Epemula Bantu Rangsang Ekonomi Melalui Perbelanjaan Pengguna


 
Kerajaan memperuntukkan RM300 juta untuk ePemula, inisiatif untuk menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai dalam kalangan belia berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar di institusi pengajian tinggi. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Program ePemula dijangka memberi impak kepada perbelanjaan pengguna berikutan kredit e-tunai RM150 berkemungkinan besar akan dibelanjakan untuk barangan yang boleh didapati dalam talian, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata kredit e-tunai untuk belia, akan dibelanjakan hampir serta-merta dan ini akan membantu merangsang ekonomi melalui perbelanjaan pengguna.
“Oleh itu, akan terdapat kesan berganda, pembelian dalam talian ini akan memberi manfaat kepada perniagaan berikutan mereka mendapat jualan daripada penerima ePemula. Jumlah peruntukan sebanyak RM300 juta. Ia ternyata akan memberi kesan limpahan yang positif,” katanya kepada Bernama.
Bagi perniagaan luar bandar yang masih belum memanfaatkan e-dagang, katanya kerajaan mungkin perlu meningkatkan kesedaran mengenai faedah daripada e-dagang.
“Percambahan e-dagang amat ketara semasa pandemik. Saya rasa tahap penerimaan adalah baik berikutan penduduk luar bandar dapat melihat dengan mudah manfaat sebenar.
“Mungkin kini kita perlu menggalakkan mereka mengembangkan jejak elektronik atau siber mereka melalui latihan dan kempen kesedaran,” katanya.
Kerajaan memperuntukkan RM300 juta untuk ePemula, inisiatif untuk menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai dalam kalangan belia berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar di institusi pengajian tinggi.
Melalui program itu, RM150 akan dikreditkan ke dalam e-dompet kira-kira dua juta belia.
Individu yang layak akan menerima e-kredit melalui e-dompet yang dipilih iaitu ShopeePay, BigPay, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.
Platform e-dagang beri manfaat kepada pengguna
Ketua Pegawai Eksekutif GrabPay Malaysia Priyanka Madan berkata bagi melengkapkan kredit bernilai RM150 daripada kerajaan, GrabPay telah menambah baucar tunai sebanyak RM210.
“Sejajar dengan teras ePemula, kami membahagikan kredit RM150 tersebut kepada baucar tunai dalam denominasi lebih kecil untuk menawarkan lebih banyak peluang kepada pemohon yang layak untuk berbelanja dengan berhemah dan memanfaatkan pelbagai perniagaan memandangkan mereka berusaha meraih semula jualan luar talian sambil menerima kebaikan ekonomi digital.
“Dalam tempoh tiga hari pertama pelancaran program ini, kami mendapati denominasi baucar tunai yang sering digunakan oleh pemohon yang layak adalah RM20 dan RM10, terutamanya untuk produk makanan, kesihatan dan kecantikan serta keperluan isi rumah.
“Perbelanjaan mereka telah memanfaatkan hampir empat ribu peniaga GrabPay di seluruh negara,” katanya.
Menurut Priyanka, sejak pelancaran e-dompet GrabPay, GrabPay telah membantu ribuan perniagaan mikro, kecil dan sederhana untuk beralih kepada dalam talian dan menerima pembayaran tanpa tunai sebagai medium untuk menangani sekatan kawalan pergerakan.
“Sebelum ePemula, GrabPay turut menyokong usaha yang diterajui kerajaan seperti ePenjana, ‘Shop Malaysia Online’ (SMO) dan Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) untuk mendigitalkan ribuan perniagaan kecil dan membantu mereka memanfaatkan ekonomi digital di samping menggalakkan perbelanjaan pengguna,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go (TNG) Digital Sdn Bhd Alan Ni berkata TNG sentiasa sejajar dengan pendekatan kerajaan untuk memastikan generasi Malaysia pada masa depan meraih faedah menerusi sokongan kewangan dan saluran transaksi yang lebih selamat.
Sehubungan itu, beliau berkata belia yang menuntut kredit ePemula bernilai RM150 melalui Touch ‘n Go eWallet akan diberikan baucar bernilai lebih RM200 daripada rakan peniaga.
“Kami mempunyai rangkaian peniaga runcit fizikal terbesar, yang mana belia dan pelajar boleh menggunakan kredit yang dituntut kepada lebih 25 jenama termasuk secara dalam talian, runcit, makanan dan minuman (F&B), telco dan pengangkutan,” katanya.
Masa untuk menambah baik perniagaan digital kepada e-dagang
Industries Unite, gabungan 120 persatuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia berkata program ePemula adalah idea yang baik kerana perniagaan mendapat faedah melalui perbelanjaan menerusi dana daripada e-dompet.
Pengasas Bersamanya, David Gurupatham berkata bagaimanapun perniagaan harus memperbaiki atau memulakan pendigitalan kepada e-dagang dengan segera bagi memberi kesan ke atas perniagaan mereka.
“Kerajaan juga boleh memikirkan secara serius tentang pendigitalan dan menjadikan koperasi lebih cekap. Mengehadkan pembelian kepada kedai “mom and pop’’ (perniagaan kecil, milik keluarga atau bebas) dan barangan keperluan. Dalam platform digital dan sistem tempat jualan (POS) dibangunkan untuk perniagaan kecil dan mikro ini,” katanya.
Beliau berkata kredit e-tunai hanya boleh digunakan untuk pembelian luar talian apabila kebanyakan corak perbelanjaan belia ini adalah dalam talian, terutamanya di kawasan yang tidak banyak perniagaan yang menerima nilai digital.
“Di kawasan luar bandar, golongan belia mungkin sukar untuk menggunakan kredit ini untuk pembelian luar talian. Bagaimanapun, ia dapat menggalakkan orang ramai terutamanya generasi akan datang untuk beralih kepada pasaran tanpa tunai yang mungkin satu perkara yang baik,” katanya.
Beliau berkata China mengamalkan pembayaran tanpa tunai sejak sedekad yang lepas dan hari ini hanya beberapa orang di China yang menggunakan wang tunai — justeru, dalam jangka panjang, ia merupakan petunjuk yang baik daripada kerajaan.
PKS perlu daftar lesen ID e-dompet dengan peniaga
Mengulas sentimen itu, Setiausaha Agung Persatuan PKS Malaysia Chin Chee Seong berkata program ePemula mampu memberi kesan positif kepada PKS berikutan belia boleh menggunakan insentif itu untuk isi rumah dan barangan keperluan.
Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat beberapa PKS yang tidak terdedah atau bersedia untuk menggunakan e-dompet atau dagangan tanpa tunai.
Oleh itu, Chin mencadangkan PKS mendaftar sebagai peniaga e-dompet sebagai persediaan untuk pendigitalan masyarakat melalui transaksi pembelian.
“Mereka hanya perlu mendaftar dengan peniaga e-dompet untuk mendapatkan lesen ID yang amat memudahkan.
“Bagi PKS mikro yang tidak terdedah dengan ini (e-dompet), mungkin memberi pendidikan kepada mereka untuk mendaftar lesen e-dompet sebagai peniaga adalah baik untuk syarikat dan usahawan,” katanya.
Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMEA) Datuk William Ng berkata pendigitalan dan automasi penting untuk PKS berikutan apabila Malaysia memasuki fasa endemik, cabaran untuk kebanyakan PKS adalah kurang mengenai aliran tunai dan lebih kepada menambah baik margin yang kecil.
“Kami melihat ramai ahli kami beralih kepada dalam talian dalam tempoh beberapa tahun ini.
“Kami gembira dengan inisiatif kerajaan untuk memacu digitalisasi melalui inisiatif ePemula. Ini membantu mengurangkan kenaikan kos dan menggalakkan penggunaan pembayaran digital yang lebih pesat dalam kalangan vendor terutamanya PKS,” katanya.
William berkata pembelian yang dihadkan melalui ePemula kepada kedai fizikal merupakan langkah penting untuk sektor runcit serta makanan dan minuman untuk pulih dan berkembang. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/epemula-bantu-rangsang-ekonomi-melalui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Tebus Epemula Rm150 Melalui Bigpay

Cara Mudah Tebus Epemula Rm150 Melalui Bigpay

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Daftar BigPay1 Download aplikasi BigPay dan mula daftar dengan klik pada butang Sign Up 2 Pilih Malaysia dan masukkan nombor telefon dan kod pengesahan3 Tetapkan password dan kemudian tetapkan butiran dir...
Dasar Ekonomi Tak Buat Kerja

Dasar Ekonomi Tak Buat Kerja

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 158 hits
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT By Syed Akbar Ali
Putin Wajibkan Negara Yang Tidak Mesra Kepada Ekonomi Russia Untuk Membeli Petroleum Dalam Ruble

Putin Wajibkan Negara Yang Tidak Mesra Kepada Ekonomi Russia Untuk Membeli Petroleum Dalam Ruble

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 186 hits
Russia menggunakan matawang Ruble Dalam beberapa siri sekatan ekonomi oleh Barat dan Eropah matawang Ruble Russia telah jatuh merudum Tambah buruk lagi kemerosotan perdagangan negara Russia atas faktor sekatan juga membuatkan matawang itu s...
Pemerintah Diingatkan Untuk Waspadai Pelemahan Ekonomi China

Pemerintah Diingatkan Untuk Waspadai Pelemahan Ekonomi China

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 141 hits
Di sisi lain China juga sudah mulai bergerak menggunakan energi bersih Bahkan bukan hanya China berbagai negara juga sudah mulai mengarahkan penggunaan energi yang lebih bersih Sehingga suplai batu bara dari Indonesia kemungkinan akan berku...
Cerita Ringkas Tentang Bisnes Ekonomi Korporat Dan Kehidupan Orang Biasa

Cerita Ringkas Tentang Bisnes Ekonomi Korporat Dan Kehidupan Orang Biasa

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 242 hits
Ini cerita berkenaan orang biasa biasa Macam anda dan saya Saya yakin kalau anda bukan beshe beshe tak kebuloq nak baca blog macam ni Anda sendiri pun tahu Majoriti besar manusia adalah dari golongan yang biasa biasa sahaja Orang bukan besh...
Krisis Ekonomi Parah Sri Lanka Gagal Bayar Utang Rp732 Triliun

Krisis Ekonomi Parah Sri Lanka Gagal Bayar Utang Rp732 Triliun

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 185 hits
Krisis Ekonomi Parah Sri Lanka Gagal Bayar Utang Rp732 Triliun Pemerintah Sri Lanka mengumumkan gagal membayar utang luar negeri senilai USD51 miliar atau setara Rp732 7 triliun setelah negara itu kehabisan devisa untuk mengimpor barang bar...
Airlangga Blt Minyak Goreng Untuk Lindungi Masyarakat Dari Gejolak Ekonomi

Airlangga Blt Minyak Goreng Untuk Lindungi Masyarakat Dari Gejolak Ekonomi

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 167 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto mengatakan penebalan perlindungan sosial melalui pemberian BLT Minyak Goreng merupakan upaya pemerintah dalam melindungi masyarakat dari gejolak ekonomi global
Mou Dibuat Untuk Pulihkan Ekonomi Umno Jangan Ganggu Usaha Baiki Kehidupan Rakyat

Mou Dibuat Untuk Pulihkan Ekonomi Umno Jangan Ganggu Usaha Baiki Kehidupan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 162 hits
Isu memorandum kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan dipanaskan oleh Umno sejak seminggu lalu Timbul kenyataan Umno tidak mengiktiraf MoU dan kemungkinan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memb...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran