Eriza Mencipta Telaga Emosi Melalui Lagu Demi Kasih
Baru-baru ini AlongMurni (AM)
dimaklumkan bahawa penyanyi muda berbakat iaitu ERIZA, 21 tahun, atau
nama sebenarnya ISMAR ERIZA ALLYA telah mempertaruhkan bakat nyanyiannya
dengan melancarkan lagu pertama beliau berjudul, ‘DEMI KASIH’.
ERIZA yang membuat
kemunculan sulungnya dengan single terbarunya, mendedahkan bahawa pemilihan
lagu 'DEMI KASIH' sebagai lagu debutnya adalah hasil daripada minat
mendalamnya terhadap genre muzik balada.
ERIZA MENCIPTA TELAGA EMOSI
MELALUI LAGU ‘DEMI KASIH’
“Saya memilih lagu ini sebagai
debut pertama kerana saya sangat sukakan muzik balada dan mahu mencubanya.
Lagu-lagu balada mempunyai daya ungkapan emosi mendalam yang membuatkan saya
tertarik dengannya” kata ERIZA.
ERIZA turut menyatakan
bahawa lagu ‘DEMI KASIH’ hasil komposer dan penulis lirik, DATO AYU
OMEL, ini mempunyai jiwa & emosi yang tersendiri apabila menyampaikan
lagu ini.
“Ketika mendengar demo lagu
tersebut, hati saya terus tertarik pada lirik dan melodinya. Saya suka bagaimana
penulis lirik menggambarkan jiwa seorang wanita yang melalui detik sukar dalam hidupnya
apabila terpaksa melepaskan seorang lelaki yang banyak berkorban untuknya.
“Lagu ini agak mencabar bagi saya
pada permulaannya, tetapi hasil dari bimbingan semua pihak di label D’AYU
MUSIC memberikan keyakinan bahawa lagu ini akan berjaya menawan hati
pendengar terutama mereka yang mengalami situasi yang sama seperti mesej di
dalam lagu ini.”
DATO AYU OMEL, sebagai
komposer dan penulis lirik, telah mencipta sebuah karya yang sungguh menarik,
dan melalui penyampaian penuh emosi ERIZA, lagu 'DEMI KASIH' dijangka
akan menjadi pilihan hati ramai pendengar.
“ERIZA kini berada di
landasan yang tepat untuk meraih kejayaan dalam dunia muzik, dan kita semua berharap
untuk menyaksikan perjalanan kerjayanya yang semakin cemerlang. ‘DEMI KASIH’
adalah lagu yang pasti akan membawa kita dalam pengembaraan melalui emosi yang sejati”
kata DATO AYU OMEL.
Walaupun masih menuntut pelajaran
di sebuah universiti tempatan, ERIZA telah membuktikan bahawa beliau
mampu menguruskan masanya dengan baik dan menganggap perjalanan ini sebagai liku-liku
yang perlu dilaluinya dalam meniti kerjaya dalam industri muzik yang mencabar
ini.
BAKAT NYANYIAN DAN LAKONAN
DALAM MV ‘DEMI KASIH’
Menurut pengurus D’AYU MUSIC,
Nazim Othman, proses persiapan segala bahan lagu ini dibuat dengan teliti
terutama pada lagu dan muzik video ‘DEMI KASIH’ ini. Muzik video ini
adalah hasil produksi dari MOTAWH PRODUCTION yang diarahkan oleh AS’AD
MOTAWH.
“Apa yang menarik mengenai muzik
video ‘DEMI KASIH’ ini adalah kami menerapkan bakat lakonan dan nyanyian
ERIZA di dalamnya. Muzik video ini berkonsepkan penceritaan agar mood
yang disampaikan dalam lagu ini lebih berkesan kepada pendengar. “Pengalaman
lakonan ERIZA sebelum ini sangat membantu dalam proses menyiapkan muzik
video ini” ujarnya.
ERIZA sebelum ini telah
berlakon di dalam sebuah filem ‘Harum Malam’ arahan pengarah terkenal Dain
Said, dan beliau telah selesai persiapan akhir untuk sebuah filem yang akan
ditayangkan pada tahun hadapan.
Untuk makluman, lagu ‘Demi Kasih’
telah dilancarkan pada 13 Oktober lalu di semua digital streaming bersama Muzik
Video di Youtube Channel D’AYU MUSIC.
* Untuk saksikan Muzik Video dan
Lirik lagu boleh klik di sini*
https://www.alongmurni.com/2023/10/lirik-lagu-demi-kasih-oleh-eriza.html
KATA ALONGMURNI
"Demi semua kisah cintaku
bersamamu, Ku khianati hati yang tulus mencintai aku". Lirik yang sangat mendalam
dan AM sangat suka setiap bait-bait lirik dalam lagu ini.Tahniah buat DATO AYU OMEL atas keindahan dan lirik yang puitis ini.
Suara Eriza
sangat lunak dan sedap didengari. AM sukakan keunikan suara Eriza ini. Semoga terus melangkah maju dengan jayanya dalam bidang nyanyian genre balada ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/10/eriza-mencipta-telaga-emosi-melalui-lagu-demi-kasih.html