Era Master Berkasut Nautifit


Akhirnya Master memilih pasangan baru...Pasangan apa tu? Pasangan kasut daa... Tarikh 6-Januari-2017 menjadi titik noktah bermulanya kehidupan baru Master berkasutkan sepasang kasut baru untuk ke tempat kerja.
Kasut kerja itu Master beli di AEON Mall Kota Bharu pada 1-Januari-2017 yang lalu. Itupun setelah terpaksa......
Kasut yang Master pilih kali ini adalah daripada jenama Nautifit, bukan kerana Master seorang yang naughty, tapi kerana beberapa faktor yang akan diceritakan sebentar sahaja lagi, itupun jika kawan-kawan sudi scroll ke bawah.

Perkara pertama yang Master akan pandang pada sepasang kasut (ataupun sebelah kasut) adalah tapaknya. Kenapa tapaknya? Kerana ia adalah nadi kepada keberkesanan sepasang kasut. Master akan memilih tapak kasut yang mencengkam, tahan lasak, dan mudah lentur (flexible).
Master akan pergi ke semua kasut, dan dengan pantas meneliti tapak kasut setiap kasut tu satu-persatu, jika tidak sesuai terus sahaja Master reject. Jika bunga tapaknya tu dah menepati citarasa, Master akan membengkokkan kasut tersebut untuk melihat tapaknya mudah lentur atau tidak.
Tapi selalunya kalau Master intai bawah tapak kasut, para penjual akan datang ke arah Master dan bertanya, "berapa bajet?", sebabnya harga kasut tu selalunya ditampal di tapak kasut.

Perkara kedua yang Master akan intai pada sepasang kasut adalah kusyennya. Jika kusyennya menyokong tapak kaki tentulah sangat bagus. Tapi susah juga nak uji kerana ketahanan kusyen kasut akan teruji hanya setelah dipakai untuk satu tempoh yang agak lama. Kusyen kasut Nautifit ni tidak berapa selesa kerana ia tidak berapa kemas, tapi lama-lama nanti biasalah tu bak kata pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa.

Perkara ketiga adalah rekaan atas. Rekaan atas kasut Nautifit ni tidaklah secantik mana pun, dan begitu juga kusyennya tidaklah berapa selesa, tapi faktor keempat iaitu harga kasut memainkan peranan penting di sini kerana harganya cuma RM 60 sahaja. Sesuailah dibeli untuk dipakai buat sementara waktu, kerana Master kalau boleh nak cari kasut seperti kasut kulit Pierre-Cardin yang pernah dipakai suatu masa dahulu.
Tali kasut Nautifit ni pun tidak digemari Master kerana ia halus seperti spagheti olio.
Takkan beli kasut Pratik selepas iniIni adalah azam Master kerana kasut berjenama Pratik yang beliau beli memang tidak tahan lama kusyennya, sakit kaki dan tumit kaki Master dibuatnya. Tambahan pula apabila di-Google nama Pratik ni keluar pula simbol pelik-pelik ala pemuja syaitan.

Kasut jenama Pratik milik Master ni rosak terus selepas Master sertai permainan harta karun di pejabat beliau.

Sneaker BATA rosak selepas sehari dipakaiSebenarnya Master mempunyai kasut back up untuk menggantikan kasut Pratik tersebut jika rosak. Malangnya sneaker berjenama Bata tu rosak selepas dipakai sehari.
Pada hari pertama memakainya kawan-kawan Master menegur, "wah... kasut baru".
Pada hari kedua pula mereka menegur, "kasut kau dah reput", huhuhu...
Kasut yang hendak disimpan lama harus disimpan dengan betul dengan diselitkan bahan kimia yang berkaitan untuk mengelakkannya daripada mereput.
Errmmm, tapi lah kan... rasanya kasut Master tu bukan jenis sneaker kot? Tak kisahlah apa jenis pun asalkan kasut...hihihi

Setelah Tedi Google sebentar tadi, memang betullah ianya bukan sejenis sneaker tapi ia adalah loafer. Lantaklah, Tedi pun dah silap label pada gambar, malas Tedi nak edit mereka semula. Boleh dilihat dalam gambar tersebut bahagian kulit kasut loafer tu mereput dan nampak bahagian kainnya.

Loafer berjenama BATA ni bukanlah kasut kegemaran Master dan sebenarnya ia diperolehi percuma apabila Master beli sepasang kasut BATA yang lain.
Tapak kasutnya licin dan kusyennya tidak tebal, menyakitkan kaki semasa memakainya.

Itu sahaja cerita pasal kasut Master, semoga Master akan memperolehi kasut yang lebih baik, dan semoga kasut Nautifit Master tu tahan lama.
\(^0^)/
Penafian:Kiriman Tedi berkenaan tajuk  "Era Master Berkasut Nautifit" ini adalah pendapat peribadi Master terhadap pengalaman beliau memakai dan mencuba kasut Nautifit Malaysia. Setiap orang punyai pandangan masing-masing yang berbeza, dan ini adalah pandangan yang munkin tidak kekal tentang kasut jenama Nautifit ni. apa yang penting, kaki dan poket masing-masing selesa... hehe..
Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 17 Januari 2017.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/01/era-master-berkasut-nautifit.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenangan Kartun Kegemaran Ramai Era 80an Mospaeda

Kenangan Kartun Kegemaran Ramai Era 80an Mospaeda

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 1099 hits
GENESIS CLIMBER MOSPEADA MOSPEADA ialah antara anime robotik paling popular sehingga banyak disiarkan dalam tv negara kita Paling awal ia keudara pada pertengahan 80an oleh Rtm dan selepas itu beberapa kali disiarkan oleh Tv3 sekitar 90an I...
Soksi Jagokan Bamsoet Kaderisasi Golkar Mati Di Era Airlangga

Soksi Jagokan Bamsoet Kaderisasi Golkar Mati Di Era Airlangga

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 155 hits
Melihat kondisi perekonomian dunia yang masih terguncang SOKSI mendorong para menteri sebagai pembantu presiden fokus menjalankan tugas dan fungsinya Jangan sampai para menteri khususnya yang berada di bidang ekonomi terpecah konsentrasinya...
Persediaan Kepada Anda Jika Mahu Sambung Master Dan Phd

Persediaan Kepada Anda Jika Mahu Sambung Master Dan Phd

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 361 hits
Kepada pelajara lepasan Ijazah Sarjana Muda khususnya pasti mempunyai cita cita untuk sambung Master dan PhD Pembelajaran tidak berhenti sebenarnya bagi mana mana tahap hatta di peringkat Ijazah Sarjana Muda Selagi kita bergelar manusia ilm...
Realme X2 Pro Master Edition Turut Ditawarkan Kemasan Seakan Bata Merah

Realme X2 Pro Master Edition Turut Ditawarkan Kemasan Seakan Bata Merah

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 310 hits
Hari ini Realme Malaysia telah melancarkan Realme X2 Pro secara rasmi untuk pasaran tempatan Ia hadir dengan skrin 6 5 inci Super AMOLED Fluid Display 90Hz dijana Snapdragon 855 RAM 12GB dan storan 256GB UFS 3 0 Kemudian kamera pula adalah ...
Jom Sokong Restoran Master Mah Pelbagai Menu Cina Muslim Ada Disini Siap Ada Diskaun Untuk Ahli

Jom Sokong Restoran Master Mah Pelbagai Menu Cina Muslim Ada Disini Siap Ada Diskaun Untuk Ahli

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 1434 hits
Restoran Master Mah menyediakan masakan Cina Muslim lanzhou yang lazat seperti Mi Goreng Kering Daging Sejuk Minyak Wijen Bao Bao Teh Mee daging Nasi Goreng Lanzhou dan mempunyai pensijilan halal Jakim Restoran Master Mah juga menyediakan g...
Komik Alam Perwira Komik Lejen Era 90an

Komik Alam Perwira Komik Lejen Era 90an

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 1216 hits
ALAM PERWIRA Nostalgia emas Kesemua Pembaca Komik Hong Kong Era 90an Antara watak penting Karya Tony Wong Episod 163 Watak Utama Jifat Jikao Rahib Esa Duke Jichang Maharaja Zhou Paling Popular dan Paling Legend Itulah ungkapan dalam rangkap...
Era Ph Saham Fgv Melonjak Lebih 100 Era Ph Saham Fgv Melonjak Lebih 100

Era Ph Saham Fgv Melonjak Lebih 100 Era Ph Saham Fgv Melonjak Lebih 100

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 338 hits
Era PH Saham FGV melonjak lebih 100 Oleh November 28 2019Via WhatsAppTahniah peneroka Felda kerana tidak mengundi BN Dgn kecekapan kerajaan PH peneroka boleh tersenyum gembira Senyap Senyap Harga Saham FGV Naik 100 Majalah LaburMesti terkej...
Menteri Edhy Janji Tak Ganti Penjabat Eselon I Era Susi Pudjiastuti

Menteri Edhy Janji Tak Ganti Penjabat Eselon I Era Susi Pudjiastuti

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 301 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo memastikan tidak akan ada pergantian jabatan eselon I di tubuh kementerian yang dipimpinnya Hal itu disampaikan Edhy dalam acara Rapat Koordinasi Nasional Kementerian Kelautan dan Perikanan di Hot...
Chairul Tanjung Tak Mudah Mengelola Ekonomi Dan Bisnis Di Era Saat Ini

Chairul Tanjung Tak Mudah Mengelola Ekonomi Dan Bisnis Di Era Saat Ini

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 204 hits
Beberapa tantangan ekonomi Indonesia saat ini adalah perang dagang Amerika Serikat dengan China yang belum juga menemukan titik kesepakatan Selain itu juga masih ada brexit yang belum diketahui kapan akan berakhir
Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into

Nasihat Buat Rafizi Dan Nik Nazmi

Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Follow Up Di Kpj Seremban

Choosing The Right Oem Company In Malaysia For Your Brand S Growth

Supermono Supreme Xtr Pepo Customizes The Royal Enfield Guerrilla 450

Tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025

Bts We Are Back


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

The Ayatollahs Bluffing Is Falling Apart

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam