Epistemisid


Dalam satu persidangan antrabangsa di Pulau Pinang (ARUPS-MIPC 2019), Prof Sath Cooper menyebut tentang epistemisid: pembunuhan sistem ilmu. Terkenang ucapan beliau, saya merenung apa yang berlaku di Malaysia. Adakah epistemisid sedang meleluasa di tanah air
Bila orang diherdik dan diarahkan 'ikut saja' sesuatu isu fekah, adakah itu epistemisid
Bila ada perdebatan, dan pendebat memberi pukulan maut (diikuti tanda pagar donetalking) untuk menamatkan debat secara pra-matang, adakah itu epistemisid
Bila tesis calon PhD diluluskan secara pentadbiran dengan alasan 'ada tesis yang lebih teruk yang telah lulus', adakah itu epistemisid
Bila makin ramai yang ghairah meneroka ilmu yang 'luas' (yang tidak ketahuan asal usulnya) dan pada masa yang sama menafikan ilmu wahyu dan warisan ulama, adakah itu epistemisid
Tidak kurang juga yang bermotivasi menceduk ilmu tentang fitrah manusia disebabkan dorongan komersil. NLP, Law of Attraction, numerologi, grafologi, dan logi-logi lain yang tidak logikal diburu dan dibayar dengan harga yang mahal sebagai 'senjata' perniagaan. Kononnya dengan mengetahui 'rahsia personaliti di sebalik tulisan tangan' dapat menentukan bidang perniagaan yang sesuai. Atau dapat menentukan angka yang menjadi magnet rezeki melalui 'takdir' yang tersimpan dalam tarikh lahir
Bila ada satu produk yang diilhamkan oleh kajian seorang pemenang hadiah Nobel, maka produk itu diiklankan dengan kata-kata bahwa ia dicipta oleh pemenang hadiah Nobel. Walhal, dia tidak terlibat pun dengan produk tersebut. Kajiannya juga tiada kait mengait secara langsung dengan produk yang dijaja. Kajiannya yang dianugerahkan hadia Nobel jauh skopnya daripada 'kajian' di belakang produk yang dimasukkan dalam pasaran. Para penjual produk menjadi terlalu ghairah mengherotkan ilmu sehingga menekupkan ilmu yang asal
Epistemologi yang sahih dipinggirkan
Logi-logi yang bermotifkan materialisma bercambah-cambah


Penolakan ilmu sains dalam bentuk bantahan terhadap pandangan pakar (ubat malaria tidak terbukti ada kesan merawat COVID-19; tapi dia telan dan promosikan juga), gerakan anti-vaksin (menyanggah fakta-fakta vaksin dengan auta-auta yang dicipta sendiri), dan golongan yang menyuburkan rasa tidak percaya kepada doktor dan perkhidmatan kesihatan (woi.... mengapa makan ubat hospital? Ada racun tau tak?) mungkin adalah manifestasi epistemisid yang bergerak rancak di tanah air
Dorongan komersil, hedonisma atau materialisma (nak bergambar dengan Mercedes kelas S hasil komisen jual produk) ibarat katalis kepada epistemisid. Sistem kapitalis yang tidak terkawal merancakkan hakisan keyakinan kepada ilmu yang sahih, objektif dan bertunjangkan Quran dan Sunnah
Epistemisid bukan hanya tekanan barat terhadap warisan keilmuan Timur; bukan racun orientalis terhadap empayar Islam. Sekarang, kapitalisma yang buta warna kulit makin gagah atas tatangan media sosial
Kapitalisma adalah tali gantung yang dijerutkan ke leher ilmu oleh individu yang terpesona dengan dunia
=====Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka."Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2020/05/epistemisid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner