Claims Spark Criminal Investigation Into Ehati Marriage Programme In Selangor

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Speed Read The Luxe Brough Superior X Richard Mille Rmb01 And More

22 Years Fighting To The Top 3 Years To Lose The People

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Televisyen Saiz 40

Video Menarik Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomba Kini Di Youtube

Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau

Misha Omar Umum Konsert Dia 2025 Ini Lokasi Tarikh Info Tiket

My Moving Journal A Fresh Start

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection